Wednesday, May 5, 2010

Puding Roti Pelangi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah puding roti pelangi yg saya buat untuk minum petang. Resepi ini sama dengan puding roti marble, cuma di tukar pada warna dan perisa saja. Resepi asal adalah dari Hana yg sememangnya rajin memasak tu. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
* 1/2 cawan gula
* 2 sb butter/marjerin dicairkan
* 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
* pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Award Dari Izam (Jaes Collection)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Harap anda semua sihat dan ceria di samping keluarga dan tugas seharian. Hari ini saya dapat bunga lagi...cantik jambangan bunga ros ini. Bunga ni datangnya dari seorang sahabat yg baik hati iaitu Izam (Jaes Collection). Terima kasih saya ucapkan dan amat menghargai persahabatan ini. Moga persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya.

Tuesday, May 4, 2010

Murtabak Daging

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah nampaknya talian internet dah pulih semula. Dengan senang hatinya hari ini saya letakkan di sini menu yg saya buat petang tadi iaitu murtabak daging. Bahan kulit murtabak ni sama dngn doh roti canai. Resepi doh ini saya ambil dari rumah Ros yg memang pakar memasak. Izinkan akak C&P resepinya di sini ya Ros...terima kasih banyak2.



Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
*Untuk Kuah Bawang Merah*
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
  1. Cara buat kuah bawang merah...... hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
Related Posts with Thumbnails