Thursday, July 26, 2012

Majalah Edisi Khas Inspirasi Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah dah 6 hari kita berpuasa. Moga kita semua di berikan kesihatan yg baik dan berpanjangan supaya dapat berpuasa dan beramal soleh. Moga tiap amal ibadah kita mendapat keberkatan dan rahmatNya. Aamiin.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada editor majalah AROMA, Siti Dimiati Awe yg sudi melamar saya bagi menjayakan penghasilan buku khas Kuih Muih Inspirasi Blogger dan Agar2 & Puding Inspirasi Blogger. Syukur Alhamdulillah diberi kepercayaan utk menyumbangkan beberapa resepi bagi di kongsikan bersama. Dengan terhasilnya majalah edisi khas ini dapatlah kiranya teman2 di luar sana yg tidak dpt melayari internet memiliki majalah ini dan mencuba pelbagai resepi.

Pada 15 jun 2012 saya mendapat emel dari Siti Dimiati yg melamar utk saya menyumbangkan resepi di majalah. Alangkah terkejut dan terharu saat itu. Dalam hati dok terfikir, layak ke saya ni. Lagipun gambar2 kat blog tu sekadar biasa2 je. Rasa mcm tak percaya je, sehinggalah pada 18 jun Siti Dimiti selaku editor majalah Aroma menalipon saya sendiri utk kepastian samada saya setuju ataupun tidak.

Setelah difikirkan semula, saya pun bersetuju dan menyediakan bahan2 yg diminta.Bila dah selesai semuanya hanya menanti dngn penuh debar hasil buat pertama kalinya. Memang tak disangka tarikh 1 Ramadhan bersamaan 21 julai saya mendapat majalah edisi khas ni. Kebetulan hari yg sama juga saya pulang ke kampung utk berpuasa dan berbuka bersama ayah dan bonda di kampung. Alhamdulillah restu keluarga kini saya berjaya hingga ke tahap ini...secara tak langsung dapatlah beri majalah ni sebagai buah tangan buat ayahanda dan bonda...seronoknya saat itu, kegembiraan dpt dikongsikan bersama keluarga tercinta.

Saya difahamkan resepi2 ini akan dikongsikan di sebuah majalah khas. Tak sangka pulak ianya menjadi satu buku resepi istimewa dari blogger masakan. Di sini janganlah ada yg salah faham tentang kewujudan majalah ini ya. Saya anggap ini sebagai rezeki yg tidak di sangka2. Sebelum ni tak pernah terfikir pun saya akan berada dimajalah. Kini saya sudah pun berada di majalah dan ianya membuatkan saya semakin bersemangat utk mencipta pelbagai resepi lagi utk dikongsikan bersama. Moga dngn perkongsian ilmu yg sedikit ini mendapat keberkatan darinya.

Tahniah pada Kak Wan, Che CT, Reen Khan dan Nik Zamzurina juga. Terima kasih juga pada teman2 blogger masakan yg turut sama menyumbangkan resepi di blog dan membuat saya ingin mencuba dan hasilnya di kongsikan di blog selain dari resepi sendiri. Hasilnya menjadi tarikan pada pihak majalah hingga tercetusnya idea utk menerbitkan majalah khas Inspirasi Blogger ini. Pada yg berminat bolehlah dapatkannya di kedai2 majalah/buku. Bagi yg tinggal di Johor, boleh juga menghubungi saya utk mendapatkan majalah ini dngn harga yg berpatutan. Akhir kata terima kasih buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Anda semua adalah pemangkin semangat saya utk terus berblog dan menyumbangkan sesuatu. Terima kasih sekali lagi.

Kuih Muih Inspirasi Blogger






Agar2 & Puding Inspirasi Blogger




39 comments:

  1. Salam kak yatie,
    tahniah kerana dipilih dan dilamar..alhamdulillah berkat usaha kak yatie selama ni berbaloi...tentu keluarga kak bangga dgn akak...tahniah juga buat blogger lain

    ReplyDelete
  2. salam dek yatie.. kak ilah dah cuba cari kat sini tak de pula kat kedai buku c4 w.maju tuuu..yg ct delima juga tak de..sedihnya huhuuu tahniah44x bangga kak ilah tgok..

    ReplyDelete
  3. As-salam Yatie....
    di kesempatan ini saya ucapkan sekalung tahniah kerana telah berjaya melayakkan diri untuk pemilihan ke majalah Aroma.
    Semoga akan terus berkekalan sebagai balasan ilmu yang dikongsikan.
    Sesekali, saya juga akan menjengok ke dapur maya Yatie untuk rujukan.
    Terima kasih dan tahniah!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yatie

    Sekalung tahniah dari Ita
    Dah lama ita nantikan hasil sentuhan Yatie termuat di dada majalah. Ita tahu Yatie cukup berbakat dan sangat rajin memasak serta mencuba sesuatu yang baru.

    Yatie sangat hebat dengan sentuhan talam dan kuih muih tradisional.
    Selalu ita terfikir bilalah majalah nak menyunting Yatie, kerana ita nampak bakat Yatie tu..
    Kini ianya telah terlaksana.. semoga yatie jadikan ianya semangat untuk Yatie teruskan minat Yatie dalam masakan terutamanya masakan dan kuih muih tradisional

    Ita hanya dapat doakan dari jauh dan berbangga atas kejayaan kawan-kawan..

    Tahniah juga kepada semua yang terlibat.. !! ^_^

    ReplyDelete
  5. tahniah kak yatie.. akak memang layak pun. mcm2 jenis kuihmuih yg patuit di share di luar blog pulak sbb mmg banyakkk ilmu masakan n resepi diblog akak. tahniahhhhhh :-)

    ReplyDelete
  6. Tahniah yatie.. Hebat tuh.. K.nor tumpang happy dgn kejyaaan yatie ni :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah Yatie,, harap ia memberi semangat buat Yatie meneruskan hasil masakan yang hebat-hebat..

    ReplyDelete
  8. Yatieeeeeeeeeeeee...tahniaaaahhh beribu2 lemon...Yatie mmg layak sesangat tambah2 bab kuih2 talam ni...Rasanya mmg betullah tu kalau digelar Ratu Kuih-Kuih Talam di kalangan blogger ni taauu...pandaaaaiii mencipta resepi dan itulah seninya seseorang blogger ni, bukanlah setakat gambar je Yatie...no worries okehh! Gambar x cantik pun xpaa..tu citer kedua ketiga..yg penting resepinya meletops bila dicuba, kan... Akak bangga dengan Yatie! Teruskan sharing dan bersemangat lagik yea cik adik ayuuu..muaaahhh

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kak Yatie....Selayaknya akk dapat pun.. Sue pun tumpang bangga dengan kakak2 semua yg terlibat..Tahniah! (^_^)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, tahniah kak yati ye...seronok tengok kakak semua dah sukses......kat KL xde ke kak?

    ReplyDelete
  11. Salam Yatie
    Tahniah dan kakros tumpang gembira dengan kejayaan Yatie.
    Moga dimurahkan rezeki dan teruskan berkongsi ilmu. Tkasih

    ReplyDelete
  12. salam ramadan..
    nanti saya akan cuba dapatkan satu di pasaran...tahniah ye1

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Terjumpa buku ni semalam. Menarik sekali.

    ReplyDelete
  14. tahniah kak yatie dan kakak2 yg lain, yes raya ni lela balik boleh la dapatkan senaskah kan

    ReplyDelete
  15. As salam. wah kak yatie, tahniah ya! nnt sy nk beli la mjlah ni :)

    ReplyDelete
  16. tahniah..mesti dapatkan buku nie..

    ReplyDelete
  17. Tahniah kak yatie..
    mas tumpang gembira...
    akak memang terbaikkk...
    memang banyak resepi2 yg best dari akak...

    ReplyDelete
  18. Salam K.Yatie tahniah di atas kejayaan. Berminat sangat dgn koleksi buku tu. Bagaimana sy nak dapat kan dari kak yatie. Nak contact k.yatie camner yea...

    ReplyDelete
  19. Tahniah Yati.tumpang gembira juga....mmg kuih-muih Yati byk yg menarik esp kuih talam dan sesuai sgt utk dikongsikan dlm majalah.moga Yati terus maju dan bersemangat kongsi resepi.

    ReplyDelete
  20. salam..tahniah kak yati..bila buku ni ada kat pasaran?nak kena cari ni...

    ReplyDelete
  21. salam.tahniah kak yatie.bila akan ada di pasaran?kena cari ni...

    ReplyDelete
  22. terliur la tgk

    salam kenal. follow blog awk

    ReplyDelete
  23. tahniah kak yatie... bangga ada kwn2 blogger dah femes...

    ReplyDelete
  24. Salam

    caya la...tahniah k yati n tkasih sbb sudi berkongsi resepi yg mantap2..pasni da jadi selebriti la ye.. hehehe..

    ReplyDelete
  25. Assalam yatie,
    tahniah dari kita untuk yatie & teman2 blogger yang lain yang terlibat dalam project ni..semuga more to come..

    ReplyDelete
  26. Assalam yatie..kita tak pasti commnet kita masuk ke tidak ni..kalau
    tidak, nak ucapkan tahniah buat yatie & teman2 yang involve in this project ya..semuga more to come..

    ReplyDelete
  27. Tahniah kak yatie. Baguslah dah makin banyak pilihan majalah resepi skrg di pasaran. Tumpang bangga dengan kegigihan blogger masakan tempatan. Tahniah sekali lagi ye kak...

    ReplyDelete
  28. tengok gmbar tu makin bergelora
    nak berbuka. huhu

    ReplyDelete
  29. tahniah la Kak Yatie, dah maju setapak lagi, sememangnya perkongsian resepi macam ni dalam blog kadang2 bagi idea jugak untuk org lain cuba masakan/menu baru :D

    ReplyDelete
  30. As salam..

    Ye la, ada lg 1 buku xbeli..ok2 xpe nnti nak cari jugak..
    Tahniah kak Tie...

    ReplyDelete
  31. Salam.
    Saya pengikut setia blog yatie ni.
    Akak berminat nak mmbeli buku ni.
    Kat mana nak dapatkan buku ini ya?
    Akak Tinggal di JB
    boleh email akak atau call :-
    No : 0197115834 (Noraiany)
    Email : noraianyghani@gmail.com

    ReplyDelete
  32. salama kak,


    macam mana saya nak dapatkan majalah ini??

    boleh email saya dekat ; annaudir@gmail.com.

    terima kasih.

    ReplyDelete

  33. Assalam.. tahniah Yatie... seronok saya tengok resepi saya masuk dalam majalah nie ( semuannya menjadi yatie buat ).. tak pa .. saya izinkan dan semoga maju jaya...

    ReplyDelete