Monday, December 12, 2011

Ayam Masak Kandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini pula resepi ayam masak kandar yg saya masak utk di gandingkan bersama Nasi Tomato semalam. Biasanya ayam masak merahlah yg menjadi gandingan mantap bersama nasi tomato. Kali ni kita sukar selera pula pada Ayam Masak Kandar...mmng sedap betullah. Suami dan anak2 makan bertambah2 sbb rasanya yg sedap hingga menjilat jari. Terima kasih pada Nieza kerana berkongsi resepi ayam yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hamka siap tanya, kali ni resepi dari mana pula mama? Klakarlah Hamka ni...dah tau dia bila mamaNya masak lain sikit je...mesti hasil tngk kat blog. Dia dah tau dah kerja mamaNya...hai anak..anak....Jom kita semak resepinya.
Pada kawan2 yg mencari resepi ayam tu, bolehlah cuba resepi ni..saya rekomen mmng berbaloi dan pastinya anda akan masak lagi dan lagi dan lagi...sedap betullah..




Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1 s/k gula merah
  • 2 s/b kerisik
  • 3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
  • 3 s/b rempah kari ayam
  • 2 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 2 s/b plain yogurt
  • 2 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
  • 3 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 s/kjintan manis
    1 s/k jintan putih
Bahan Tumis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
  • 1 ulas bwng putih- hiris
  • 2 ulas bwng merah hiris
Cara-cara masak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
  3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
  4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
  5. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

6 comments:

  1. Hehehe lama dak tak tinggal jejak kat sini. Nak kena cuba jugak ni. Biasa klau nak makan pi kedai je. Mals sungguh.

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie,
    dah lama teringin masak2 begini terutama ayam masak kandar tu...adeehhh enak banget nih!

    ReplyDelete
  3. sedapnya masak ni...
    mesti 2 3 kali tambah nasi ni..

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya tgk lauk akak ni!alhamdulillah kalau kena ngan citarasa akak sekeluarga..terima kasih kak Yatie sudi mencuba resepi ni..sama-sama kita berkongsi resepi kak. memang mantop makan ngan nasi tomato tu:)

    ReplyDelete
  5. salam yati...nmpk pun mmg sedap, xblh dipertikaikan lg...cehhh macam juri master chef la pulak...hihihiih
    kena cuba ni...

    ReplyDelete
  6. As Salam..hehe, anak2 saya pun dah ala2 camtu soklans depa..tiap kali tengok Ummi dia beria sket ujung minggu (saya bekerja)...mula lah tanya..resipi nama apa n dapat dari mana?terpaksa la story, yg ni dari aunty Yatie, ni dari sarawak (Diana) etc... : )

    ReplyDelete