Tuesday, November 6, 2012

Chicken Floss Bun/ Bun Serunding Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Musim hujan ni mmng sedap makan roti buatan sendiri, kena plk yg baru keluar dari oven....mmng best, pekena dngn secawan kopi....perghhhhh. Saya mmng suka chicken floss bun ni. Biasanya beli je sbb takde stok serunding ayam. Bila beli yg dah siap serunding ayam tu, makin bertambah rajinlah buat roti serunding ayam ni. Resepi ni mudah je, saya kopipes dari Fiza, terima kasih dik berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.


Bahan-bahan : 
  • 250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
  • 35 gram gula kaster 
  • 1/2 sudu teh) garam 
  • 1 sudu teh yis segera 
  • 1/2 biji telur, dipukul sedikit 
  • 135 ml susu segar 
  • 30 gram mentega, dilembutkan 
Cara-cara: 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. 
  3. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  4. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  5. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih. 
  6. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter. 
  7. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti. 
  8. Susun atas dulang pembakar. Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang. 
  9. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 20 minit. 
 Topping:
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Chicken Floss / serunding ayam
Cara-cara
  1. Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

10 comments:

  1. salam yatie,

    makan roti suam suam memang best pada hari hujan hujan gini...tambah pulak ada serunding bertambah sedap hehe.

    ReplyDelete
  2. saya suka makan pulut dengan serunding. ermmm sedap..

    ReplyDelete
  3. Memang sedap makan roti panas2 kan Yatie... bak nak 2 ketol buat sarapan pagi ni... terliur laaaa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....caranya cam senang, guna mixer biasa tu ek? Sedap tu ade serunding....serunding raye ek kak hehehe.

    ReplyDelete
  5. BW ke blog shiela pun tunjuk roti gebus... BW ke blog kak yatie pun roti yang sangat sedap dimakan tu.. ada serunding ayam... aduhh.. tergoda sudah saya ni... apa2 hal simpan resepi dulu.. hahaha dah banyak waiting list saya :))

    ReplyDelete
  6. slm Kak Yatie...
    comeiiii bun tu..gebuss lg...teruja nk mcubanya...kebetulan kt umah ade seruding ayam...

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie

    sedapnya, tina ni teringin nak meroti tapi mengenangkan kan mengulinya yg tak larat tu, hihi harap badan besar je

    naknya skrg musim sejuk kan, asik lapar je lah

    ReplyDelete
  8. salam kenal akak..pinjam resepi..cantik blog akak..sila lah visit saye at http://www.mamayayang.blogspot.com..

    ReplyDelete
  9. Kak, kalo x de mayonis nk gnti dgn apa ye..

    ReplyDelete
  10. Masukkan yis, telur dan air. Airnya banyak mana? Tak disebut pun dalam senarai bahan.

    ReplyDelete