Friday, February 3, 2012

Pari Masak Santan Berlada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ok hari ni saya masak cepat tapi n3 mcm biasalah tetap lambat sbb bnyk tugas yg perlu di selesaikan dulu. Biasanya saya masak asam pedas ikan pari ni, maunya bertambah2 nasi dan lauk. Kali ni ubah selera pula dan tentunya cari resepi lain dari yg lain. Hasil selongkar umah Mat Gebu dapatlah resepi yg mudah dan sedap ni. Terima kasih Che Mat..mmng sedap ikan pari masak mcm ni....lenkali nak tukar pada ayam atau udang pula, mesti sedap juga kan. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 800 gram ikan pari, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji terung bulat, kupas sediki kulit dan didadu bersar2, rendam
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 4 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 300 ml pati santan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan terung (toskan). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Tambah daun kunyit dan masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan tomato belah, masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Boleh juga gunakan ayam sebagai ganti ikan pari.

14 comments:

  1. wah, xpernah masak pari mcm nih.. asyik2 asam pedas je. tq kerana berkongsi, nnti nk cari pari msk mcm ni ^^

    ReplyDelete
  2. As'salam Yatie

    k.ct belum pernah masak pari macam ni. selalu main bakar atau masak asam pedas jer. kalau beli ikan pari pun k.ct sorang jer makan. yang lain2 tak suka. nanti boleh mencuba kot2 terbeli lagi ikan pari..hihi

    ReplyDelete
  3. dah lama tak beli pari.. kat giant jarang nampak pari. kat jusco ada pari tap mcm tak segar. tapi bila nengokkan lauk akak ni, dah terliur sangat dah ni. duhai pari, kemari la dikau..

    ReplyDelete
  4. kak yatie....
    ermmmm, sedapnya. Nak sikit boleh?
    ahak2

    ReplyDelete
  5. hmmm....sedapnya tengok ikan tu kak..
    kuahnya pekat likat....

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    wah tak pernah kita masakk macam ni yie..rasanya ada macam mana ya..ala2 asam pedas cum ala2 lemak ke?..nampak macam sedap gitulah.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedapppp...ikan pari ada dalam fridge tu...sok masakmenu ni mesti sedap kan..:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak yatie cayaang..
    ikan pari masak santan berlada tu menyelerakan sungguh ler akak... pasti harum jer masakan nie kan akak.. ada bubuh daun kunyit.. pasti sgt sedap..

    ReplyDelete
  9. tak pernah rasa ikan pari masak santan berlada,,biasa makan ikan pari bakar..tp nampak sangat memikat..terer ar akak masak..

    ReplyDelete