Saturday, July 21, 2012

Bubur Candil Tepung Pulut Hitam

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua umat islam. Syukur alhamdulillah kita di temukan lagi dngn Ramadhan bulan yg penuh keberkatan. Moga kita sama2 dapat meningkatkan lagi amalan kita di bulan yg mulia ini selain menahan diri dari lapar dan dahaga.

Menu yg sesuai utk berbuka puasa. Sebenarnya bubur candil pulut hitam ni saya buat petang semalam. Lama dah teringin sangat nak merasa bubur ni, satu kelainan bila bubur candil di letak tpng pulut hitam. Sebelum ni pernah nampak Dr Ina dan Kak Madihah buat bubur ni. Nampak sungguh menyelerakan. Kali ni saya buat ikut kesesuaian sendiri. Pada kawan2 yg nak mencuba tu, bolehlah cuba..mmng sedap sangat..yg penting mudah menyediakannya. Pagi tadi sempat lagi saya bersahur dngn bubur candil pulut hitam ni..enak bangettt..


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/2 cawan air-utk uli tpng, tuang sikit2 masa menguli doh
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil

Bahan Kuah

  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cwn gula pasir-ikut kemanisan yg di kehendaki
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-Cara
  1. Campurkan tpng pulut, tpng gandum, tpng pulut hitam dan garam ke dlm mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

**Kalau suka boleh letak sagu biji sekali...

11 comments:

  1. salam yatie cayang..akak br plan nk wat bubur candil ni petang nih..hehe! selamat berpuasa ya!

    ReplyDelete
  2. Wahh sedapnya.boleh buat buka puasa nii.

    ReplyDelete
  3. nk cuba jugak ni.. nmpk sedap.. selamat berpuasa yatie..

    ReplyDelete
  4. Asslmkum kak yatie.
    Mmg sedap buat menu berbuka ni. Klu sue, sejukkan lg sedap. Erk! Telan air liur ja. Nasib dah ptg singgah sini. Heeee

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan buat akak skluarga... sangat menarik bubur kaler itam nih... lom penah cuba.. tp klu org bagi nak ajerr... hihihi

    ReplyDelete
  6. asslm Kak Yatie...sedapnye tgk bubur candil tu...tliur tgk...mmg sesuai utk dbuat utk bbuka tu...slmt bpuasa buat akak skeluarga yer...

    ReplyDelete
  7. bestnye.. dni lak nak wat bubur kacang hijau :)

    ReplyDelete
  8. enak ki bubur candil!!..purple yg memikat..

    ReplyDelete
  9. sedap nampak bubur tu yatie. makan masa berbuka best ni.

    ReplyDelete