Tuesday, February 28, 2012

Mee Rebus Cik Ani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak2 ni tak berapa selera nak makan nasi, so hari ni saya masak mee rebus atas permintaan suami tersayang. Masa pergi kenduri pengantin aritu selain makan nasi minyak ada menu mee rebus juga. Saya tak melepaskan peluang dan sempat jugalah merasa mee rebus tu. Bila makan kat kenduri ni biasalah, malu sikit..makan pun buat syarat je. Bila balik tu asyik teringat2 je. Hari ni puas makan siap ulang2 lagi kami anak beranak makan mee rebus special ni. Biasanya saya guna resepi di SINI. Kali ni saya guna resepi dari chef terkenal iaitu Chef Wan dan menurut Mat Gebu resepi ni adalah resepi dari bonda Chef Wan sendiri...mmng ternyata sedap sangat....sebab tu namanya mee rebus Cik Ani, nama bonda Chef Wan rupanya.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Pada kawan2 yg belum mencuba resepi ni, bolehlah mencubanya. Maaf ya Chef sbb saya ada tambah sikit bahan2 rencah ikut kesesuaian rasa. Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

Bingka Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih bingka kelapa pandan ni saya buat lepas masak tengahari tadi. Bila petang ni bolehlah wat minum petang, lagi pun tak sabar nak merasa ni. Kuih ni sedap sangat, rasanya seakan2 kuih getas2. Sebelum ni mmng tak pernah buat dan rasa kuih ni. Bila dah cuba baru tau rasanya yg sedap sangat. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba buat sendiri....mmng berbaloi, lagipun tak memerlukan bahan2 yg banyak dan mudah di dapati. Sebelum ni nampak juga K.Zana dan Sheila buat kuih ni...tu yg bertambah2 semangat nak buat kuih ni. Kali ni saya guna acuan bahulu lonjong tu dpt dlm 6 ketul dan selebihnya guna acuan bahulu pecah lapan...mmng ngam2 je adunan ni. Jom semak resepinya...





Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Monday, February 27, 2012

Donut Kentang Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni bf apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, asalkan tak dibiarkan perut tu kosong. Walau sikit, ambillah makanan buat alas perut supaya kita mempunyai tenaga di pagi hari utk melakukan tugasan dngn baik dan ceria. Ok hari ni kami sekeluarga bf donut kentang je. Sebenarnya buat donut ni malam tadi, pagi ni tinggal panaskan je...mudahkan. Lagipun anak2 mmng suka sarapan yg ringan2 je mcm donut ni. Kalau yg berat2 sikit tu takut sakit perut dan menganggu masa pembelajaran di sekolah. Resepi donut ni dah selalu sangat saya buat dan mmng lembut dari malam ke pagi...dan dari pagi ke malam..he3..tentu fahamkan.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Kawan2 boleh juga rujuk di SINI.



Bahan-Bahan

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya dlm 1/2 cwn je
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis
Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Sunday, February 26, 2012

Resepi Tepung Goreng Pisang Rangup

Assalamualaikum dan slmt berhujung minggu. Hari ni dan semalam bnyk dpt jemputan perkahwinan, so cuti masaklah. Bila malam tu makan yg ringkas2 je asal kenyang..sesekali apa salahnya kan. Petang ni masak pisang goreng je. Biasanya guna resepi di SINI, kali ni cuba resepi di SINI pula. Alhamdulillah mmng sedap dan ranggup je mcm guna tepung goreng pisang adabi....memang terasa kelainannya. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
  4. Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke SINI. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.

Thursday, February 23, 2012

Kek Marble Optima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ni demam Kek Batik Arora melanda para blogger masakan termasuk juga saya yg dah buat dan merasa kek glamour tu. Hari ni terasa2 nak buat dan makan kek lagi. Jadi saya pun cubalah kek yg mudah dan semestinya sedap. Hasil singgah blog kawan2, jumpalah kek yg di idamkan, lagipun dah lama betul saya tak guna tepung optima utk buat kek. Kali ni saya nak kongsikan bersama resepi kek yg mudah dan hanya menggunakan telur, butter dan tepung optima je tetapi hasilnya sungguh memuaskan hati...terasa lembut dan moist je kek ni. Perisa kek tu terpulanglah pada selera masing2 ya.

Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan. Sebelum ni pernah juga nampak Ayu dan Kak Am buat kek marble optima ni. Kawan2 bila lagi nak mencuba tu....jngn tunggu lama2...he3...




Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 250 gm mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 gm tepung Optima
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sb serbuk koko - diayak (Yatie guna coklat emulco je)
  • 1 atau 2 lagi warna pilihan (Yatie guna strawbery emulco dan tambah sedikit pewarna pink)
Cara-cara
  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Ambil 1/3 adunan dan campurkan serbuk koko.Lebihan adunan diwarnakan jika suka.
  4. Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dipotong dan disajikan.

Wednesday, February 22, 2012

Sheperd's Pie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi Sheperd's Pie yg sangat sedap. Sebenarnya saya buat malam tadi, pagi tadi bolehlah buat sarapan sekali. Kalau ikut resepi di bawah ni mmng dapat banyak dan puas makan. Kali ni saya dapat 2 bekas bulat aluminium foil 8", tu pun masih berbaki 1 mangkuk kecil lagi intinya. Anak2 makan dngn roti putih je selebihnya.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi Shepherd Pie yg sangat sedap ni, juga buat Kak Ummi yg telah mewar2kan resepi yg best ni. Kali ni dapatlah buat sendiri, ala2 menu omputih gitewwww....Apa lagi kawan2....jomlah cuba resepi Sheperd Pie ni, tentu suami dan anak2 suka sangat. Bila makan yg sedap2 mcm ni tetiba teringat anak bujang saya di perantauan. Kalau Talhah ada, mesti dia berselera makan dan pastinya berulang2 makan.....seronok bila kenangkan Talhah berselera makan...huhuhuhu...mood sedih pulak tetibaaaa....sabar ya nak....insyaAllah kita pasti bertemu kembali..Jom kawan2 semak resepinya.





Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

Tuesday, February 21, 2012

Ayam Kacang Peas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni satu lagi menu ringkas dari saya dan semestinya sedap. Ayam kacang peas, pernah dengar tak? Sebelum ni pernah dengar dan tak pernah rasa, macam sedap je. Bila dah cuba barulah tau rasanya macamana...fuhhhh mmng best. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya...mmng sedap. Anak saya Hamka bukan main suka lagi ayam masak mcm ni sebab ada kacang peas kegemarannya....kena pulak warna hijau..mmng layan habisssss....Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan:
  • 1 tin kacang peas-toskan
  • 500 gm ayam (buangkan kulit dan potong kecil)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 tangkai cili merah (hiriskan serong)
  • 2 biji cili padi-Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • garam dan gula
  • 1 pokok kecil daun sup [cincang]
  • minyak utk menumis
Cara- Cara
  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis bawang putih & halia.
  3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
  4. Masukkan tomato sos dan sos cili, gaul rata.
  5. Masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
  6. Taburkan daun sup dan tutup api.
  7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.

Monday, February 20, 2012

Kerisi Tumis Asam

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni masak menu ringkas je asalkan sedap. Sebenarnya dah selalu sangat masak lauk simple mimple macam ni, kalau kawan2 nak tau lauk inilah yg saya ajar pada anak saya Seri utk masakan air tangannya sendiri buat pertama kalinya selain ikan goreng. Dah selalu sangat ikan goreng, jadi saya ajarlah masak yg mudah. Bahan2 semuanya hiris je pastu perasakan, dah siap bolehlah di hidangkan dan di jamu selera. Kalau masak kicap pun sama gak..guna resepi yg ringkas2 je..lenkali boleh buat rujukan di masa akan datang ya Seri...manalah tau dah dok jauh dari mama...masa nilah kena masak sendiri, so carilah resepi yg mudah je. Ok jom semak resepinya...


Bahan-Bahan
  • 5 ekor ikan kerisi (ikan apa2 pun boleh)
  • 1 btng serai- di titik
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili hijau/merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan kerisi bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, daun limau purut dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

Kuih Lapis Labu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga hari ini anda semua bertambah semangat utk menjalani kehidupan seharian dan seterusnya hari2 mendatang. Ok pagi ni saya nak sajikan dngn menu kuih lapis labu utk kawan2 semua. Kalau beli mmng takde jual kuih mcm ni kecuali buat tempahan dulu barulah orng buatkan. Kuih lapis ni selalunya rasa lemak2 manis dan ikut selera masing2lah ya nak letak perisa dan pewarna kegemaran. Kali ni saya buat perisa labu dan menggunkan labu yg di rebus dan di lecek. Wowwww sungguh sedap dan terasa lemak manisnya. Pada peminat kuih kukus mcm ni bolehlah mencubanya. Satu peringatan pada kawan2 semua ya, kalau mengukus kuih tu hendaklah setiap lapisan tu masak barulah kita lapiskan adunan seterusnya ya. Jangan bila nmpk beku sikit je kita dah tuang adunan seterusnya..dikhuatiri adunan tu tak masak di bahagian tengahnya dan masih lembik. Bila dah masak sepenuhnya lapisan tadi tetap tak cantik.

Saya sekadar berkongsi pengalaman yg mmng suka buat kuih2 mcm ni. Sebelum ni ada kawan2 bertanyakan mengapa kuihnya tak jadi padahal menggunakan resepi yg sama. Pada saya mungkin ada sesetengahnya tersalah gunakan teknik masa mengukus kuih. Satu lagi masa nak kukus kuih tu adunan dikacau dulu baru tuang ke loyang ya supaya adunan tepung tak mendak. Oklah pada kawan2 yg nak merasa kesedapan kuih lapis labu ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya dan selamat mencuba.





Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)
Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit, gunakan loyang 8 inci.

Sunday, February 19, 2012

Pankek Jagung Pedas

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu. Petang ni buat apa ya utk minum petang. Kalau musim hujan ni sedap gak makan jemput2 atau lempeng yg panas2, kena pulak di gandingkan dngn sos kegemaran atau sambal tumis...mmng best. Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi pankek jagung pedas dari Kak Liza, mmng sedap. Pankek ni sesuai di makan waktu pagi ataupun petang. Bila teringin tu bolehlah mencubanya. Terima kasih Kak Liza berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni,izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 1 cawan jagung [2 tongkol jagung segar -hiriskan]-Yatie guna jagung dlm tin je dan toskan
  • 5 stik ketam fillet-potong kecil
  • 3 cawan tepung*
  • 1 s/k soda bikarbonat*(* diayakkan)
  • 1/2 sk baking powder*
  • sedikit daun bawang/daun sup [potong pendek]
  • 1/2 batang kecil carrot [parut]
  • 1 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji cili merah-buang biji dan hiris halus
  • 2 biji telur
  • 2 1/4 cawan air
  • sedikit garam
  • minyak untuk lenserkan non-stik pan
Cara-Caranya
  1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
  2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sikit minyak.
  3. Letakkan 1 senduk adunan dalam pan dan tudungkan dengan tudungnya.
  4. Masakkan dengan api paling minumum dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

Friday, February 17, 2012

Ayam Dendeng Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping keluarga tersayang. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi ayam dendeng pandan yg sangat sedap. Resepi asal menggunakan daging dan saya pula tukar pada ayam...mmng sedap betul. Lenkali bolehlah cuba guna daging pula, mesti lagi sedapkan. Sebelum ni nampak kat blog Mas, dah 2 kali Mas masak daging dendeng pandan ni, jadi saya pun tak sabar nak mencuba dan merasa. Kebetulan dah keluarkan ayam dari petiais, jadi teruskan jelah masak ikut resepi ni. Tak sangka mmng sedap sangat hingga menjilat jari. Kali ni saya makan bersama Nasi Impit, Sayur Lodeh dan Sambal Tumis...perghhhhh mmng sedap betullah. Maunya bertambah2 nasi impit dan lauk...

Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Maaf sekiranya Yatie ubah sikit ikut kesesuaian, lagipun masak guna ayam, terpaksalah ejas2 ikut selera sendiri. Kalau kawan2 nak tahu, resepi inilah yg masuk Majalah Jelita Mac 2011 yg lepas. Tahniah buat Kak Ummi, sesungguhnya resepi2 yg akak kongsikan kat majalah dan blog kebanyakkannya menjadi dngn jayanya. Terima kasih sekali lagi. Kalau kawan2 nak cuba guna daging, bolehlah tngk di blog Kak Ummi ya.



Bahan:-Bahan.
  • 1 ekor ayam
  • sedikit kunyit serbuk dan garam utk goreng ayam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1-2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Ayam di potong 12, cuci bersih dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan ayam dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga ayam benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  7. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi ayam. Siap untuk dihidangkan.


Thursday, February 16, 2012

Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni layan kuih bakar pandan mmng best betul. Kuih ni mudah je buatnya, satukan semua bahan2 dan blend..pastu bakar..siap dan sejukkan. Bila petang tu dah boleh di makan wat minum petang..mudahkan. Semalam nampak Kak CT tayang kuih bakar ni, jadi sambil masak tadi saya pun buatlah kuih kegemaran ni. Belum makan tengahari dah tak sabar nak rasa kuih ni sbb bau pandan yg harum tu menusuk kalbu...dah terliur sangat daaaa, padahal kerap gak buat kuih bakar ni. Sebelum ni pernah buat di SINI dan menggunakan resepi sama dari Joayee. Terima kasih pada penyumbang resepi.



Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan (atau 1 tin santan = 450 ml)
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Wednesday, February 15, 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak ayam ala2 bali sbb teruja tngk kat blog Diana. Ramai kawan2 yg dah mencuba termasuklah Mas, K.Nor,Izah dan Zaliedana. Semuanya kata sedap dan pada saya sememangnya sedap, rasanya seakan2 ayam masak merah juga. Masakan ni sesuai di makan bersama nasi kegemaran. Pada yg nak merasa tu bolehlah mencubanya. Terima kasih Diana berkongsi resepi yg best ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan² :
  • 950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 inci halia _ dihiris
  • 1/2 inci lengkuas _ dihiris
  • 2 batang serai _ dihiris menyerong
  • 2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A :
  • 2 tbsp ABC soy sauce
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
  • Garam jika perlu
Cara memasak :
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.

Tuesday, February 14, 2012

Kek Batik Arora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam tadi saya merajinkan diri buat kek yg glamour namanya iaitu Kek Batik Arora. Tak sabar nak buat dan merasa kek ni, lebih2 lagi bila nampak Ita dan Ady buat...menarik dan ceria je warna kek ni. Kek ni lembut dan moist je, rasanya seakan2 kek pelangi atau kek marble. Terima kasih pada Cida kerana berkongsi resepi kek ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ikut resepi asal kena tompok2kan, tapi akak terlupa wat belang2 mcm biasa..jadilah rupa mcm kek pelangi. BTW kek ni mmng sedap sangat. Kalau nak tau rasanya, kenalah cuba buat..Jom semak resepinya.





Bahan-bahan
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder
  5. Kemudian di ayak ~ ketepikan
  6. Dalam bekas mixer
  7. Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
  8. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  9. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  10. Tutup mixer
  11. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
  12. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  13. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
  14. Gaul adunan rata
  15. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
  16. Setiap tompokan 1 senduk
  17. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  18. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

Monday, February 13, 2012

Buah Melaka Pancawarna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni kita layan kuih buah melaka pancawarna. Kuih ni kuih lama tapi hingga kini kuih ni masih di gemari. Biasanya saya suka campurkan keledek,kentang atau labu pada adunan tepung pulut supaya tak liat. Buah melaka keledek/onde2 keledek boleh lihat di SINI. Kali ni saja tak campur sbb nak rasa yg asli, tapi tambah sikit tpng gandumlah. Bila letak warna warni macam ni pastilah anak2 teruja nak merasanya. Tak sangka anak2 saya suka pulak kuih ni, mcm biasalah Hamka makan yg hijau, Seri suka yg purple, Dina suka merah dan mamaNya suka kuning. Sebenarnya saya tak kisah warna apa, yg penting sedap. Terima kasih pada E-NA Lovely Kitchen kerana berkongsi resepi yg menarik ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Ni Hamka punya..ku lihat HIJAUUUUUU...


Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

Sunday, February 12, 2012

Ikan Pari Bakar

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu. Tak pergi jln2 ke? Saya dok rumah je arini, masak2 dan kemas2 je spt biasa. Bila cuti nilah boleh malas2 sikit, kalau hari sklh tu kena buat kerja cepat2 je...hari ni kira hari sempoiiiiii......
Oklah dlm sempoi2 tu saya sempat membakar ikan, lagipun resepi ni mudah dan ringkas je...cicah dngn Kuah Asam, mmng best betul. Terima kasih K.Nor berkongsi resepi ikan bakar mudah ni, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 keping ikan pari ~ terpulang la kalau nak guna ikan lain
  • 3 sudu besar air asam jawa yg pekat
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • sedikit belacan ~ bakar dulu kalau nak lebih sedap
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam, sedikit gula
  • daun pisang ~ optional
Cara- Caranya
  1. Bersihkan ikan pari dan toskan.
  2. Gaul semua bahan2 kecuali daun pisang
  3. Lumurkan pada ikan pari dan perap sekurangnya 1/2 jam. (letakkan sekali daun kesum pd ikan)
  4. Bakar ikan dlm aluminium foil yg dialaskan dgn daun pisang hingga masak. Ni kaedah kalau bakar atas dapur gas.
  5. Kalau bakar dgn menggunakan dapur arang kayu lagi best.
  6. Nak bakar/gril dlm oven pun boleh, terpulang la ya..
  7. Hidangkan bersama dgn air asam.

Friday, February 10, 2012

Talam Roti Paun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan kuih Talam Roti Paun pula. Macam biasalah tuan rumah mmng peminat setia kuih kukus/tradisional ni, jadi mmng tak heranlah kuih2 mcm ni je kat blog saya. Pada yg suka tu bolehlah mencubanya, pada yg kurang gemar tu..lihat jelah ya. Manalah tau satu hari nanti bertukar selera pada kuih2 mcm ni...sape tau kan. Pada pengemar kuih2 kukus ni bolehlah mencubanya. Kuih ni sedap sangat, terasa lembut dan lemak manisnya. Kalau di sejukkan lagilah sedap. Resepi asal adalah dari Chef Asma dan saya telah ubah pada sukatan cawan metrik supaya mudah buat rujukan di masa akan datang. Lain kali kalau nak buat lagi, senang dan tak payah keluarkan penimbang...sukat guna cawan je. Terima kasih pada tuan punya resepi...jom kita semak resepinya.




Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Wednesday, February 8, 2012

Moist Pandan Marble Cake

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Lamanya tak bersiaran, harap pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku tak bosan ya dngn menu ikan pari je. Maklumlah cuti panjang, semuanya berkumpul kat rumah, jadi kami sekeluarga luangkan masa bersama dngn JJCM....jadi tiadalah menu terbaru sbb mood memasak masih lemau lagi. Kek ni pun kek minggu lepas yg saya buat sebelum pergi bercuti tempohari. Kek ni sedap dan moist je, gabungan pandan dan coklat mmng membangkitkan aroma dan rasanya. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah cuba..mmng best. Resepi asal di SINI. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Ingredients
  • 250 grams butter
  • 250 grams caster sugar
  • 250 grams flour
  • 8 eggs
  • 1 tbsp ovalette
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1 tbsp chocolate emulco
  • 2 tbsp cocoa powder
  • 4 tbsp condensed milk
Method:
  1. Preheat oven to 170°C. Grease a 7-8 inch round/square pan.
  2. Melt butter (I usually melt it in a microwave, but you can melt it over the stove too) and leave aside to cool.
  3. Sift flour into a mixer bowl. Add sugar, eggs and ovalette into the bowl and using a whisk attachment, beat at low speed to firstly combine ingredients, then medium speed to add volume. Mix until ingredients are thoroughly mixed in, about 3 minutes.
  4. Beat in vanilla essence. Gradually pour in melted butter while beating the batter at low speed. Continue beating until all the butter has been incorporated.
  5. Separate half the mixture into another bowl. This will be your plain mixture.
  6. In the original mixing bowl, add cocoa powder and chocolate emulco to the batter and beat till well incorporated. This will be your chocolate mixture.
  7. To assemble, spoon 3 tablespoons of the plain mixture in the middle of your baking tin. Then place 3 tablespoons of the chocolate mixture. As you continue spooning in the batter into the middle, the batter will start spreading out into the tin. Continue alternating, as this will form the marbled effect.
  8. Bake in the centre rack of the oven for 40 minutes, until a skewer poked into the centre of the cake comes out clean.
  9. After removing from the oven, allow the cake to cool in the tin for about 10 minutes. Then, turn the cake out to cool on a wire rack.

Friday, February 3, 2012

Pari Masak Santan Berlada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok hari ni saya masak cepat tapi n3 mcm biasalah tetap lambat sbb bnyk tugas yg perlu di selesaikan dulu. Biasanya saya masak asam pedas ikan pari ni, maunya bertambah2 nasi dan lauk. Kali ni ubah selera pula dan tentunya cari resepi lain dari yg lain. Hasil selongkar umah Mat Gebu dapatlah resepi yg mudah dan sedap ni. Terima kasih Che Mat..mmng sedap ikan pari masak mcm ni....lenkali nak tukar pada ayam atau udang pula, mesti sedap juga kan. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 800 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji terung bulat, kupas sediki kulit dan didadu bersar2, rendam
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 4 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan terung (toskan). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan tomato belah, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga gunakan ayam sebagai ganti ikan pari.

Thursday, February 2, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni layan kuih lapis seri wangi pula. Sebelum ni banyak dah guna resepi yg berlainan, kali ni resepi lain pula dan mestilah letak nama yg berlainan supaya senang di ingat. Lagipun gabungan pandan dan coklat mmng harum je, bersesuaianlah namanya kuih lapis seri wangi. Pada penggemar kuih lapis/kuih yg di kukus tu bolehlah cuba resepi ni.

Anak2 mmng suka kuih lapis ni...mereka suka buka selapis demi selapis utk makan kuih ni. Kali ni buat warna hijau dan coklat pula. Macam biasalah kalau ada warna hijau...Hamka lah paling suka. Dia selak selapis demi selapis dan di kumpulkan je yg hijau..yg coklat dia suruh kakaknya Seri makan..adoyaiii Hamka ni. Sebelum ni buat Kuih Lapis Koko, resepi tu guna tepung gandum yg lebih, kali ni guna tepung beras pula yg lebih. Rasanya tentu berlainan, yg penting kuih2 lapis ni mmng sedap dan terasa lemak manisnya. Ada yg nak mencuba ke.... Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.

Wednesday, February 1, 2012

Chocolate Fudge Brownies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni anak saya Seri teringin sangat nak makan brownies. Petang tadi saya buatlah atas permintaan dan mcm biasalah kalau kek/kuih/brownies yg berkaitan coklat mmng kegemaran Seri. Kalau Dina pula sama macam selera mamaNya suka kuih kukus2. Oklah kita terus semak resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi asal siapa lagi kalau tak Kak Wan yg mmng serba boleh tu. Saya kagum betul dngn kebolehan Kak Wan ni. Kebanyakkan kuih, kek atau masakan hasil air tangannya mmng memikat selera. Terima kasih Kak berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan
  • 310gm mentega (Yatie guna 1 1/4 cawan)
  • 160gm serbuk koko
  • 400gm gula kaster
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 5 biji telur - di kocok ringan
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan chocolate chips (gaul dengan sedikit tepung)
  • Hirisan badam secukupnya untuk hiasan (Yatie ganti coklat chips putih)
Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko dan gaul rata.
  2. Masukkan gula, esen vanila dan telur, gaul sebati.
  3. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga bergaul rata. Masukkan chocolate chips, gaul rata.
  4. Tuang di dalam loyang, ratakan dan tabur dengan hirisan badam.
  5. Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 30 - 40 minit.