Friday, February 17, 2012

Ayam Dendeng Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping keluarga tersayang. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi ayam dendeng pandan yg sangat sedap. Resepi asal menggunakan daging dan saya pula tukar pada ayam...mmng sedap betul. Lenkali bolehlah cuba guna daging pula, mesti lagi sedapkan. Sebelum ni nampak kat blog Mas, dah 2 kali Mas masak daging dendeng pandan ni, jadi saya pun tak sabar nak mencuba dan merasa. Kebetulan dah keluarkan ayam dari petiais, jadi teruskan jelah masak ikut resepi ni. Tak sangka mmng sedap sangat hingga menjilat jari. Kali ni saya makan bersama Nasi Impit, Sayur Lodeh dan Sambal Tumis...perghhhhh mmng sedap betullah. Maunya bertambah2 nasi impit dan lauk...

Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Maaf sekiranya Yatie ubah sikit ikut kesesuaian, lagipun masak guna ayam, terpaksalah ejas2 ikut selera sendiri. Kalau kawan2 nak tahu, resepi inilah yg masuk Majalah Jelita Mac 2011 yg lepas. Tahniah buat Kak Ummi, sesungguhnya resepi2 yg akak kongsikan kat majalah dan blog kebanyakkannya menjadi dngn jayanya. Terima kasih sekali lagi. Kalau kawan2 nak cuba guna daging, bolehlah tngk di blog Kak Ummi ya.



Bahan:-Bahan.
  • 1 ekor ayam
  • sedikit kunyit serbuk dan garam utk goreng ayam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1-2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Ayam di potong 12, cuci bersih dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan ayam dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga ayam benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  7. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi ayam. Siap untuk dihidangkan.


11 comments:

  1. 1st time dgr ayam dendeng pandan. menarik ni. Thnks kongsi kat sini ye yatie.

    ReplyDelete
  2. Salam kak! mcm ayam masak merah kaler dia! mesti sedap! masuk list lerrr tp bhn2nyer boleh tahan byk :D ada lodeh!!!! sedap2! dah mcm raya dah ni hihihi...

    ReplyDelete
  3. asslm kak...
    nmpk sedap semua menu di atas tu...
    dh mcm raya lak..
    tq resepi ayam dendeng tu...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykumwbh Kak Yatie...apa khabar kak...happy weekend....mak aiiiii mewahnyeeeee lauk pauk...lodeh and ayam dendeng....perghhhhhhhh!!! Yummmeh...vongkoss ye kak, utk 2 k.....

    ReplyDelete
  5. ya allah nak pengsan nampak lontong tu..habis lah diet ku:)sekali sekala makan macam ini sungguh sedap terkenang raya hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam pagi sabtu buat yatie,
    Ayam pandan hihi nampak sedap nanti boleh kita masak pulak,

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie cayanggg...sori akak lambat sampai, mlm td x on9 pun, jadi malehh jek ngapa ntah..hehehe. Thanks ya Yatie sudi cuba, xpa ubah ikut citarasa anak tekak family kaan...Akak pun bg idea jerk, x penah try dendeng ayam lgk...nnt akak try pulak... Meh kat akak 2 ketuii ayam tu..nak ratah2...hehe, muaahhh lebiiiuu cayang.. :))

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Yatie,sayur lodeh memang kegemaran kite,sedapnya mkn ngan nasi impit..

    ReplyDelete
  9. fuiyoo..mesti try nih..tergenang2 dah ayaq liuq kt lam mulut akak..muahahaah!!

    ReplyDelete
  10. Tiene una pinta buenisima ese pollo

    un slaudo

    pepe

    ReplyDelete
  11. salam mbakyu,
    nak ayam dendeng tu... :)

    http://supjagungmanis.blogspot.com/2012/02/giveaways.html

    ReplyDelete