Saturday, February 12, 2011

Ikan Pari Masak Hijau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan pari masak hijau. Mula2 tngk resepi ni pelik juga kenapa namanya ikan masak hijau, padahal taklah hijau rupa masakkan tu. Bila fikir punya fikir, rupanya lada hijau dan daun kari yg berwarna hijau tulah yg membuatkan masakkan ini di beri nama ikan masak hijau. Pada kawan2 tu janganlah mushkil lagi ya...pertanyaan sudah terjawab...hehehehe.. Apa pun masakan ini simple mimple tapi sedap sangat hingga menjilat jari dan pinggan, kalau tak percaya, anda cubalah sendiri...maunya bertambah2 nasi. Ini adalah resepi dari kakak saya. Kalau dtng rumah kakak, mmng masakkan inilah yg paling saya gemari, kakak saya pun dah tahu selain ikan pari masak asam pedas, masak hijau nilah yg menjadi kegemaran saya...lauk lain dah takmo daaaa....sayangnya kakak saya pada saya....dia tahu selera saya....uwaaa..beruntungnya saya... Oklah jom kita semak resepi yg simple ni....jom..jom..jom..


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan
  • 2 ulas bwng putih*
  • 3 biji bwng merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 4 btng cili merah*
  • 4 btng cili padi merah*
  • sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 batang cili hijau- di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam & sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih.
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je
Cara-Cara
  1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
  3. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
  5. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
  6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

9 comments:

  1. salam kak yatie..waahh sedap nihh...

    ReplyDelete
  2. salam yatie

    something different ni, then the usual sambal..masuk list yg dah berjela ni dulu ek :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya!...lagi pedas lagi sedap ni..:)

    ReplyDelete
  4. sedappnya kak pari masak ijau....terliur mas..

    ReplyDelete
  5. Wahh!! sedap sedap sedap!! suka suka suka!!

    ReplyDelete
  6. oishii sou tapi kat japan susah nak carik ikan pari...may be kena gi carik kt market basah kot baru ada....

    ReplyDelete
  7. lau tak letak daun kari... x sedap ke?

    ReplyDelete
  8. da cuba try tadi.. blend bahan2 smp jadi air ke?

    ReplyDelete
  9. hmmp da try...tapi bila menumis masuk sedikit air tu maksod nye 1 cawan air??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails