Tuesday, December 13, 2011

Upside Down Pineapple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tayang kek lagi. Sebenarnya kek ni pun saya buat masa birthday Hamka atas permintaan suami. Suami saya suka kek nenas ni. Sebelum ni pernah buat di SINI dan di SINI. Kali ni buat lagi tapi saya tambah karamel style kek omputih. Biasanya kalau upside down pineapple cake mmng ada karamelnya, tapi kek akan kelihatan perang di sekeliling nenas tu. Kalau tak letak keknya cantik je dan bersih warna nenas dan ceri tu. Kali ni saya buat letak karamel tapi tetap menjadi dan sangat sedap. Resepi ni dari Che Mat Gebu lagi. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.

Masa dah terbalikkan kek ni, klakarlah keknya di kerjakan Hamka. Sementara menunggu sejuk, Hamka asyik tenung je kek ni. Bila saya sedar...gegelang nenas di atas permukaan kek tu dah hilang 2 keping....uwaaaaa. Saya pun tanya mana dan siapa yg ambil. Hamka dngn senyum simpulnya mengakuuuu..dia yg kejekannnn sbb kecur dan geram sangat kat nenas dan ceri tu..hah3...cacat sudahhhh kek mamaaaaaa..adoyaiiii...cepat2 ambil gambar dan bagilah Hamka merasa kek yg di geramkan sangat tuuuuu...mmng sedap kek ni....kalau tak percaya, anda cubalah sendiri....




BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah
Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

22 comments:

  1. Wahh..kak yatie....kek ni dah lama masuk dlm list nk buat...tp x sampai2 turn dia ni...tgk kak yatie buat...geram yg amat....
    ... n satu hari nti tiba jua...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Seram....Berita Maut Untuk Penggemar Jus Oren"

    ReplyDelete
  3. Sedap ni.My hubby pun suka apa2 yang ada nanas termasuk la kek nanas.

    ReplyDelete
  4. salam k.yatie...nampak sedap jer..kek nie, nak tapau 2 ketul boleh? :p

    ReplyDelete
  5. Waaa..tayang kek lagii...nak mintak..kompem dah habis..kikikiii

    ReplyDelete
  6. SEdapnyaaa....untie pon macam Hamka jugak...tak sabar nk makan kek nenas tu...mesti cuba buat nih... terlior sudah

    ReplyDelete
  7. Amboi Yatie .. Ella nak .. nak .. nak ..

    ReplyDelete
  8. adusss..tadi acar buah kat blog abg Mat, kat sini nenas plak..teros bersiap beli nenas dlm tin kak :)

    ReplyDelete
  9. assalam kak yatie, rajinnya baking kak...setiap hari singgah dapur akak ada jer kek yang menyelerakan..bestla kalau ada yg nk makan tu kan..seronok jer nk buat tu:)

    ReplyDelete
  10. bagai terasa kat tekak ni masam manis nenas tu...

    ReplyDelete
  11. @Sugar 'n' Spice
    selamat mencuba..mmng sedap kek ni..buatnya pun mudah..tq sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  12. @JR
    tq sudi singgah...mmng sedap kek ni..

    ReplyDelete
  13. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
    kalau mcm tu, bolehlah cuba kek nenas ni..mudah dan sedap tawww..

    ReplyDelete
  14. @Zana~Sweet Rose
    wkmsalam, boleh je kalau setakat 2 ketoi..hehehe..

    ReplyDelete
  15. @ibh
    sowwyyyyyy asyik tayang kek je..alahaiiii setakat kek biasa2 je...kalau kek yg canggih2 tu akak tak retilah nak wat..

    ReplyDelete
  16. @Gee®
    mmng sedap kek ni...cubalah, nanti Hamka nak mintak nenasnya je ok...hehehehe.

    ReplyDelete
  17. @Lily Jaafar
    uwaaaaa..kalau dah cukup semua bahan2 bolehlah buat kek ni..mudah dan sedap tawww..

    ReplyDelete
  18. @Nieza
    wkmsalam, time cuti sklh ni mmng banyak permintaan dari anak2..best gak, kita pun kenyang..hehehehe..

    ReplyDelete
  19. @Kamsiah
    owyekeeeee...bolehlah buat lepas ni..mmng sedap..

    ReplyDelete
  20. salam kak.... teringin btol nak buat kek nih.. nmpk sedap gtu! nenas dah ader sekaleng, tinggal sekaleng rajen jer yg tinggal.. dushh dushhhhhh

    ReplyDelete