Wednesday, November 14, 2012

Asam Pedas Kepala Ikan Kerachi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam Maal Hijrah 1434H, moga hari2 yg kita lalui penuh dngn keinsafan. Sentiasalah berdoa moga kita di beri kesihatan yg baik supaya kita dpt beramal ibadat dngn lebih sempurna dan mendapat keberkatan dariNya. Aamiin...

Hari ni masak asam pedas je. Kebetulan ada kepala ikan kerachi, jadi saya masaklah buat saya dan suami. Anak2 saya masakkan ikan goreng dan sayur kegemaran mereka. Kalau kepala ikan ni mmng anak2 tak pandai makan, kalau depan Hamka ni....maunya dia ketawakan je tngk kepala ikan kat mangkuk ni. Mulalah tanya soalan yg pelik2 yg kdng2 tu sukar nak menerangkannya.....aduhaiii anak Resepi ni mcm biasa je, yg penting cukup pedas dan masam manisnya.



Bahan-Bahan
  • 2 ketul kepala ikan kerachi/merah-di belah 2
  • 2 biji tomato-belah 4
  • 1 cekak daun kesom
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Kepala ikan di belah 2, jadilah dlm 4 keping semuanya, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  3. Bila mendidih, masukkan kepala ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  4. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  5. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

5 comments:

  1. salam kak,
    nampak pekat asam pedasnya...kemecerrr..

    ReplyDelete
  2. salam kak yatie...
    mmg mengancam lah!

    ReplyDelete
  3. salam dek yatie manis kusss.. kak ilah cuba komen kat mozila pula selalu guna croome tak boleh komen ke blog yatie nie.. harap2 boleh komen..selamat tahun baru ya yatie.. semoga kita kekal bersahabat.. t.kasih kerana selalu komen di blog kak.. kak kesal croome tak boleh masuk komen ke blog yatie. kak cuba ubah haluan hari ni guna mozila... jgn kecil hati kak x jwb.. tapi hari2 masuk dapo yatie tauu hehehe slm cyg... cermin mata piqa hilang dalam perjalan POS LAJU.. kena rembat kot huhuuuu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. .Salam Maal Hijrah kak Yatie. Cuti sekolah jln ke mana?

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas...
    mas suka sangat..

    ReplyDelete