Tuesday, February 28, 2012

Bingka Kelapa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih bingka kelapa pandan ni saya buat lepas masak tengahari tadi. Bila petang ni bolehlah wat minum petang, lagi pun tak sabar nak merasa ni. Kuih ni sedap sangat, rasanya seakan2 kuih getas2. Sebelum ni mmng tak pernah buat dan rasa kuih ni. Bila dah cuba baru tau rasanya yg sedap sangat. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba buat sendiri....mmng berbaloi, lagipun tak memerlukan bahan2 yg banyak dan mudah di dapati. Sebelum ni nampak juga K.Zana dan Sheila buat kuih ni...tu yg bertambah2 semangat nak buat kuih ni. Kali ni saya guna acuan bahulu lonjong tu dpt dlm 6 ketul dan selebihnya guna acuan bahulu pecah lapan...mmng ngam2 je adunan ni. Jom semak resepinya...





Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka
Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

13 comments:

  1. Yatie, dulu2 kan, mama KC kalau guna acuan ni dia bakar atas dapur gas je. guna api kecik.

    skrg da moden, org letak dlm oven eh. canggih arr. Tp kan, kalo KC yg buat confirm guna gas!!! hihihi

    ReplyDelete
  2. salam Yatie..

    Ita pun baru berangan nak buat dah berapa hari dok ulang masuk blog Zana, kak wan, Sheila dan yani.. ni nampak pulak yatie buat lagi lah bertambah2 teruja nak buat bertambah2 teruja bila yatie kata sedap!

    sedap ye yatie??
    nak kena gi kedai jugak lah ni cari kelapa...

    ReplyDelete
  3. salam kak....
    kak yatie memang jadi rujukan saia kalau soal kuih muih....
    nampak sedap bingka tu kak...
    pakai tepung pulut ye kak???
    tentu rasanya pun unik kan ...
    masuk list yg mesti saia try....
    syukron dah share resep kak... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Salam kak..

    Biasa makan yang putih je...

    ReplyDelete
  5. Owww... adik beradik kuih getas yer.. kalu kuih getas gee biasa buat tp edisi yg bakar ni tak pernah lagi...nmpk sedap laa... mesti wangi bau pandan dan ada rasa kelapa pulak tu... harus cuba nih...

    ReplyDelete
  6. Salam kak Yatie.. semalam erma nampak kat dapo kak zana.. mmm teringinnyer.. tgkpun sedap.. tengok2 cam rangup belah luartu.. mesti wangi jek ngan kelapa n pandantu.. erma lum ader acuantu.. cadangan akak? kalau pakai loyang biaser ok ker? he he he cam nak try bab bakar.. kalau kukus lemah sikit he he he

    ReplyDelete
  7. Alamakkk.. Senang la pulak resepinya. Ni yg masalah ni. Haha harus dibuat jugak la nampaknya.. Beratt berattt kiki

    ReplyDelete
  8. Bestnya nampak lama x mkn ni kak.. Nak sikit akak punya boleh.. Hihihi

    ReplyDelete
  9. saya pun buat guna acuan kuih cara.. tpi susah pulak nk kuarkan dr mouldnya..yg guna acuan tako nonstick tu cantik jer hasilnya.. rasa nk buat lagi ni..

    ReplyDelete
  10. Mmm recp yg mudah dan sedap nih, mesti cuba....kak, nak tanya yg talam roti paun tu klu santan ganti ngan susu cair leh tak ye?

    ReplyDelete
  11. sedapnya tgk kuih ni kak yatie...lama tak bw byk dah menu sedapx2 tertinggal ni..:)

    ReplyDelete