Tuesday, February 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak2 ni tak berapa selera nak makan nasi, so hari ni saya masak mee rebus atas permintaan suami tersayang. Masa pergi kenduri pengantin aritu selain makan nasi minyak ada menu mee rebus juga. Saya tak melepaskan peluang dan sempat jugalah merasa mee rebus tu. Bila makan kat kenduri ni biasalah, malu sikit..makan pun buat syarat je. Bila balik tu asyik teringat2 je. Hari ni puas makan siap ulang2 lagi kami anak beranak makan mee rebus special ni. Biasanya saya guna resepi di SINI. Kali ni saya guna resepi dari chef terkenal iaitu Chef Wan dan menurut Mat Gebu resepi ni adalah resepi dari bonda Chef Wan sendiri...mmng ternyata sedap sangat....sebab tu namanya mee rebus Cik Ani, nama bonda Chef Wan rupanya.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Pada kawan2 yg belum mencuba resepi ni, bolehlah mencubanya. Maaf ya Chef sbb saya ada tambah sikit bahan2 rencah ikut kesesuaian rasa. Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

Bingka Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih bingka kelapa pandan ni saya buat lepas masak tengahari tadi. Bila petang ni bolehlah wat minum petang, lagi pun tak sabar nak merasa ni. Kuih ni sedap sangat, rasanya seakan2 kuih getas2. Sebelum ni mmng tak pernah buat dan rasa kuih ni. Bila dah cuba baru tau rasanya yg sedap sangat. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba buat sendiri....mmng berbaloi, lagipun tak memerlukan bahan2 yg banyak dan mudah di dapati. Sebelum ni nampak juga K.Zana dan Sheila buat kuih ni...tu yg bertambah2 semangat nak buat kuih ni. Kali ni saya guna acuan bahulu lonjong tu dpt dlm 6 ketul dan selebihnya guna acuan bahulu pecah lapan...mmng ngam2 je adunan ni. Jom semak resepinya...





Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Monday, February 27, 2012

Donut Kentang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni bf apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, asalkan tak dibiarkan perut tu kosong. Walau sikit, ambillah makanan buat alas perut supaya kita mempunyai tenaga di pagi hari utk melakukan tugasan dngn baik dan ceria. Ok hari ni kami sekeluarga bf donut kentang je. Sebenarnya buat donut ni malam tadi, pagi ni tinggal panaskan je...mudahkan. Lagipun anak2 mmng suka sarapan yg ringan2 je mcm donut ni. Kalau yg berat2 sikit tu takut sakit perut dan menganggu masa pembelajaran di sekolah. Resepi donut ni dah selalu sangat saya buat dan mmng lembut dari malam ke pagi...dan dari pagi ke malam..he3..tentu fahamkan.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Kawan2 boleh juga rujuk di SINI.



Bahan-Bahan

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya dlm 1/2 cwn je
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Related Posts with Thumbnails