Saturday, May 1, 2010

Kurma Daging Kerisik

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini juga lauk yg saya masak selain dari ketam goreng tadi. Hari ni saya cuba resepi dari Che Mat Gebu iaitu Kurma Daging Kerisik. Rasanya memang sedap sangat...kalau nak rasa tu kenalah masak sendiri ya. Saya minta izin C&P resepinya di sini ya CMG...terima kasih banyak2.


BAHAN UTAMA
  • 800 g daging batang pinang, potong kiub
  • 5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
  • 2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 2 camca besar kerisik
  • 1 1/2 camca besar gula melaka
  • 4 camca besar rempah kurma
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 500 ml pati santan
  • 1000 ml santan cair
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 camca besar lada hitam biji
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji tomato
BAHAN TUMIS
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  4. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  5. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka.
  6. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau.
  7. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat.
  8. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...
** Kalau guna daging biasa, rebus hingga empuk dan toskan. Kurangkan pula kuantiti santan mengikut selera masing2. Terpulang nak kuah pekat atau cair sedikit. Selamat Mencuba....

Ketam Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah menu simple saya hari ini. Biasanya ketam saya masak lemak tapi hari ni atas permintaan anak2 supaya di goreng sahaja. Ketam goreng ni kita makan beramai2...wow sedap sangat hingga menjilat jari. Jom lihat resepi yg mudah ni...


Bahan-Bahan

* 10 ekor ketam/ lebih
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup(kunyit serbuk pun boleh)
* Garam secukup rasa
* Minyak utk mengoreng

Cara-Cara
  1. Siang ketam, bersihkan dan toskan.
  2. Tumbuk bwng putih dan kunyit hidup bersama garam.
  3. Gaul bersama ketam tadi.
  4. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng...tak payah lama sangat.
  5. Angkat dan hidangkan....sedapnya ketam ni...terasa kemanisannya.

Award Dari Kelly's Life Dan D-House Of Satay

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Di kesempatan ini saya ingin meletakkan award yg di beri oleh sahabat di alam maya iaitu D dan Kelly. Sebenarnya saya dah dapat award yg sama tempohari dan menyiapkan tugasan, jadi kali ini saya hanya meletakkan awardnya sahaja sebagai tanda penghargaan dari sahabat. Terima kasih yg tak terhingga di ucapkan. Semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya. Kalau D dan Kelly nak baca Tag tu, bolehlah rujuk di sini.

Related Posts with Thumbnails