Sunday, July 10, 2011
Award dan Tag Dari Ika Dan Cheq Sue
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak gantung award yg di terima dari Ika dan Cheq Sue. Seronok rasanya tapi.....ada syaratnya. Bila kenangkan syarat2nya alamak hai..termenung sebentar, bukannya apa ada tugasan dan kena mengaranglah pulak. Saya ni bab mengarang dah tak berapa pandailah dah berkarat otaknya. Tapi takpelah demi persahabatan dan memeriahkan lagi dunia blogging ni, saya kerahkan otak gaklah utk mengarang.
Ok, syarat yg di kenakan adalah 7 perkara mengenai diri anda...jom citer serba sedikit..
1. Nama sebenar Nor hayati binti Ramlan dan merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 orng beradik tu semuanya perempuan cuma sorang je lelaki. Nama manja mmng Yatie je takde panggilan lain sbb mmng kena dngn jiwa ini nama tu. Mempunyai 4 orng anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.
2. Masa kecik2 mmng saya sangat manja kata emak. Menyusu badan sampai umur 3thn lebih. Mak nak buat kerja pun susah, asyik nak bergantung je...ekekeke. Maaf mak..dan terima kasih atas segalanya. Bila darjah 1 cukup manja dngn guru kelas. Lagipun guru kelas saya suka pangku saya masa tu....saya pun apalagi jadi murid kesayangan cikgulah..hah3 perasan kejapppp.
3. Masa sekolah rendah suka sangat naik basikal, tapi takde basikal sendiri. Hampir setiap petang pergi ke rumah jiran semata2 nak tumpang main kayuh basikal...kesiankan sambil buat muka kesian...hah3..Satu hari tu pergilah main basikal kat rumah jiran tanpa pengetahuan mak. Teruja sangat masa tu sbb kawan tu nak ajak naik basikal laju2 siap turun bukit lagi. Saya pun suka sangatlah tanpa menghiraukan risikonya.Tiba2 basikal yg kami naiki terlajak ke cerun bukit, masa tu baru tahu yg basikal tu takde break. Sedihnya saya masa tu sbb kaki, lutut dan tangan semuanya luka. Lebih parah lagi pipi saya yg putih melepak bertukar menjadi merah. Kalau merah pakai make up takpelah, ini merah darah. Sakit dan pedih yg amat sangat. Masa tu dah terbayang dah muka mak. Inilah akibatnya pergi main basikal tanpa pengetahuan mak...
4. Uwaaa seronok pulak nak cerita kisah kita masa kecik2. Satu tabiat saya masa kecik2 ialah saya suka makn sardin. Sebenarnya setiap petang saya kena jaga kedai. Sambil jaga kedai tu, biasalah mesti makan jajan/keropok/coklat dan sebagainya. Tapi saya tak berapa suka sbb dah jemu. Saya suka makan sardin. Hampir setiap hari mesti saya buka tin sardin yg kecil. Pada saya sedap betul makan sardin walaupun mentah. Satu hari tu, mak kemas2 kat belakang kedai. Mak pun pelik, kenapalah banyak tin sardin yg terbuka kat belakang kedai. Mak pun tanyalah pada saya siapa punya kerja ni. Nak tak nak saya pun mengakulah, nak tipu kang sakit perut pulak.
Mak cuma geleng kepala je, ingatkan sardin tu habis di jual, rupanya habis di makan anak sendiri...wakakaka..bayangkan anak dara jaga kedai sambil makan sardin mentah..hanyir woooo.
Mak tersenyum je sbb anaknya jaga kedai tak minta upah....cuma minta upah makan sardin je...hah3 klakor betullah bila ingatkan balik....
5. Bila dah remaja saya suka sangat tlng mak kat dapur. Suka sangat bila tngk mak buat kuih/kek atau biskut raya. Sayalah orng paling sibuk dan seronok masa tu. Satu hari tu nak buat surprise pada mak. Masa mak kat kedai, saya pun buatkanlah kuih kegemaran mak iaitu kuih serimuka. Teruja sangat tngk daun pandan yg segar kat belakang rumah. Saya pun terfikir, kalau letak air pandan banyak2 mesti lagi harum dan sedap kuih serimuka saya. Saya pun meneruskan projek saya.
Bila kuih dah masak, saya pun seronok sbb kuih menjadi dan cantik..harum semerbak tu jangan citerlah..mmng tak sabar nak merasanya.
Bila saya potong kuih tu, sayalah orng pertama merasainya..alahai tak sangka kuih yg cantik dan harum tadi tak sedap bahagian tepungnya. Manisnya cukup cuma bila makan tu tekak jadi gatal dan perit. Saya pun cuba makan lagi..betullah tekak jadi gatal. Saya pun ambil keputusan utk buangkan saja kuih tu. Kesiankan mak kalau termakan kuih tu. Itulah kenangan saya masa pertama kali buat kuih kukus2...pengajarannya supaya ikut sukatan betul2, jngn sesuka hati je nak letak lebih itu dan ini utk lebih sedap dan akhirnya takleh makan...sampai skrng saya tersenyum je bila kenangkan kembali...kih3..
6. Saya ni suka menjahit. Setiap raya mesti jahit baju suami dan anak2, jadi jimatlah sikit kos. Tapi sejak balik Msia ni dan berehat selama 3 thn tak menjahit..jadi malaslah pulak nak menjahit kembali...lebih2 lagi dah syok berblogging ni. Dari menjahit saya lebih suka buat kuih/kek skrng ni. Minat tu dah bertukar plk, lagi2 jumpa kawan2 di alam cyber ni....Anak2 tak suka beli baju dah siap, diaorang lebih suka baju yg maknya buatkan, dapatlah diaorang mintak fesyen yg macam2....
7. Saya ni sebenarnya tegas dan garang. Percaya ke?????. Kalau tak percaya mailah jumpa saya sendiri..hah3 yeyeooorrrrr jek. Pernah cikgu anak saya tanya kat anak saya, mama pernah marah Seri tak? Anak saya pun jawab, selalu gak, lebih2 lagi bila dapat markah rendah dlm exam. Cikgu tak percaya, sbb dia kata tngk muka mak Seri mcm tak pernah marah je...sampai gitewww sekali cikgu tu cakap. Saya gelak je mendengarnya. Padahal, tanyalah sendiri pada anak2 saya...apa yg saya buat pada diaorang bila saya marah. Agak2nya apa pendapat kawan2 tentang saya...ada garang Tak? Ce Citer...Ce Citer sikit....kih3..
Oklah, tanpa di sedari terlebih sudah buat karangan ni. Harap cikgu Ika berpuashati ya. Inilah serba sedikit kisah saya, tak taulah karangan ni menepati tajuk atau sebaliknya....apa pun layan jeeeelahhhh...Kali ni nak beri pula pada 5 orng kawan2. Harap sudilah ambil award ni dan bila ada kelapangan tu buatlah tag ni ya..kerah otak sikit..seronok pulak bila bercerita....Kita tngk sape yg kenaaaa..
Akak, yang no 7 tu kalau sekali tgk gambo kat profile memang nampak garang... tapi orang kata kalau sape yang muka siyes garang ni kalau senyum cantik tau... cer senyum siket...
ReplyDeleteSalam kak yatie! dtg malam2 buta tgk keja ank murid hihihi... kelakar betull kenagan akak masa kecik2 tuuu, ada ke makan sardin mentah! wakakakaka... yg kuih serimuka tu kenapa kak gatal2? kalau letak lebih2 leh gatal eak? kita kdg tu kalau tang pandan suke letak lebih2 sib baik tak gatal2 mcm akak ahahaha....
ReplyDeleteTapi betullah, kalau tgk muka akak ni nmpk mmg pendiam tak byk cakap, nak marah2 lagiiiiiiiilah jauh sgt sbb muka akak mmg muka tak marah2 gituuuu ye tak?? :D Masehhh ya sudi ambik n buat muuuuaaahhhh!!!
Tahniah kak yati....anugerah yang memang layak diterima
ReplyDeletesalam cik gu pagi2 dtg baca karangaan tup2 anak murid dr kl dpt kerja rumah.. kak asyik baca karangan yatie best..bab sardin tuuu kak suka makan dgn nasi.. masa sekolah lah.. ratah mcm yatie tak laa hehee..kak sejak seminggu ni dok baca karngan dr kwn2 yg kena tag,...leka kenal depa dlm karangan.. bila baca karangan yatie tup2 kena tag juga dari yatie..huhuu..t.k ya.. nti ada masa kak buat krgan tu ya..nasib baik ytie org pertama tag kak..
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletewah akak... minat makan sardin sampai gitu sekali yer akak.. hehehee... minat kita sama ler akak.. memang sardin yg akan jadi no 1 walaupun ada lauk yg lebih sedap.. cuma bezanya diana x ler makan setiap hari... Hehehe... seronok pula kan akak bila dapat berkenalan lebih dekat ngan cara gini... ;)
As'salam Yatie
ReplyDeletekalau kak ct tengok raut muka tu garang2 manja jer. tak lah serius sangat...hihi
apa pun terima kasih ya yatie atas award yang cun ni. kak ct dah pun buat jadi tak ada salahnya kalau kak ct komen disini jer ya :D
kak.....
ReplyDeletethanks ya tag ayu.. maklumlah..
ayu nie dah lama tak dapat award...
nie nak teruskan tugasan..
hehehe
PS: kak lemah lembut lah.. mmg tak caya klu kak garang.