Monday, March 15, 2010

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya nak berkongsi dengan kawan2 semua cara2 masak pulut yang mudah dan menjimatkan masa. Resepi ini saya dapat dari As di NurKasih dan saya sudah mencubanya. Sudah terbukti memang senang dan ringkas penyediaannya. Kalau kawan2 tak percaya...cubalah sendiri ya. Saya C&P ya As resepinya supaya kawan2 boleh mencubanya juga.



Biasanya pulut ni kalau nak cantik, dikukus...tapi saya nak kongsikan di sini kalau nak masak pulut sedap,cantik dan gebu, boleh guna rice cooker..... alhamdulillah saya dah guna cara ni, memang terbukti cepat dan mudah...

Bahan-Bahan.
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut hingga bersih... rendamkan 5 minit dan toskan.....masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker.
  2. Setelah mendidih...gaul pulut supaya tak berkerak....kemudian biarkan hingga masak..
  3. Setelah masak gaul rata supaya masak sekata dan bolehlah di hidangkan dengan serunding kegemaran anda semua.

Serunding Udang Kering

Assalamualaikum kawan2 semua. Harap2 semoga ceria2 selalu ya. Hari ni saya buat pulut serunding. Sejak dua menjak ni sedap pulak makan pulut bersama serunding.Hari tu pergi rumah Kak Rose, nampak pulut serunding ni...saya pun buatlah serunding ikut resepi Kak Rose. Menurut Kak Rose resepi asal adalah dari CMG yang glamour tu. Mari kita lihat resepi yang sedap ni. Saya C&P ya...dan ada sedikit penambahan.


Bahan-Bahan
1 biji kelapa parut (putihnya saja)
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula
3 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan*
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing.
  2. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
  3. Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap).
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....

Honest Scrap Award From Kaksu72


The award came with request to share 10 honest truths about me.

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya saya dapat tag dari Kaksu72....terima kasih ya akak di atas ingatan. Dalam seronok membaca tentang Kaksu72...saya juga kena menyiapkan tugasan yg di beri. Saya ni bukan pandai sangat bab2 ni, maklumlah masih baru lagi...jadi main ikut2 sajalah.
Oklah ini adalah serba sedikit 10 perkara yang anda semua ingin tahu tentang diri saya.

  1. Nama saya Nor hayati Ramlan, isteri kepada Mohd Khata bin Jabor dan mempunyai 4 orng anak iaitu 2 lelaki dan 2 orng perempuan dan berasal dari Johor begitu juga dngn suami.
  2. Kalau buat kerja tak suka bertangguh.....nanti makin banyak.
  3. Saya suka berterus terang dan tidak suka berahsia, lebih2 lagi kepada suami.
  4. Saya suka membaca berita2 terkini terutama melalui internet....ianya senang.....cepat.
  5. Saya suka berkawan tetapi pemalu sikit....kalau kawan tu mempunyai minat yg sama...best.
  6. Saya suka memasak, lebih2 lagi bila ada resepi terbaru...tak sabar nak cuba...seronok sangat.
  7. Saya suka dengar lagu2 nasyid...rasa tenang je....kadang2 layan juga lagu rentak lain.
  8. Saya suka warna coklat dan cream....kena betul dengan jiwa saya...
  9. Saya suka bergurau lebih2 lagi dngn anak2....tapi ada batasnya.
  10. Saya suka mengalah dalam apa jua hal....tetapi bergantung juga pada keadaan.

Hai dah siap pulak.....rasanya banyak lagi yang belum di tulis kat sini. Oklah kali ini saya pula kena pilih 10 orang kawan2 di blog yang lain. Kita tengok siapa pula yang kena. Di sini tiada paksaan...kalau ada kelapangan tu, bolehlah selesaikan tugasan ya.

1. Sari Yusa- Alam Sari
2. Kak Ita- Azita Kitchen
3. Juwita Fariz And Family
4. Zaiy -Kenangan Terindah
5. Deana D- NMY-House of Satay
6. Kak Rose- My Kuali
7. Kak Jalilah JY-Resepi Sumbanganku
8. As - NurKasih
9. MamaHawa-Singapore
10. Kak Aidah- My Life....Aku Redha.
Related Posts with Thumbnails