Sunday, December 4, 2011

Kek Green Carpet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih sekali lagi pada kawan2 yg sudi ucap selamat harijadi sempena ulangtahun kelahiran saya semalam. Saya merasa gembira dan terharu di atas ucapan, ingatan dan doa dari kalian semua. Terima kasih juga pada Mat Gebu, Lydia Miza dan Ayu Citarasa Rinduan kerana membuat n3 khas ucap selamat pada saya. Budi baik anda semua amat2 saya hargai. Ramai yg tanya tentu ada jamuan istimewa, kek ataupun hadiah istimewa. Sebenarnya pada saya, hari2 yg saya lalui adalah hari2 yg sangat istimewa. Tak semestinya hari istimewa ni kita nak hadiah atau sesuatu tu di sambut istimewa. Ikut kemampuan, kehendak dan keselesaan masing2lah ya. Kalau nak sambut tu tak kisah, asalkan kita tak menyusahkan orang2 yg tertentu...

Sebenarnya Kek Green Carpet ni saya buat utk minum petang. Kek ni simple tapi sedap seakan2 rasa Kek Lumut. Kalau kek yg di campur serbuk horlicks mmng harum dan sedap rasanya. Saya mmng suka kek yg macam ni. Terima kasih pada DayangJack kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya..



Bahan-bahan : Loyang 7 inci (kek ni saiz kecil je)
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
  9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.(tutup loyang dngn aluminium foil yg di sapu sedikit butter)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

12 comments:

  1. saya dah cuba kek ini.. memang sedap..

    ReplyDelete
  2. Aslmkum yatie.. pernah cuba kek ni..saiz kek ni comel jer.. tak puas makan kek dah abis.. hihihi.. berangan nak buat kek lumut pun tak mjadi2 lagi.. horlick dah lama beli.. bila ntah nk brsmgat balik..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie....


    Kan Dah Betul Mcm Carpet! HikHikHik Sedappppppnyaaaaa!....

    ReplyDelete
  4. wah..
    saya dah nak beradu sebenarnya

    dapat jej hijau,, terus beso mata saya........

    lapooo

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie....

    MMg Betul Mcm Carpet....Gebusssss Kehijauan! Nyammmmmmm...Mana Airnya Dah Tercekik Ni!...HikHikHik

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie.... cantik menawan warna kek ni... Along lum sempat lagi mencuba.

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    Sedapnya tengok...
    Kena cari mixer semula, banyak resipi yg ada ni.
    Happy belated birthday...

    Salam perkenalan. Orang yang sama ke dalam my resipi tu. hehe..
    Jemput singgah Teratak Usang..

    ReplyDelete
  8. assalam Kak Yatie...
    cantiknya hijau, menawan hati...
    c/p lg resepi kek chiffon k.Yatie tau cuma tukar je perisa keladi...tq k.yatie

    ReplyDelete
  9. Assalam Yatie....cantiknya kek tu, pasti sedap kan...

    ReplyDelete
  10. Wah...adik ada bahan.esok klu baby ok adik cuba.tq kak yatie

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday yatie...
    kita samalah yatie.. tiap2 hari pun adalah hari istimewa.. hehe.. ehh.. nampak sedap kek tu.. hijaunya mengancam mata memandang..

    ReplyDelete
  12. Assalam kak Yatie, cantik rupa kek yg hijau tu....sukalah Hamka mkn kek hijau ni kan.:)

    ReplyDelete