Tuesday, May 5, 2015

Resepi Udang Kam Heong Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi yg mudah dan semestinya sedap. Lama tak bersiaran sejak saya mula berniaga kuih muih frozen. Masa amat terhad, setiap hari ada saja tempahan dari kenalan...syukur alhamdulillah. Bila dan busy tu nak tangkap gambar masakan pun jadi malas, nak hias2 bagai lagilah takde masa. Jadi saya kongsikan resepi dan gambar seadanya ya. Pada kwn2 yg teringin nak merasa tu, boleh cuba resepi mudah ni. Resepinya saya kopipes dari blog Intai Dapur, terima kasih berkongsi resepi dan izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan-Bahan

  • 600 gm udang sederhana besar( digoreng dengan sedikit tepung) 
  • sedikit garam
  • sedikit tepung jagung

  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar udang kering- di rendam, toskandan cincang halus

  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
  1. Gaulkan udang bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bwng putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan udang bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan udang rata.
  5. Masukkan garam, gula dan angkat.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

5 comments:

  1. Thank you untuk resepi ni kak :) Jemput visit blog saya jugak ye kak :)
    http://naziramiswan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Nak sepiring.... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah kak Yatie
    ..terus rasa lapar..hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya,nk cuba buat arini....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails