Tuesday, May 4, 2010

Award Dari Kak NJ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Alhamdulillah rasa seronok bila kawan2 ingat pada kita...lebih2 lagi bila jauh di perantauan ni. Hari ini saya nak letak award tanda persahabatan dari NJ. Cantik sangat bunga rose dan carnation pink ini.... dengan berbesar hati saya menerima award ini moga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih sahabatku....


Monday, May 3, 2010

Ayam Masak Gulai Kampung

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk saya hari ini iaitu ayam masak gulai kampung. Bila masak lauk mcm ini teringat akan mak saya di Msia, rindu masakan mak. Kali ini saya cuba resepi dari Kak Zai dan ada juga di rumah Kak Jun. Saya minta izin C&P resepi yg sedap ini ya akak2 semua....terima kasih banyak2.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 2 1/2 cawan santan
  • 5 cm lengkuas (ketuk)
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 3 cm kunyit hidup (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 4 tangkai cili merah (kisar)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 5 biji buah keras (kisar)
  • 2 keping asam gelugur
  • 4 biji kentang (belah dua)
  • 10 tangkai cili kering (kisar)
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Cara menyediakan:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam,lengkuas,serai dan daun kunyit.
  3. Gaulkan rata sehingga ayam kecut.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kentang.
  5. Setelah kentang empuk masukkan asam gelugur dan garam, masukkan sedikit gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan boleh di hidangkan.
Note:
Kalau boleh biarkan kuahnya cair.Kalau pekat dah rasa rendang pula. Saya punya pekat sikit sebab kentangnya jenis putih(meresap). Terpulang pada masing2 nak kuah pekat atau cair sedikit.

Award Dari Lela-Lelord

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya hari ini saya amat gembira sekali mendapat award dari rakan2 di alam maya. Walaupun jauh di mata namun dekat di hati. Award yg cantik ni datangnya dari Lela-Lelord. Terima kasih ya Lela atas ingatan dan persahabatan ini...katanya award ini utk orang yg pandai dan rajin memasak. Suka dan kelakar pulak mendengarnya, akak ni setakat masak untuk keluarga bolehlah. Apron ni cantik, rasanya akak dah tak sabar nak memakainya. Nampaknya lepas ni bertambah2 rajin akak di dapur.
Alamak dah gantung award kena jawab soalan pulak...tapi tak apa....soalannya pun mudah je..


1=>3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Asam Pedas Ikan/Ayam/Daging
* Kari Ikan/Ayam/Daging
* Ikan Masak Singgang

2=>3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Puding Laici Dangdut
* Puding Pelangi
* Apple Bread Pudding

3=>3 jenis biskut kegemaran time raya
* Kuih Makmur
* Cornflake Madu
* Tart Nenas

4=>Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
* Love2Cook
* Inahar Ali
* Kak Jun (Yummylicious)

Ok dah siap...harap nama yg tertera di atas sudilah mengambilnya. Sebenarnya ramai kawan2 yg lain rajin dan pandai memasak...harap dapatlah kiranya award ini di panjang2kan.
Related Posts with Thumbnails