Oklah jom kita semak resepi yg ringkas ni. Kalau ada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah mencubanya. Mudah dan pastinya sedap.
Bahan-Bahan
- 500 gm daging
- 2 btng serai- di titik
- 1/2 inci lengkuas- di hiris
- 3 sudu besar rempah sup adabi
- 2 sudu besar rempah kurma adabi
- 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
- minyak utk menumis
- 5 cawan air atau secukupnya
- garam dan sedikit gula
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 inci halia
- 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- 2 ulas bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih di hiris
- Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
- Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
- Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
- Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
- Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
- 1 bungkus mee kuning
- 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
- daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
- bawang goreng.
- Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
- Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
- 10 tangkai cili padi merah
- 15 tangkai cili padi hijau
- 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
- 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
- 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
- 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
- Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
- Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
- Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.
adoyaiii...sedapnyer, macam nak buat pulak!
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletemi sup peberet sy n family..sedapnyeee...:)
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteSedapnya..
Hari ni buat mee goreng je. Lain kali boleh cuba resepi ni..
terliur tengok mee sup yatie ni tau..tergoda betul akak di buatnya..nak tunggu semua anak2 balik baru boleh buat ni..
ReplyDeletesalam yatieee... hiss mkin kuat perut K1 berkeroncong negok mee rebus yatie,, ujan mkin lebat plak ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum yatiee.... aduhai.. mee sup daging.. ada plak kuah kicap.. terliur.. sedap nye.. ma kasih resepinya pasti ingin cuba..
ReplyDeleteKak cek klau yg bersup2 ni ...memang suka sangat...dapat hirup kuahnyah...fuhhh...sego rasa bdn...:)
ReplyDeletemkn masa demam2 ni sodap ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum akak yatie cayang...
ReplyDeletewah fav diana nie mee sup daging.... kalu diana asal jer mee sup ker mihun sup ker.. pendek kata sup2 gini ler kan.. mmg suka sgt makan.. terliur diana tgk mee sup tu akak..
@Aynora Nur
ReplyDeletekalau teringin tu bolehlah buat..mmng sedap..
@efa
ReplyDeletemmng sedap Efa..
@nOOrsha
ReplyDeletesamalah selera kita sekeluarga..
@iza
ReplyDeletewkmsalam, mee goreng pun sedap..lenkali bolehlah cuba resepi ni kalau teringin tu..sedap..
@anymz
ReplyDeletekalau anak2 semua ada kat umah mmng best dan bersemangat nak masak macam2 kan kak...kita pun naik berselera nak makan sama..
@Kakwan (K1) - citarasawan
ReplyDeletewkmsalam, alahai yatie masak mee sup simple je kak..kalau singgah umah akak lagilah tak tahan tengok kek2 yg meruntun jiwaku....semuanya best2 belaka...geram tngk tawww..
@Choco Ani
ReplyDeletewkmsalam, sesekali layan mee sup mcm ni mmng sedap..bolehlah cuba bila teringin..
@cik cek
ReplyDeletesamalah kak cek, ni menu berbuka puasa tadi..mmng segar satu badan bila menikmatinya..sedap..
@rara pinkmafia
ReplyDeletebetullah dik, ni pun tak berapa sihat...bila pekena sup ni terasa segar je satu badan..
Assalamualaikum Yatie...
ReplyDeleteIni Mmg Fav Kak Lin...Aduhai Tak Boleh Tahan Tgk...Lagi Kalau Pedas2 Berasap Telinga! Hehehehe
Aslmkum Yati
ReplyDeleteTadi dah jamu mata dg mee sup di Fp...skrg di blog pula....sedap mee sup dg kuah panas..ada pula sambal kicap....
menarik talam keledek Yati kat bawah tu....warnapun ceria...suka tengok....
.....sedapnya dik..tapi mamaijat x leh makan daging..hu hu hu....telan lior jelah...
ReplyDeletesedapnya kak mee sup...:)
ReplyDeletesalam kak yatie..cuti sekolah tak bawa anak2 ke mana-mana ke?
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Yatie.
ReplyDeleteSedap mee sup daging ni kak. Lebih kurang soto la ni kan. Nak semangkuk kak. Cili kicap tu letak lebih yer..
mee sup memang sedap kalau time sejuk beku kat sini memang suka mkn mee sup gini..maunya bertambahx2 mkn pastu bertambah berat pula..haha susah tul nk control mkn time winter ni kan:)
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeleteHujan2 ni kalau pekena sup2 macam ni memang masuk terus ni Yatie. lama jugalah k.ct tak buat mee sup. Tapi hari ni buat juga sup tapi sup ayam berempah. Haa..boleh juga celurkan sikit bihun tu dan letak jer sambal kicap jadilah juga kan..hihihi
confirm sedap nih sbb guna 2 jenis rempah pastu buh serbuk lada hitam lagi. meletopssss!! hihi.
ReplyDeletekak yatie...lenda cnp ye..tenkiu ..muah2
ReplyDeleteMama pun teringin ..nanti nk try buat...
ReplyDeleteKak Yatie tima kasih utk resepi yg sungguh enak ni. sya wt utk makan tengah ari.
ReplyDeletemmmmmm............sya baru je makan mee sup daging ikut resipi akak ni.
ReplyDeleteSedap sgt.rugi klu tak cuba masak.
Resipi ni utk mkn berapa org yea?
ReplyDelete