Monday, December 20, 2010

Ayam Masak Kicap

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Maaflah ya sbb tak n3 makanan smlm...asyik dok tngk gamabr2 kenangan je. Terima kasih yg sudi singgah dan masih setia berkunjung ke blog Sinar Kehidupanku. Kehadiran anda semua amat2 saya hargai. Sebenarnya lauk ayam masak kicap ni menu semalam. Kebetulan masa nak masak takde letrik kat rumah, so masak yg ringkas2 je, yg tak menggunakan blender...masak nasi pun guna api dapur je. Walau ringkas, tapi anak2 dan suami amat menggemarinya. Jom kita tngk bahan2 yg mudah ni..


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam -potong 12,cuci,toskan
  • 4 biji kentang -potong baji dan goreng sehingga masak

  • 1 pokok daun bawang
  • 2 btng daun sup/saderi [potong kecil]
  • 4 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tiram
  • 1/2 cawn air
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 1 s/b kunyit dan garam utk goreng ayam
  • minyak masak utk menggoreng ayam dan menumis
  • 2 btng cili merah-di belah 2
  • 2 btng cili hijau- di belah 2
Bahan2 yg di mayang dan di tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang,2 biji buah pelaga
Cara-Cara
  1. Bersihkan ayam, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit...gorengkan hingga separuh masak.
  2. Setelah siap, gorengkan pula kentang yg dipotong baji sehingga masak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di mayang sehingga wangi.
  4. Masukkan air, kicap dan sos tiram. Masukkan pula serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ayam dan kentang yg di goreng tadi.
  6. Masukkan pula cili merah dan cili hijau yg di belah 2 tadi...gaul lagi .
  7. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Taburkan dngn daun sup dan daun bawang yg di hiris kecil.

13 comments:

  1. Ksk Yatie!!! Love brought U some yogurt mutton curry. Tukar ngan ayam masak kicap akak erk! hehee...;)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer.. MJ mmg suka mkn ayam masak kicap nie.. Mmg menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. sedapnya...lapor la plak lg ni..walau dh makan huhu :)sodap seh ^_^

    ReplyDelete
  4. salam yatie -sedap ayam masak kicap tu...dan jemput la dtg ambil award ye

    ReplyDelete
  5. kak yatieeeeeee... masakan ayam kak yatie memang selalu menggoda ai tau..aww tak reyylaaa

    ReplyDelete
  6. semekom...ada lagi ke lauk sexy tuh..
    da datang bwk pinggan neh...

    ReplyDelete
  7. kak yatie, mie pn suka sgt makan ayam masak kicap trutama yg mak masak.. mmg menambah nasi.. nak makan yang kak yatie punya plklah..nnt mie g lunch umah kak yatie eh..heheheh

    ReplyDelete
  8. ayam masak kicap la yg paling sodappppp! perghhhh....

    ReplyDelete
  9. Kak yatie

    sedap dan simple. Saya suka!

    ReplyDelete
  10. kak yatie

    ini peberet ayu tau..dah tua2 pun suka makan kicap, lagi2 produk Jalen

    kak, ada award utk kamu
    silalah ambil yer

    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/award-masakkan-dari-blogger-mas-duniaku.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails