Sunday, July 10, 2011

Tauhu Berlada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je. Saya masak lemak cendawan, goreng ikan pastu buat sambal tauhu. Sebenarnya nama resepi ni tauhu berlada dan resepi asal adalah dari Chef Hanieliza dlm buku Senangnya Memasak. Saya suka resepi dari K.Liza ni, selain resepinya yg ringkas dan mudah.... hasilnya pasti sedap. Terima kasih kak berkongsi yg mudah ni. Jom kita semak resepi yg best ni....tambahkan lagi menu tauhu. Pada penggemar tauhu tu, bolehlah mencubanya.


Bahan- bahan

  • 4 keping tauhu
  • 1 labu bawang besar Holland (dimayang kasar)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap (saya tambah)
  • 5 biji limau kesturi (diambil jus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 7 tangkai cili merah(saya guna 4 tangkai je)
  • 10 biji cili api
  • 2 sudu besar cili kisar(saya tambah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Kemudian ketepikan. Kalau suka boleh potong 4 setelah di goreng.
  2. Asingkan separuh minyak dn tumiskan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan jus limau kesturi, sos tomato, gula, garam, kicap dan bawang besar. Masakkan sehingga bawang layu
  5. Masukkan tauhu dan kacau rata. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

7 comments:

  1. Salam kak yatie!! sedapnyer! kita suke tauhu! kalau masak pedas2 gini mmg sedap! senang pulak bhn2nyer.. eeeeee sume2 nak makan hihihi... da tgh malam baru leh update yer kak :D

    ReplyDelete
  2. Salam...betul tu buku kak hanieliza mmg best...saya pun da cuba dua tiga resepi memang senang dan sedap.

    ReplyDelete
  3. saya suka tauhu tp bab mgoreng x brp suka :))) sedapnya tauhu bersambal ni.ada daun kari plak tu.mmm harumnya! :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Yetie... tauhu ni paberet saya, hari2 makan tauhu..kengkadang tu goreng jer dan cicah ngan sambal kicap...respi ni nampak sedap, bolehlah saya cuba...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Yatie..

    Suka tauhu...mmg masa kat Msia sentiasa ada stok tp masak gini belum pernah cuba. kat sini tak da org jual tahu.
    re; Yatie..tkasih wish birthday Syakirah. silalah cuba resepi apam tu..pakai cawan senang.

    ReplyDelete
  6. Yang nie pun fav diana... tauhu mmg sedap.... nanti nak try resipi nie juga... nampak sedaaaap...

    ReplyDelete