Friday, December 30, 2011

Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak menu ayam lagi. Saya tertarik dngn resepi yg ringkas tetapi menyelerakan ni. Bila dah siap masak kami sekeluarga pun menjamu seleralah lauk ayam ni, mmng ternyata sedaplah. Tak sia2 saya mencuba resepi baru ni. Kawan2 boleh juga tngk di blog Mat Gebu dan resepi asal Lelayong ya. Terima kasih penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gm ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  • 3 camca besar cili kisar*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1/2 labu bwng besar*
  • sedikit halia*
  • 2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
  • 2 camca besar cili sos
  • 3 camca besar madu
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah, hiris serong
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
  • 1 biji buah tomato-ptng dadu (Yatie tambah)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • minyak masak secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali yang sama.
  2. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak, masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.

10 comments:

  1. AsSalam Yatie...
    Lauk yang ringkas tapi memang sedap. Ayam goreng memang senang dipelbagaikan masakannya...

    ReplyDelete
  2. kak yatie makan dengan nasi apa ni? nasi jagung lagi ke? teringat2 nasi jagung kak yatie hari tu. asik lupa je nak beli jagung tin.

    ReplyDelete
  3. wah yati...klaau anak2 liza tgk ni mst diaorg suruh buat....hihihhi

    ReplyDelete
  4. @Azita Zain
    wkmsalam, betullah kak..bila dah goreng ayam tu, pepandai kitalah nak mengayakannya..menu ni simple tapi sedap kak...

    ReplyDelete
  5. @izahdaut
    kali ni makan dngn nasi putih je Izah...mudah tapi sedap...

    ReplyDelete
  6. @liza
    mmnglah..lauk mcm ni yg cepat laku kat rumah..sedapkan masak merah mcm ni..cubalah..

    ReplyDelete
  7. kerana perut terlalu lapar saya dah follow blog akak..sedapppppp nyerrrrrrrrr

    ReplyDelete
  8. askum kak...salam perkenalan dari saya,salam tahun baru untuk akak sekeluarga.memang bestlah tengok semua kueh yang akak buat ni,setiap kali saya cube alhamdulillah menjadi....

    ReplyDelete