Friday, April 5, 2013

Bertemu Kak Ummi Kuantan - Home Sweet Home

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni tak bersiaran sbb tuan rumah jln2 makan angin sampai ke Kuantan. Bila sebut je Kuantan, mesti semua tau kan blogger popular dan sifu masakan kat sana. Ahaaaaaa...siapa lagi kalau bukan Kak Ummi Zaihadi-HSH. Sebenarnya pertemuan ini pun tak di rancang sangat. Kebetulan saya mengikuti suami bertugas di Kuantan selama 3 hari, jadi saya pun tak lepaskan peluang kali ini utk mengikutinya. Dalam hati dok berbisik2 gak dan berangan2...kalaulah dapat jumpa sifuku K.Ummi, alangkah bertuahnya rasa hati ini. Bila dah sampai Kuantan tu, angan2 tu tetap diharapkan jadi kenyataan, maklumlah suami sibuk bertugas dari pagi sampai petang, K.Ummi  pun bertugas juga...tak taulah mcmana nak jumpa ikut kelapangan masing2.

Kami bertolak dari JB petang isnin dan  dlm pkl 8 mlm kami sampai Kuantan. Tak sangka pagi tu K.Ummi dah bertanya khabar dan bertanyakan bila boleh jumpa. Bila K.Ummi dah ckp mcm tu, mmng kena usahakanlah nak jumpa juga, tapi dlm hati ni Allah je yg tahu berdebar dan gembiranya kalau dpt jumpa K.Ummi. Bila dah bincang dngn suami, akhirnya pagi Khamis bersamaan 4.4.2013 bertemulah kami sekeluarga dngn K.Ummi dan suaminya. Sungguh manis dan ayu jelita je K.Ummi ni, peramah dan mudah mesra sangat. Saya yg pada mulanya malu2 dan tak terkata apa...jadi pandai pulak berborak dngn K.Ummi...he3..

Terima kasih K.Ummi dan suami atas layanan yg di berikan, gembira dan terharu sangat. Terima kasih juga sudi luangkan masa bersama kami sekeluarga, nasi kerabu tu mmng sedap. Terima kasih juga buah tangan yg akak beri tu, mcm ni mmng tak serik nak dtng Kuantan lagi. In Shaa Allah di lain kesempatan kita jumpa lagi ya. Jangan lupa beritahu Yatie bila akak turun JB ya. Kami menanti kunjungan dari akak pula.
Gambar kat bawah ni sebagai kenang2an saya bersama K.Ummi-HSH.




Tuesday, April 2, 2013

Ikan Siakap Panggilan Pulau


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Jangan terkejut ya dngn menu saya hari ni. Sebenarnya menu ikan ni saya masak minggu lepas. Kebetulan petang tadi bermandi manda di Teluk Chempedak, terus terpanggil2 utk n3 menu siakap panggilan pulau ni. Bila tepi pantai tu terasa nyaman je, terasa mcm2 ilham datang. Kalau betul2 mmng boleh karang sajak atau syair gitewww.

oklah, di sini saya nak kongsikan resepi yg sangat mudah tapi sedap sangat, rasanya seakan2 masak 3 rasa/masam manis juga tapi ada sedikit kelainan rasanya bila tambah kayu manis...mmng harum dan sedap sangat. Terima kasih pada Datin Lulu berkongsi resepi ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa kelainan resepi ni, bolehlah mencubanya....mmng terpanggil2 ke dapur punya dan tak sabar utk menikmati ikan siakap panggilan pulau ni. Resepi asal menggunakan ikan bawal, tapi saya guna ikan siakap. Terpulanglah pada selera masing2 ya.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap-cuci, toskan dan kelar2kan permukaannya
  • 1 sudu serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng ikan
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato - dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya
Bahan hiris dan tumis
  • 1 labu bwg besar
  • 4 biji bwg merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai - di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
Cara-cara
  1. Ikan yg siap di gaul dngn garam dan serbuk kunyit, hendaklah di goreng sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan 1/4 cawan minyak dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis - gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato - kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu, tutup api.
  5. Curahkn kuah@sos ke atas ikan, dah siap,bolehlah di hidangkn panas2

Selamat Hari Lahir Qhaliff

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg setahun buat anak blogger terkenal Ben Ashaari iaitu Muhammad Qhaliff Iman bin Salbani. Seronok mengenali keluarga BenZla ni, lebih2 lagi dngn kehadiran baby comel Qhaliff ni. Setiap hari ada saja cerita dan keletah Qhaliff yg mesti di baca di blog ayahnya. Bila dapt berjumpa dngn Qhaliff ni di alam nyata, mmng seronok sangat. Qhaliff mmng ceria dan mudah mesra dngn siapa saja yg melayannya.

 Selamat Hari Lahir buat Qhaliff, moga di panjangkan usiamu, di murahkan rezekimu, di berikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin...
Gambar ni merupakan gambar 2 hari sebelum Qhaliff berumur setahun. Masa ni jumpa Qhaliff di rumah Mat Gebu. Terima kasih atas persahabatan ini. Moga ukhuwah yg terjalin ini berpanjangan hingga ke akhirnya.


Related Posts with Thumbnails