Ok, petang tadi saya buat lempeng pisang kelapa. Alahaiiiii menu simple je, takkan nak kongsi gak resepi mcm ni kan. Tak kisahlah..walau senang anak dara saya tetap nak tau gak sukatan utk buat lempeng pisang kelapa ni. Manalah tau dok jauh dari maknya nanti, menu simple pun jadi susah sbb tak tau nak buat...tul tak. Pada yg dah tau resepinya tu, dok diam2 je ya....pada yg nak tau dan nak mencuba tu...bolehlah cuba. Jom semak resepi mudah ni....he3...
Bahan-Bahan
- 4 biji pisang montel
- 1/4 cwn gula pasir
- secubit garam
- 1 1/2 cwn kelapa parut-putihnya je
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn air
- sedikit minyak
- Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air.Gaul sebati.
- Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
- Masukkan 3 sudu besar adunan lempeng, dan ratakan.
- Biarkan sedikit pucat, dan bila kelihatan garing di sekelilingnya...bolehlah terbalikkan lempeng tadi.
- Bila dah garing dan masak, bolehlah angkat dan hidangkan.
Memang sedap makan lempeng panas2.. Lama tak buat lempeng kelapa..
ReplyDeleteWahhhh mama suuuuuker kuih ni. Dulu, arwah nenek selalu buat. Ish, nak kena gi cari pisang ler pulak ha....
ReplyDeletefvret saya..nyumm2 hehe..hai sis boleh follow saya balik..TQ..
ReplyDeletehttp://shaheina.blogspot.com/