Saturday, December 10, 2011

Happy Birthday Mohamad Hamka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping insan2 tersayang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke 6 buat anak bongsu kesayangan saya Mohamad Hamka bin Mohd Khata. Mama doakan moga anakanda Hamka di panjangkan usia, di murahkan rezeki, menjadi anak yg soleh, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg sentiasa membanggakan dan membahagiakan mama dan abah serta sentiasa dlm limpah rahmat Allah swt.Aminn..

Bulan disember ni ada 2 orang sambut birthday dlm keluarga saya. Minggu lepas 3.12.11 merupakan birthday saya, manakala hari ni 10.12.11 merupakan birthday Hamka. Hari ni barulah mamaNya rajin sikit masak macam2. Biasanya bila hari ulangtahun kelahiran anak2, kita sebagai ibu..mestilah meraikannya spt baca doa selamat panjang umur dan adalah jamuan makan2. Jamuan makan2 ni pun bagi kaum keluarga sendiri je...bila jemput ramai2 nanti pening kepala pulak nak beri hadiah kat Hamka...hehehehehe.

Hamka ni walau dah 6 tahun tapi masih gemar dngn permainan. Hampir setiap minggu tu ada je permainan baru untuknya. Kalau kita kata dah besar dan tak belikan...siaplah dia membebel kata kita lokek...anak bongsu ni mmng manjenya lain sikit. Kadang2 kita sendiri tak mampu menolak permintaannya...tak kisahlah asalkan dia bahagia dan sentiasa mendengar dan ikut nasihat kita. Setakat ni Hamka ok alhamdulillah..tapi bab2 mainan mmng tak ok..mesti nak jugak......ekekekeke..

Oklah, malam tadi dah pergi makan pizza hut atas permintaan Hamka, hari ni mama masak nasi tomato dan ayam masak kandar....kejap lagi nak buat kek pulak atas permintaan Hamka. MamaNya tak kisah wat kek apa2 je..tapi bab mendeco ni mmng out....tak kisahlah, Hamka pun dah tak sabar nak tolong kat dapur tu...jom layannnn...kalau elok keknya, esok jelah saya n3..
Meh tngk gambar2 Hamka masa kecik2 dulu..



15 comments:

  1. selamat ulang tahun hamka.semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia juga di akhirat..tak sabar nak tengok mama buat kek apa..

    akak pun makan pizza mlm tadi.hehe

    ReplyDelete
  2. Happy B'day to Hamka

    Dah besar dah dia..
    Semoga menjadi anak kebangaan ibu dan ayah..berjaya di dunia dan berjaya juga diakhirat..

    ReplyDelete
  3. happy birthday to Hamka
    semoga jadi anak yg soleh
    comelnya dia pakai topi tu ...

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Hamka, semoga membesar menjadi anak yang baik dan membahagiakan ibu bapa....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie...

    SELAMAT HARI LAHIR KHAS BUAT HAMKA...Semoga Di Panjangkan Usia, Di Murahkan Rezeki, Diberikan Kesihatan Yg Baik, Menjadi Anak Yg Soleh Dan Senantiasa Di Dalam Rahmad ALLAH Hendaknya....Amin Ya Rob...

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday to Hamka cayanggg...comelnya dia,
    moga jadi anak yang solah pada ibu ayah, berbakti untuk nusa & bangsa, berjaya dunia wal akhirat...amin!

    ReplyDelete
  7. happy birhday hamka.. semoga menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta abg dan kakak2 ya..

    comel jer hamka ni, cam muka yatie :)

    ReplyDelete
  8. happy bufday hamka
    sy bru follow ur blog..n if u dont mind pliss follow mine...blh kongsi cerita :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir buat hamka...
    sedap namanya..
    moga jadi anak yang soleh..

    ReplyDelete
  10. Happy Birthday to encem boy Hamka...Moga jadi anak yg soleh, cemerlang di dunia dan akhirat...amiiinnn.. Waaah muka Hamka sebijik muka mamanya....sejuk kata org... Yatie, nnt buat kek sedap2 eh...akak nak tumpang...tengok jek laa...hehe

    ReplyDelete
  11. Happy birthday to Hamka!...hencem boy la.suka tgk gambar masa kecil tu. didoakan juga semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat..insyaAllah.

    sure mamanya buat kek hijau kesukaan Hamka kan..hehe

    ReplyDelete
  12. Happy Birthday Muhammad Hamka..semoga membesar menjadi anak yang solleh.

    ReplyDelete
  13. heppy bufday hamka.....
    K.yati, bagusnya ltk nama anak hamka, talhah....jarang dah nak dpt skrg ni.
    td first time buat donut, menjadi.rupanya senang aja....trm kasih

    ReplyDelete
  14. hepi besday adik hamka...semoga jdk anak yg soleh ye...kongsi bulan yg sama ngam achik ina...hik2

    ReplyDelete
  15. Buat kawan2 semua,
    terima kasih atas doa dan ingatan...gembira dan terharu di buatnya....Aminnnn ya rabbal aalaminnn, moga doa kita semua di makbulkan Allah swt.

    ReplyDelete