Monday, May 3, 2010
Award Dari Love2Cook
Salam dan selamat sejahtera semuanya. Harap anda semua sihat2 sentiasa. Sebenarnya hari ini saya nak meletakkan award yg di beri oleh seorang sahabat di alam maya iaitu Love2Cook. Love adalah merupakan orang yg pertama memberikan award semenjak saya berblog. Masa tu saya masih baru lagi dan tak tahu tentang award2 ini. Love ni terkenal dengan menu masakan ayam yg pastinya membuka selera sesiapa yg berkunjung kerumahnya. Terima kasih ya Love atas award yg sangat cantik ini. Selepas ini saya akan bertambah2 rajin memasak dngn adanya award ini...hi3.

Mee Sizzling
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya masak mee sizzling resepi Kak Hanieliza. Resepi ni senang saja dan bahan2nya pun mudah di dapati. Saya pun tak tahu kenapa namanya mee sizzling, tapi mee ni memang sedap sangat. Saya minta izin letak resepinya di sini ya Kak Liza, terima kasih banyak2.


Bahan-Bahan:


Bahan-Bahan:
- 500 gm mee kuning (dicelur)
- 100 gm daging ayam (dipotong kecil-kecil)=>saya guna daging
- 100 gm udang [buang kulit]
- 1 s/b lada hitam (tumbuk)
- 3 cm halia (diketuk)
- 3 ulas bawang putih (tumbuk])
- 300 gm sawi(dipotong)
- 100 gm kobis [potong kecil]
- 1 batang carrot [potong kecil
- 4 s/b cili sos
- 5 s/b kicap manis
- 5 s/b sos tiram
- 2 cawan air
- 1 s/b tepung jagung
- 2 biji telur
- Minyak secukupnya untuk menumis
- cili merah atau ciliapi = bawang putih [tumbuk]
- limau kasturi atau limau nipis
- Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
- Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendideh.
- Masukkan kobis dan carrot.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
- Bila mendideh masukkan telur.
- Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.
- Hidangkan dengan cili merah atau ciliapi tumbuk + bawang putih dan jus limau.
Sunday, May 2, 2010
Roti Saj
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Moga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Dah bersarapan ke belum....hari ni saya masak roti saj dan di makan bersama kuah kurma daging. Alang2 kuah tu masih ada, jadi saya uli tepung dan buat roti saj ni. Buatnya taklah susah...saya jumpa resepi ni di rumah Kak Ummi yang rajin memasak tu. Resepi asal adalah dari Kak Rusnah FP dan ada juga di rumah Kak Madihah. Saya pula minta izin C&P resepinya di sini ya kakak2 semua. Terima kasih banyak2 atas resepi yg sememangnya sedap. Kalau kawan2 nak tahu rasanya...bolehlah cuba sendiri ya.


Bahan:
* 1 sb yis mauripan
* 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)
* 1 1/2 cwn air suam
* 3 1/2 cwn tepung
* 1/2 st garam
* sedikit minyak
Cara membuatnya:


Bahan:
* 1 sb yis mauripan
* 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)
* 1 1/2 cwn air suam
* 3 1/2 cwn tepung
* 1/2 st garam
* sedikit minyak
Cara membuatnya:
- Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
- Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
- Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak spt gambar kat bwh).
- Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Subscribe to:
Posts (Atom)