Saturday, July 14, 2012

Kuih Tako Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam teringin sangat nak makan kuih tako pandan tapi takde daun pandan yg besar2 utk buat kelongsongnya. Fikir punya fikir saya pun buatlah guna bekas2 kecil je, lagipun senang nak simpan dlm petiais dan bertutup. Kalau ada daun pandan besar nnti saya buatlah guna kelongsong pandan pula ya. Banyak resepi tako pandan, ini salah satu resepi mudah yg biasanya saya buat. Rasanya yg lemak manis membuatkan siapa yg memakannya tak cukup sebekas, lebih2 lagi bila tergigit sengkuang cina yg rangup tu..fuhhhh best betul. Kalau teringin tu, bolehlah mencubanya..jom semak resepi mudah ni.




Lapisan Bawah :-
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong kecil
Lapisan Atas
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 15 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan hijau hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 15 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan hijau hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  6. Simpan tako pandan di dalam peti ais untuk didinginkan.

12 comments:

  1. sedapnya makan sejuk2...hmmm mana nak cr bekas cumil2 ni kat sini cam xde je paling kecik pun tupperware yg mcm jual taufufah kat pasar malam tu

    ReplyDelete
  2. Salam yati, terima kasih bagi idea tuk bulan pose. Senang nk hantar kat jiran2.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum k.yati....

    Dh tgh mlm ni layan mata kuih tako akk hah...sedapnya mkn masa sejuk. Kalo bulan pose kuih tako nie wajib beli...bestttt :-)Assalam

    ReplyDelete
  4. salam Yatie..
    cantiknya tako pandan tu dan yg pasti mesti sedap jugak walaupun tak dpt merasa dah agak dah dengan bekas2 yg comey lotey tu pasti menggoda siapa saja yg nengok,akak ni tak pernah buat sbeenonya tapi pernah makan je sbb budak2 ni biasa lah tak reti nak makan,kalau kuih goreng2 bercheese ke haha tulah yg paling diaorang suka,lain sangat dengan selera kita..

    ReplyDelete
  5. aslmkum yatie.. dessert yg sedapni..kkdg susah nk dpt daun pdn bila dok kt taman ni.. buat dlm mangkuk kecik2 ni pun lagi senang kan..tq for sharing

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie, kalo pose ni memang dessert wajib ni..sedapnye :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.... memang sesuai benarlah untuk menu buka puasa... njalukk telung wadah yo...

    ReplyDelete
  8. sedapnyeeer... nyamannjee dimakan sejuk2...hee.....

    ReplyDelete
  9. Memang tabeks abis lah kat akak!air tangan menjadik jer (tak abis jeles lah tu..hehe)

    ReplyDelete
  10. akak, nak tanya .resepi tu guna cawan. pakai measuring cup ke?

    ReplyDelete
  11. kak ti, byk x dpt bekas kecik centu...mcm senang je resepi kak ni...

    ReplyDelete
  12. blh tanya guna sengkuang biasa blh tak?

    ReplyDelete