Ni Hamka punya..ku lihat HIJAUUUUUU...
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung pulut
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 1/2 cawan air atau secukupnya
- 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
- sehelai daun pandan
- Pewarna hijau, kuning dan merah
- 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
- sedikit garam
- Gula Melaka di potong kiub kecil.
- Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
- Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
- Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
- Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
- Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
- Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
- Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
- Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
- Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
- Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
- Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
- Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
- Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
nampak sedap dan menarik....
ReplyDeleteSenang sangat buat kueh ni, kan yatie. Terus terang cakap, Ella teringin nak masak macam2 tapi yang makannya hanya ber3, mcm tak berbaloi la pulak.
ReplyDeletekak yatie...cantik berseri2 buah melaka tu.....
ReplyDeletenanti2 mas pun nak buat juga lah....
jadi teringin lak......
tina terasa2 nak buat buat melaka, tapi malasnya lah, bak lah seketul dua kak yatie hehe
ReplyDeleteCantik!
ReplyDeleteassalam yatie...alahai kiut miut jerr buah melaka yatie ni..kaler pun sweet jerr.Cam sayang nk makan sbb chumil sangat
ReplyDeleteasslm kak...
ReplyDeletecntik dan nmpk sedap buah melaka tu...hari tu QH pon ade buat jugak...
hehehe, multi color gitu...ingatkan mentennnn dgn warna kesukaan Hamka. Errr kak, Hamka tu baper tahun? Sbb banyak halllll la itu budak...kiki...saya baru tgh berkira-kira nk buat buah melaka sbb stok kelapa muda ada tergolek tu 2 biji, dah akak e-hidang lak ni, lagilaaa berkobar2...
ReplyDelete.....nampak...
ReplyDeletetertarik...
menarik....
confirm memang SEDAP....
Kak Yatie. . Klu warna warni mcm ni,sue pun berkenan jg. Berselera terus (^_^)
ReplyDeleteLip lap-lip lak kalernya...versi menarik..
ReplyDeleteRajinnya kak yatie. kita buat 1 kaler je tu pun dah tak larat
ReplyDeletememang mengancam betul nampak macam2 kaler tu.. Lama dah tak buat buah melaka...
ReplyDeleteSekarang ni ramai yg dah jadikan onde2 resepi fusion. Ada yang letak inti coklat, keju dan sebagainya
ReplyDeleteSalam Kak Yatie,
ReplyDeleteLama juga saya tak buat ondeh ondeh ni. Bestnye macam bulan puasa je kalau makan kuih ni. Menarik idea kalerful camtu, kreatif :)
kak yatie....dapnya..macam2 karerr gitu...saya suka aa buah melaka ni..cuma malas nak buat sbb nak dapatkan kelapa muda utk balut itu buah manyak susah..chah mintak sebiji kelape muda hang tu..
ReplyDeleteAs'salam Yatie
ReplyDeletetengok buah melaka yang kaler2 ni nampak cantik pulaklah suka memandang suka lagi kalau dapat makan free..hehehe. Lama juga tak buat buah melaka ni, kalau dulu2 k.ct buat suka campur dengan keledek, emmm..memang sedap kan :)
Akak yatie cayang..
ReplyDeletecomelnya buah melaka pancawarna tu... memang fav ahli keluarga diana buah melaka... kalu tgk yg warna warni gini lagi ler mereka suka kan akak..
e-na link kan entry k.yati ye...tq sis
ReplyDeletehttp://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2010/05/buah-melaka-pancawarna-aka-onde-onde.html