Sunday, July 24, 2011

Ikan Lemak Pedas

Assalamualaikum dan Selamat berhari minggu. Hai tak pergi makan angin ke atau shopping? Maklumlah tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yg mulia, masa tu terbatas sikit utk jalan2. Jadi bolehlah buat persiapan awal. Bagi saya, macam biasa je..cuma dah tak sabar utk menyambut ramadhan kali ini. Moga kita di beri kesempatan sekali lagi utk menyambut ramadhan yg mulia ini dan semoga amalan kita di terimaNYA.

Ok hari ni saya masak ringkas je. Cuaca yg panas ni kadang2 buatkan kita tak berapa selera nak makan. Mulalah teringin nak makan itu dan ini mengalahkan orng yg berpuasa. Lama dah tak masak lauk lemak, asyik asam pedas je...maklumlah tuan rumah mmng suka sangat asam pedas. Hari ni saya masak ikan lemak pedas ala2 mcm masak lemak cili padi je. Jomlah tngk resepi kalau ada yg berkenan utk mencuba tu.


Bahan- Bahan
  • 6 ekor ikan kerisi- di siang, cuci dan toskan
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 biji buah tomato hijau- di belah 4
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 biji bwng merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 15 biji cili padi merah.- kisar kasar je
Cara- Caranya
  1. Kisar2 bahan2 kisar sehingga halus. Masukkan cili padi merah dan kisar sebentar je.
  2. Masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan serai, asam keping dan ikan. Masukkan pula santan pekat dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan pula tomato hijau. Biarkan mendidih lagi.
  5. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api, angkat dan hidangkan.
** Boleh juga di tambah daun kunyit. Ikan boleh juga di goreng terlebih dahulu, terpulang pada selera masing2 ya. Selamat mencuba.

11 comments:

  1. wah.....! dah siap hidangan tengahari ye, sedapnya rupa ikan lemak pedas tu...

    di tempat Amie asyik mendung, hujan beberapa hari ini....redup je di sini

    ReplyDelete
  2. perhhhhh.....sedappnya tengok......

    ReplyDelete
  3. hmm kalau dapat msk lemak camni mmg mkn tak hengatt..

    ReplyDelete
  4. Yatie..panas2 gini nak lauk bening ,ikan kering & sambal totok dh cukup..kan..hikhikhik

    ReplyDelete
  5. Kalau masak lemak gini favorit..lawan dgn ulam cicah sambal...

    ReplyDelete
  6. perggh,mmg sedap ni..dpt ulam2 lagi ngam. :))

    ReplyDelete
  7. boleh try, ramadhan nak dekat ni, buat lauk sahur sedap gak!

    ReplyDelete
  8. salammm tuan rumah nak tumpang sepiring..sedapnyeee dah ler tak masak hari nii huhuu

    ReplyDelete
  9. Salam K.Yatie..ni pon bleh jd antara favourite zla nih..kalo xsilap zla, thn ni second year akak balik puasa kat mesia kan?ehheh...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak..
    sedapnya ikan d masak mcm nie kan akak... mmg fav sekeluarga diana nie kalau ikan masak lemak... pedas2 plak tu.. mmg sedap

    ReplyDelete
  11. Yatie...kuah ikan lemak tu kalau cicah dgn lempeng sedap tu..

    ReplyDelete