Wednesday, February 22, 2012

Sheperd's Pie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi Sheperd's Pie yg sangat sedap. Sebenarnya saya buat malam tadi, pagi tadi bolehlah buat sarapan sekali. Kalau ikut resepi di bawah ni mmng dapat banyak dan puas makan. Kali ni saya dapat 2 bekas bulat aluminium foil 8", tu pun masih berbaki 1 mangkuk kecil lagi intinya. Anak2 makan dngn roti putih je selebihnya.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi Shepherd Pie yg sangat sedap ni, juga buat Kak Ummi yg telah mewar2kan resepi yg best ni. Kali ni dapatlah buat sendiri, ala2 menu omputih gitewwww....Apa lagi kawan2....jomlah cuba resepi Sheperd Pie ni, tentu suami dan anak2 suka sangat. Bila makan yg sedap2 mcm ni tetiba teringat anak bujang saya di perantauan. Kalau Talhah ada, mesti dia berselera makan dan pastinya berulang2 makan.....seronok bila kenangkan Talhah berselera makan...huhuhuhu...mood sedih pulak tetibaaaa....sabar ya nak....insyaAllah kita pasti bertemu kembali..Jom kawan2 semak resepinya.





Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan kacang panggang
  • 8 biji cendawan butang (dibelah 4)
  • 5 biji tomato masak (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun parsli (dicincang) - Yatie guna yg kering je dlm 1 sudu kecil
  • 1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. Yatie tabur atasnya sedikit serbuk lada hitam dan sedikit daun parsli kering.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....

18 comments:

  1. Salam Yatie..
    waaa.. banyaknya Yatie buat.. ni mesti satu nak hantar kat ita kan..

    adoii.. mmg sedapnya nampak.. ni kalau anak2 ita ada mesti dorang suka jugak ni.. nak buat jugalah tapi nak kena tunggu anak2 balik cuti baru dapat makan sama2.. :D

    ReplyDelete
  2. lama tul tak buat sphd pie.. peminat westrn tak de kt umah .. so kene KIV dulu menu ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..

    LAma tak buat ni....

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie!! sedapppppp mmg sedappp SP ni kita suke! lama jugak tak buat, pestaim bat terus jatuh cinta mmg sedap kan kak :D kita dtg bwk kaya, nak pinjam roti kosong ada tak kak? hihihi...

    ReplyDelete
  5. salam kenal Kak yatie...sy tak penah mkn pie ni...walaupon pminat westen food, tp x samapi seru lg nk buat...lepas ni maybe bole try..thanks share resepi

    ReplyDelete
  6. tun baru je buat nii!! hihi.. blm sempat pos lg. mmg sedap sgt!

    ReplyDelete
  7. salam dek yatie manis
    kak ilah pun buat juga makan malam ni hehehe tapi resepi kak ilah hentam sajalah labu,,,kak tak sempat print pun lagi.. tekak ni terasa nak makan..terus masak dan terus makan. baru lepas cuci pinggan nie hihihi...anak2 amat suka sedap kat kentang tuu ada susu..
    nanti kak cuba resepi yatie ya...

    ReplyDelete
  8. salam kak..lapor n terliur di buatnya..x pernah buat pai...

    ReplyDelete
  9. wah...banyaknye yatie..macam nk open table jer...nampak sedap tu...(*__*)

    ReplyDelete
  10. kak yatie...masa saya belajar buat pai ni rumit sangat2...tapi tengok resepi kak yatie ni senang sikit kot...boleh la nak cuba nanti coz anak2 saya suka makan...

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaaa..... nak ckit K.Yatie...

    ReplyDelete
  12. nampak cam sedap ja. nak kena buatlah cam ni.

    ReplyDelete
  13. Tingat dulu-dulu zaman sekolah kalau hari coti memang ske cube resepi. Shepperd pie ni antara resepi peberet dan selalu watla. Dah tawen ni malas la pulak tp makan ndak! Hahaha...
    Meh Jemput Singgah Ye :)
    Resepi Kek Ceklat Deeb punye style!

    ReplyDelete
  14. Assalam Yatie cayangg....amboii amboiii, sarapan mat saleh pg tadi eh...mmg sedap kan resepi kak Liza, x byk karenah bahannya..tp rasa meresap kalbu...hehhee... Ada lg x tu? Meh kat akak satu.. :))

    ReplyDelete
  15. As'salam Yatie

    Menu ala2 omputihlah hari ni ya...hehehe. sesekali nak gak mata tukar jadi biru apa salahnya kan, k.ct pun suka dan berkenan pulak nak mencuba ni Yatie. Tapi Yatie kata banyak sangat dapat, tu kenalah buat 1/2 aduan jer kot. maklumlah pertama kali buat ni kena buat sikit2 dululah nampaknya :)

    ReplyDelete
  16. Assallamualaikum kak Yatie..
    Ni, Naz datang bawak 2 pinggan makan ni. Nak rasa sheperds pie akak ni...

    ReplyDelete
  17. sakit kpala tgk ni...sedapppnyer....;-)

    ReplyDelete
  18. rajinnya akak buat nie... diana x perna lg pun buat sndiri.. kalau anak2 nak makan.. p beli jer... kalau daughter mmg suka kalau bab gini.. pasti dia buat tp skg dia masih kat kem plkn..

    ReplyDelete