Friday, December 16, 2011

Chocolate Rice Orange Muffins

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti di ucapkan pada kawan2 yg masih lagi bercuti. Bagi saya macam biasa je...sabtu dan ahad barulah boleh pergi makan angin sbb hari2 biasa suami bertugas seperti biasa, jadi tak bolehlah cuti lama2. Esok saya akan ke KL selama 2 hari, jadi blog ni pun sunyi tanpa tuannya. Terima kasih jelah di ucapkan pada yg sudi singgah. Kunjungan kawan2 semua amat2 saya hargai. Ok hari ni saya buat muffin lagi buat bekalan anak2 esok. Kalau time free sikit ni, ada je anak2 suruh buatkan itu dan ini. Diaorang ni tngh syok tlng buat dan makan muffin. Saya pun layan jelah...janji laku.

Kali ni saya buat muffin perisa oren pulak...mmng sedap dan harum je. Rasa teruja melihat kegebuan muffin yg Kak Ummi buat, jadi saya pun buatlah utk anak2. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.



Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * -(bahan * diayak 2x)
  • 1 cawan gula perang- Yatie kurangkan sikit
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips (jika suka)
Bahan B:-
  • 1/2 cawan butter cair
  • 1 cawan jus oren (akak substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok dah)
  4. Masukan kertas muffin dalam acuan muffin (akak guna muffin cups)
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan choc chips. (akak gunakan muffin cups dan sudukan separuh dari cup tu jek, baru elok, takpun nnt meletuss..hehe)
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan.
  7. Sejukkan atas redai.

11 comments:

  1. Aslmkum yatie.. bermuffin lagi..nmpk lembut tekturnya.. selamat bercuti yer..

    ReplyDelete
  2. kak yatie..

    perut ayu berbunyi nie......
    lapo

    ReplyDelete
  3. Alahai Kak Yatie...dah menggoda saya dgn muffin plak... dah teringin dah nie...

    ReplyDelete
  4. wahh bau harum oren muffin tu yg sedap tu...ada coklat chip lak tu..terasa mcm nak ngap jer..hehe

    selamat bercuti yer buat Kak Yatie sekeluarga..semoga selamat pergi dan selamat balik:)

    ReplyDelete
  5. yummy..sukanya kek ada taruk choc rice ni...sedap...:) ada lagi ke kak atie? bak meh seketul nak rasa..hehehe

    ReplyDelete
  6. selamat meronda2 KL kak yatie, cuti2 ni mesti sogo penuh.. hihi..
    mmg best masak bila cepat laku kan. kalau ada coklat2 ni lagi cepat budak2 makan.

    ReplyDelete
  7. sedapnya Yatie... anak2 pasti suka.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  8. Nmpak mcm mudah, boleh lah sy cuba :)

    ReplyDelete
  9. saya paling suka kalau yg ditambah dengan sedikit kulit oren sunkist yg diparut. sedap!!

    ReplyDelete
  10. Yatiieeeee....sori akak lewat sampai tgk muffins ni....dah buat eh...Sedap moist kaannn..harum baunya... :)

    ReplyDelete