Friday, May 7, 2010

Ayam Masak Merah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Bertemu kita sekali lagi, moga anda semua ceria di samping keluarga serta tugas seharian. Inilah menu saya hari ini ayam masak merah. Resepi ini adalah dari Kak Hanieliza FP dan saya C&P dari rumah Zaiy. Terima kasih ya pada anda berdua kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini.


Bahan-Bahan
1 ekor ayam...dipotong kecil...bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng separuh masak.

Bahan untuk dikisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 btng serai
  • 4 biji tomato buah
  • 2 s/b tomato sos (saya letak 4 s/b)

  • kacang peas
  • bawang besar-potong gelang
  • minyak masak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskankan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Sekiranya rasa dah ok, matikan api.
  4. Bolehlah di hidangkan bersama nasi putih, nasi tomato ataupun nasi minyak.

Donut Suria

Assalamualaikum dan bertemu kembali semoga anda semua ceria di pagi jumaat ini. Dah sarapan ke belum? Hari ini saya buat donut suria yg sangat lembut dan sedap. Semalam masa pergi ronda2 rumah kawan terjumpalah resepi donut yg mudah dan sedap ini. Resepi asal adalah dari Pn Suria dan saya pula dapat dari blog Hana dan CMG. Saya minta izin C&P resepi yg mudah dan sedap ini ya. Kalau kawan2 nak rasa...cubalah sendiri ya.



BAHAN-BAHANNYA
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar gula halus
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
  • 200 ml air suam*
  • 2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
  • Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
  2. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air.
  3. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap.
  5. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
** Saya biarkan doh dlm 20 minit lepastu uli sekejap, barulah bulat2kan....biarkan 40 minit lagi....bila nak goreng barulah lubangkan tengahnya(sbb takde acuan donut)....dan barulah di goreng.

Award Dari Azura, Mas Dan Sariyusa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Semoga anda semua sihat dan ceria di pagi jumaat yg mulia ini. Hari ini saya mahu meletakkan award yg sangat cantik yg di beri oleh sahabat2 di alam maya iaitu Azura, Mas dan Yusa. Saya amat gembira menerima award ini dan ianya sememangnya cantik. Terima kasih pada sahabat2 ku semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya. Di kesempatan ini juga saya ingin memberikan award yg cantik ini kepada sahabat2 yg lain sebagai tanda persahabatan ikhlas dari saya. Sesiapa yg berminat tu, bolehlah mengambilnya.

Related Posts with Thumbnails