Friday, June 6, 2014

Talam Berlauk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat talam berlauk atas permintaan keluarga. Biasanya saya buat inti ayam, kali ni buat inti daging kisar pula. Terpulanglah pd selera masing2 ya. Saya suka guna resepi K.Liza ni sbb ianya mudah dan semestinya menjadi dan sedap. Bila dah sedap tu, hahhhh terlajak larislah di buatnya. Kalau dah makan kuih ni, takyah makan nasi pun takpe...ianya dah cukup mengenyangkan. Kali ni saya buat 2 adunan terus dan guna loyang 10 inci, mmng sedang2 elok je dngn intinya. Inti tu ikut je resepi ni, takyah gandakan ya, kalau takmo letak kentang pun takpe. Terima kasih K.Liza berkongsi resepi, izinkan sekali lagi saya kongsikan resepinya kat sini ya. Selamat mencuba kwn2 semua....mmng sedap sangat. Jom semak resepinya....




Bahan-Bahan (loyang 10x10x3 inci)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 camca besar tepung jagung
  • 6 cawan santan (Yatie guna 1 kotak santan 200ml dan selebihnya tambah air)
  • 1/2 camca kecil garam
  • 2 biji telur
Cara.
  1. Kacau semua bahan dan tapiskan. Masukkan dlm periuk dan masak hingga naik wap selama 3 minit. Kacau sentiasa guna whisk.
  2. Alaskan plastik dlm loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
  5. Sejukkan dan taburkan inti, daun sup & daun bawang.
  6. Potong dan hidangkan.
Bahan Inti dan hiasan
  • 200 gm daging/ayam kisar
  • 2 biji kentang (potong dadu kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bwng putih-Yatie tambah
  • 1 paket rempah kari ayam/daging-Yatie letak 3 sudu besar
  • 2 biji cili merah ( buangkan bijinya dan cincang)
  • 1/2 btng carrot parut
  • Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
  • 2 s/b minyak
  • garam dan sedikit gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bwng putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan sedikit inti supaya cantik bila di taburkan diatas permukaan kuih tadi.
Cara yg Yatie buat.
** Yatie kukus kuih dlm 20 minit, lepastu taburkan inti diatas permukaan kuih.Jika terdapat air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air tu dulu/guna tisu dapur utk mengeringkannya. Selepas itu cakar2kan sedikit permukaan dan taburkan intinya. Kukus lagi selama 10 minit supaya inti dan lapisan kuih melekat sedikit. Masa inilah baru Yatie taburkan carrot yg di parut, daun sup dan cili merah yg di cincang. Setelah tu Yatie tambah lagi 5 minit masa mengukus dngn tutup pengukus terbuka. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih talam berlauk tadi. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Potong guna pisau plastik.Selamat Mencuba.

6 comments:

  1. Tengok resipi di tengah2 malam ni pun boleh rasa lapar...

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie, kuih ni kegemaran saya sejak tadika. Terkenang pulak.. Masa tadika dulu sy ni x suka nk mkn. Mesti tak habis kalau makan apa pun. Tp kalau dihidang talam ni mau 2-3 kali sy minta tambah.

    Tq atas resepinya kak..

    ReplyDelete
  3. Kalau bulan buapa mak saya memang tak pernah miss buat talam berlauk ni. tapi inti udang...kalau makan kuih ni mesti rasa macam bulan puasa...sebab hari biasa mak saya tak buat atau tak terasa nak makan pun hihi

    ReplyDelete
  4. Ala ...sye buat semalam x brapa jadi sbb ikut youtube ...hadoi ...next time mesti nk kena ikut resepi yg yatie share nie jugak ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails