Wednesday, February 2, 2011

Sup Tofu Telur

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni masak ringkas2 je. Saya masak sup tofu telur. Resepi ni mudah je, kalau ada yg nak mencubanya silakan...jom kita lihat bahan2nya.



Bahan- Bahan
  • 3 paket tofu/ tahu telur
  • 2 keping fish cake- di hiris2
  • 5 ketul fish ball- di belah 2
  • 1 btng carrot- sederhana besar
  • 1 bungkus baby corn
  • 2 btng lada merah- di hiris serong
  • sedikit daun sup dan daun bawang- utk tabur
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung- bancuh dngn sedikit air
  • 2 cwn air/secukupnya
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih- di cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar-hiris2
Cara-Cara
  1. Potong tofu setebal 1 inci dan ketepikan, potong2 fish ball, fish cake, baby corn dan carrot... ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bwng putih dan bawang besar.
  3. Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan kiub pati ayam...gaul lagi.
  4. Masukkan bahan2 yg di potong dan hirisan cili merah, tambahkan air selebihnya..pecahkan telur dan gaul sekali sekala,
  5. Masukkan tofu yg di potong tadi. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  6. Gaul sekali sekala dan perasakan. Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan. Taburkan bersama daun bawang dan daun sup yg telah di cincang.

14 comments:

  1. sedapnyerrrrrrrrrrrr.......lapar la...

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak...saya suka tofu telur ni...:)

    ReplyDelete
  3. saya tak boleh la dengan tofu telur ni... tersekat je kat tekak, anak2 dan suami suka

    ReplyDelete
  4. kegemaran anak2 ni, lama dah tak masak tofu ni, tgk yatie buat sup ni rasa teringin plak..balik lunch ni boleh la..!

    ReplyDelete
  5. K yatie, saya suka sangat sup tofu telor ni. mmg makan mcm tu je. sib baik kat jepun ni mmg byk tofu ni dah murah. :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie,
    YUmmm... sup tofu. Boleh makan macam jer kak? Suka tofu ni. Lembut.. :))

    ReplyDelete
  7. Salam kak yatie,saya dah buat sup tofu sendawan resepi akak..memang sedap..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Kak Yatie...sukeeeerrr.. sedap tu.. hirup lak time2 cuaca sejuk ni.. nyum2

    ReplyDelete
  9. ermmm...sedapnya..hubby ima suka sup tofu ni..tapi tak pernah buat...hihi

    ReplyDelete
  10. sedappnya sup...mas suka..
    nak semangkuk kak..he..he...

    ReplyDelete
  11. Keli Oh Keli,
    mmng sedap sup tofu ni..makan panas2..best..

    Nieza,
    Mmng sedap sup tofu ni..satu family akak semuanya suka..

    Ibuintan,
    Dulu Yatie pun mcm tu...tak berapa suka...bila dah makan...sukalah pulak...sedap gitu..

    Umi,
    anak2 Yatie pun suka gak..senang masak kalau semuanya suka...kan..

    ReplyDelete
  12. Asmara,
    Mmng sedap makan gitu je kan...masak2 simple je pun sedap sbb tofu ni lembut jek...

    Indahouse,
    wkmsalam, mmng makan mcm tu je pun dah sedapkan..

    Siti Indrawati,
    wkmsalam, sup tofu bersama cendawan tu pun sedapkan..hirup kuahnya pun sedap..tq mencuba..

    ReplyDelete
  13. Halamanku,
    Mmng sedap hirup kuahnya..musim ujan ni mmng kena mkn sup panas2...hehehe..

    Ima,
    Cubalah Ima, mmng mudah dan sedap...

    Mas,
    Boleh je..ni ada lagi sikit ni..nah akak bagi semangkuk..suka tak..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Rasa nya baik tak untuk orang sakit????

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails