Friday, July 29, 2011
Zespri Kiwi Gold
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni kita layan buah kiwi gold. Sebelum ni mmng tak pernah nampak buah kiwi bewarna kuning, selalu beli kaler hijau je. Masa belanja barang2 aritu nak cepat main ambek je barang2, so buah kiwi nilah juga termasuk dlm senarai main ambek jek. Bila sampai rumah pun masih tak perasan kalau buah tu warna kuning...so kemas brng2 yg baru di beli, mana nak asingkan bahan2 yg basah dan bahan2 kering. Dah siap tu barulah lega boleh menyandar. Sehinggalah hari ni, bila nak buat puding kiwi....terperanjat betul. Bila belah je buah kiwi tu, tngk lain macam je..warnanya cerah seakan kuning. Sebelum ni mmng tak pernah jumpa...punyalah cuai, dah beli, dah potong baru nak baca kat kotak bungkusan buah tu...hai tak pernah berlaku sebelum ni. Tapi tak mengapalah, saya pun rasalah buah kiwi kuning tu...fulamak tak sangka manis betul rasanya. Selalu yg beli kaler hijau tu masam, kdng ada gak yg manis.
Saya pun cari kat google mengenai buah kiwi kuning ni. Saya pun merajinkan diri membaca tentang buah kiwi. Buat tergelak je bila dah habis membaca..rupanya saya ni mmng jakun betullah. Rupanya terdapat 2 jenis buah kiwi, satu kaler hijau dan satu lagi kiwi kuning juga di kenali sebagai kiwi gold. Saya pun berangan, lenkali nak beli yg kuning jelah sbb rasanya manis. Hari tu ambil 2 paket sekali, rupanya dua2 kiwi gold....kalau satu kiwi hijau boleh gak bandingkan. Oklah kat sini saya sertakan sekali gambar kiwi gold yg saya beli.
salam kak .. ita kat japan baru perasan juga kak.. tapi betul manis yang kuning kalau nak cantik untuk puding beli yang hijau tapi kalau nak makan gitu je beli yang kuning.. hihihihi
ReplyDeleteSalam Kak Yatie..
ReplyDeleteKiwi gold ni memang manis dari green Kiwi., klu kat NZ ni sekilo tak sampai sedolar.. NZ ni kiwi murah sebab Zespri tu pengeluar dari NZ (sempat juga bawa keluarga tour ladang mereka bulan lepas). Klu Green Kiwi kadang2 klu musimnya tak sampai seposen sekilo.
Assalam yatie..kiwi gold memang pilihan akak..kalau tak musim dia..tak de jual yang gold baru akak beli yang hijau..
ReplyDeleteSalam yatieeee!!!! rindu kat akak!!! kiwi gold dah byk jual kat sini tp tekak kita tak leh makan kiwi gold niii beli 2 bijik jer pun berbulan nak abis hihihi... kita lagi suke yg ijo gituuuuu :D
ReplyDeletekkat msia ni yg kuning lagi mahal dr hijau kan..
ReplyDelete