Terima kasih pada Kak Madihaa kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini pulak ya. Maaf kak sebab Yatie ada tokok tambah sedikit bahan2nya. Adunan ni dpt banyak, jadi pada yg berkeluarga kecil tu, bolehlah buat separuh adunan. Selamat mencuba.
Bahan2
- 1 cawan isi labu kuning yang telah direbus (saya tak blend tapi saya lecek halus je)
- 1 ½ cawan air suam (saya kurangkan dari jumlah ni, dlm 1 cwn je...tapi saya letak sikit2 semasa menguli adunan.)
- ¼ cawan susu pekat manis
- 1/3 cawan minyak masak (saya guna 2 sudu besar butter)
- 1 biji telur (saya tambah)
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil yis mauripan
- 620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
- secubit garam
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Gula kastor secukupnya untuk menyalut
- Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM.
- Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM.
- Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan.
- Tekan setting untuk doh (no. 8) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
- Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
- Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. anggaran dlm 10 gm je gitu)
- Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
- Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. boleh salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
- Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
- Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
- Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.
=> Saya uli adunan guna tangan je...jadi saya letak air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Manakala labu saya tak blend tapi saya lecek halus je..
=> Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.
Assalammualaikum kak...wah sungguh gebus donut ni...rasa nk ngap jer ni...bestnyer kan mcm2 jenis labu boleh dimasak memang kreatifla.
ReplyDeletewahhh..baru jer nampak akak madiha buat...
ReplyDeleteakak pun dah menerai....
nampak gebu dan sangat sedapp la kak...
salam kak..
ReplyDeletelabu dah abes wat apam... tp dah masuk list donut nih.. kene bli labu lg la nampaknyer.. mintak seketui dulu kak..hihi
Assalam Yatie..
ReplyDeleteCantik warna kuning donut tu dan gebu aje nampaknya. Apam labu ari tu pun belum cuba lagi..dah keluar donut labu...dua2 berkenan sangat nak buat...masuk list dulu lah..
Btw, terima kasih...yatie sudi mencuba kuih lapis kacang hijau dan promosinya disini...
salam yatie...
ReplyDeletet.kasih sudi mencuba resepi donut tu yer... orang pertama yg mencuba & yg pertama bagi komen.. hehe.. alhamdulillah menjadi & sedap ehh?.. takpe nak tokok tambah bahan2 lain.. ikut kretiviti sendiri.. yatie tambah telur yer... mungkin sebab tu adunan agak melekit sebab ada tambahan cecair dalam adunan.. mungkin lain kali nnt yatie boleh tambah sikit lg tepong kalau terlalu melekit.. tp tkper.. kalau masih boleh gentel donut tu dengan adunan yg agak lembik tu lagi bagus sebab hasil donutnya tentu jadi lebih lembut sebab lagi lembut adunan... lagi lembutlah hasil donutnya...
Salam kak yati,
ReplyDeleteDah lama xtnggal jejak kat sini,wlpun sllu jenguk,hehe.Amboi nmpak gebu btoi donut akak.Nanti nak try gakla resepi nih.
Salam kak yati,
ReplyDeleteLama xtnggal jejak di sini,wlpun sllu mngunjung,donut akak nmpak gebu n lmbut sgt,nnti leh la try resepi nih..
@Nieza
ReplyDeletewkmsalam,alang2 ada lagi stok labu kat esbok, tu yg akak buat donut labu ni..mmng lembut dan sedap..kalau teringin tu, bolehlah cuba...
@Mas
ReplyDeletemmng tak sabar nak buat donut labu ni..alang2 ada labu lagi, tu yg akak terus buat..lagi pun anak2 mmng suka donut..
@hana
ReplyDeletewkmsalam, nmpknya mmng tunggu beli labulah tu baru buat kan...akak pun gara2 nak perabihkan labu yg separuh ni...cubalah,mmng sedap donut ni..
@Iza Akma
ReplyDeletewkmsalam, takpe...bila free nanti, bolehlah cuba kedua2nya..mmng sedap kuih yg berkaitan dngn labu ni...kuih lapis kcng hijau tu mmmng sedap..tq...
@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeletewkmsalam, mmng lembut dan sedap kak donut ni....Yatie mmng tambah sedikit lagi tepung...betul apa yg akak ckp tu...bila adunan tu lembik sikit, hasilnya lagi lembut...
@Zaliedana
ReplyDeletewkmsalam, t.kasih sudi jenguk akak walau busy....klau teringin tu, bolehlah cuba donut labu ni..mmng sedap tau..
Assalamualaikum. Pasti penanam2 labu tersenyum girang bila tgk blog2 Yg duk mempelbagaikan masakan labu. Jelesnya tengok.
ReplyDeleteKak YAtie.. wah gebus kebas tu... teringinnyer.. nak rasa seketui he he he nak masuk list he he he
ReplyDeleteK Yatie..
ReplyDeleteambik resipi donut labu nih, nak abiskan stok labu tu..harap anak2 suka!!! tq..
uuuish ,,.....sedapnya kak yatie....mmm kan best kalu ada BM.....
ReplyDeletesalam yatie..
ReplyDeleteakak dah buat sedikit kaji selidik pasal donut labu yg kawan2 buat jadi lembik tu..
macam yg izah buat tu akak rasa.. mungkin sebab penggunaan labu tu. akak terlupa yg akak gunakan labu rebus yang disimpan dlm peti ais beberapa hari lebihan buat muffin labu. jadi tekturnya dah jadi kering sedikit sedangkan izah gunakan labu yg baru direbus yg masih lembut. mungkin sebab tu dia kena tambah tepong sebanyak 6 sudu besar lagi..
kes azlita pulak yg dia ikut kaedah yatie menggunakan telur.. tapi silapnya mungkin sebab ita gunakan minyak masak & tak guna butter seperti saranan yatie.. so.. sebab tu adunan jadi sangat lembik...
akak pun mintak maaf juga atas kesilapan tersebut.. rasanya kalau akak tulis gunakan labu kukus mungkin adunan tak jadi lembik mcm tu kan? hmmm... inilah dia silap & sedikit kecuaian diri sendiri.. apa2pun.. akak dah terangkan dlm komen di blog izah & blog azlita akan kesilapan tersebut.. maaf yer yatie.. janganlah kecik hati dengan komen2 dari akak tu yer...
nampaknya.. akak kena edit semula kandungan tepong yang digunakan kepada 640gm.. harap2 kalau ada orang lain yang nak cuba.. taklah jadi lembik lagi... pengajaran nih...