Monday, December 5, 2011

Talam Permata Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semalam saya buat kuih talam kegemaran saya sempena hari ulangtahun kelahiran. Anak2 pun pelik, kenapa mamanya tak buat kek, buat kuih talam pula. Dah mmng mamaNya peminat kuih mcm ni, nak buat mcmana kan...buat jelah janji hati senang. Lagipun minggu depan dah harijadi anak bongsu saya Hamka, masa tu jelah mamaNya buat kek yg special sikit. Kalau kek2 ni anak2 je yg suka makan, kalau mcm kita yg dah berumur sikit ni tak berapa gemar sangat makan kek.....heheheheh..iyeye jekkkkk..
Kalau depan mata bedal gak....hah3....

Ok kuih talam ni saya buat petang semalam. Saya mmng minat tul buat kuih2 talam mcm ni. Pada peminat kuih2 talam mcm saya ni, bolehlah mencubanya...mmng sedap kuih ni..tak rugi mencubanya. Kalau yg tak minat kuih mcm ni, cuci mata jelah ya. Jom kita semak resepinya.



BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
  • 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
  • 1 1/2 cwn tepung beras*
  • 1 cwn santan pekat*
  • 2 cwn air*
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 1 cwn gula halus*
  • sedikit garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • secubit garam
  • pewarna merah dan hijau
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
  2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.
CARA MELAPIS KUIH
  1. Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
  2. Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
  3. Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
  4. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
  5. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
  6. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
  7. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

22 comments:

  1. Kak Yatie,cantikla rupa kuih talam ni kak. saya pun nk join juga jadi peminat kuih talam ni..hehe memang suka buat kuih talam juga kak. mak saya pernah juga ckp saya ni mewarisi minat arwah nenek dulu kot suka buat kuih talamx2 ni dan saya pun jadi mcm org lama jugalah...hehe

    ReplyDelete
  2. Alahai yatie, rajinnya .. perlukan tahap kesabaran yg tinggi utk buat kueh lapis berlapis camni. Ella rajin gak .. "rajin makan". HIhi.

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie.Wah cantik sungguh.Pastinya sedap.Baru last week kak Ros cuba buat puding lemak cendul.Ni nak kena cuba talam yang cantik ni pulak.

    ReplyDelete
  4. memang cantik la Yatie...menarik sungguh warnanya..rasanya dah tentu lagi menarik...

    ReplyDelete
  5. Saya kalau kuih2 talam ni memang failed..he he...

    ReplyDelete
  6. cntik talam yatie.. almaklum ratu talam ler katakan, heee...

    ReplyDelete
  7. Cantik nya Yatie.... Along pun sama minat kuih2 ni tp bila pk kena mkn sorang2 malas lah nak buat. Bebudak kat rumah ni pun suka kek...

    ReplyDelete
  8. Yatieeeee....canteknya kejadian kuih talam keledek tu... rasa nk berguru la ngan yatie bab talam ni, Gee selalu sememeh kalau buat kuih camni...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum akak yatie cayang..
    cantik n menarik warna kuih talam yg akak buat nie... suka diana tgk... mmg sgt cantik

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Yatie,
    Selamat hari Lahir, lambat betul ucap dekat akak. Nak tanya akak ni, apasal bila saya cuba buka blog akak melalui internet explorer (IE), tak dapat ya? Kalau saya cuba buka link ke blog akak melalui blog lain e.g.CMG (yg saya guna IE)pun tak dapat. Ni saya guna Google Chrome baru dapat. Ada kaitan dgn "kehilangan" sementara blog akak end November lepas ke? Lama betul saya tak browse blog akak, ingatkan langsung tak boleh buka. Mula2 rasa terkilan betul sebab akak punya resepi best2 especially kuih tradisional. Harap akak dpt beri penjelasan dekat saya yg tak berapa celik IT ni. Thanks.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan salam kenal...

    nampak kuih ni dari blog mama sara nur, terus singgah sini sebab lawa sangat talam nye.. :) berseri2.. :)

    ReplyDelete
  12. salam yatie...

    cantiknya yatie..
    yatie ni mmg pandai dari dulu lagi buat kuih talam..
    kalau berjiran ni mesti yatie dah hantar kat rumah ita kan.. dah tak berjiran ni..alamat kempunan lah ita hihi
    aii.. nak kena cari keledek lah pulak!!

    ReplyDelete
  13. Assalam kak yatie,mmg cun sgt2 kuih talam air tangan akak ni,sgt2 menarik kak..
    Akak walaupon terlewat,sy nak ucapkan juga Selamat hari lahir wat akak ya,Moga betambah murah rezeki,bertambah keimanan,sentiasa dibawah LindunganNya,sihat tubuh badan n berbahagia disamping family tersayang ya akak..

    ReplyDelete
  14. selamat hari ulangtahun ya ytie..
    semalam lagi akak dah angkut resepi tapi nak kena cari keledek oren dulu.kalau guna keledek biasa tak nampak pulak kan yatie?..hehe.cantik betul talam nih..

    ReplyDelete
  15. Salam Yatie,, talam ni tentu istimewa yaa .. namanya pun cantik n Selamat hari lahir :)

    ReplyDelete
  16. Assalam yatie,
    cantiknya warna kuih ni yatie..berselra tengok rasa nak makan aje..memang pandailah yatie ni buat kuih2 traditional nikan..

    ReplyDelete
  17. wah ........ cantik ... tertarik ... menarik .....

    ReplyDelete
  18. cantiknya yatie ,kalau menalam memang hasilnya sungguh memikat hati

    ReplyDelete
  19. cantik jelita kuih talam yatie ni.Sukalah kaler dia lembuttt jerrr..rasanya dah tentu2 sedap...

    ReplyDelete
  20. Salam kak Yatie.Anggunnya kuih talam akak,bikin hati tergoooda..

    ReplyDelete
  21. salam kak Yatie, memikat hati bila tengok kuih talam yang melang-meling niee..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..

    Saya cuba resipi ni semalam.. tertarik dengan 'permata' yang cantik berselerak di bahagian tengah tu.. tapi, 'permata' kuih saya hanya terapung di bahagian atas je.. he.. he.. he.. agaknya saya kena masak lama sikit supaya adunan lebih pekat.. nanti saya cuba lagi.. apa-apa pun, terima kasih banyak kerana berkongsi resipi yang sedap ni.. izinkan saya berkongsi dengan rakan-rakan alam maya yang lain ya.. terima kasih sekali lagi!

    ReplyDelete