Monday, November 5, 2012

Ayam Perap Masak Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lauk ayam ni saya masak masa sabtu lepas. Sebenarnya dah pening tak tau nak masak apa. Gali punya gali resepi, jumpalah resepi yg di cari2 iaitu semestinya mudah dan sedap. Ramai yg dah cuba resepi mudah dari Kak Fida ni...antaranya Mas, Izah dan K.Nor. Maaf kalau ada yg terlepas pandang ya. Sememangnya kami sekeluarga suka ayam masak kicap ni...tapi kenalah buat sambal special buat suami tercinta yg sememangnya suka lauk yg pedas2. Kalau tak pedas mmng kurang umphhhhh. Makan pun terkulat2 je nak perabiskan nasi dan lauk. Kalau ada lauk yg pedas2...perghhhhhh berselera betul.. Jomlah semak resepi mudah ni.


Bahan A :
  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit *
  • 1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
  • 1 - 2 sudu besar air asam *
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan B :
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

5 comments:

  1. buka jerk blog terus nampak ayam perap masak kicap ni kat dapo akak...
    sedappkan kak..
    mas dah banyak kali buat.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Yatie..

    Nama Naz tak de pun kak kat atas tu. Naz pun dah buat gak lauk ni..heheheee..Gurau jer lah kak.. hehehe..

    Mmg best.. Anak2 Naz pun suka sgt lauk ni. Dia org cakap, lauk kicap lain.hehehe Sbb rupa cam aya masak kicap tp rasanya ada kelainan..

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie, boleh ditambah serbuk lada putih dan susu pekat, dikacau supaya pekat. Lauk ini saya namakan ayam kicap black rose. Kanak-kanak memang suka. Layar diblog saya http://cooking-engineer.blogspot.com/2011/11/ayam-goreng-black-rose.html#axzz2BOiz1mwq

    ReplyDelete
  4. kak yatieeee..
    saya dah 3 kali buat kak. anak2 suke. tapi biasa la kalau tekak kita ni nak pedas2.. campur jek cili ptong2 tu dlm lauk tu. hehehe

    adehh laju sangat berlari masuk blog akak ni, sakit kaki.. picit kak. muekekek

    ReplyDelete
  5. terliur tgk lauk ni kak yatie. akak syg...pos 2 ketul kat adik plisssssssssss

    ReplyDelete