Wednesday, December 8, 2010

Mee Hoon Sup

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak mee hoon sup je. Masak ringkas, sedap dan mudah menyediakannya. Mee hoon sup ni memang kegemaran kami sekeluarga. Kalau nak rasa, bolehlah cuba resepi yg mudah dan ringkas ni...jom kita lihat bahan2nya.



BAHAN-BAHANNYA
  • 1 bungkus mee hoon - di rendam, di celur hingga lembut dan toskan
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil2
  • 3 sudu besar serbuk rempah sup adabi
  • 2 cm lengkuas - dititik
  • 1 rempah sup bunjut adabi
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 2 bnga lawang, 2 buah pelaga )
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 cawan air atau secukupnya.
Bahan di tumbuk
  • 8 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 sudu besar lada sulah*

  • 1 mangkuk kecil tauge - dicelur
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Tumbuk halus lada sulah dan kemudian tumbuk bahan yang bertanda *
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah sup yg di bancuh dngn sedikit air, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  4. Masukkan pula rempah sup bunjut adabi dan kacau lagi.
  5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama mee hoon yg telah di celur.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan sedikit mee hoon yang telah dicelur tadi kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  2. Letakkan sedikit sambal kicap dan perahan limau kasturi.
  3. Setelah siap bolehlah di makan...yummy..

8 comments:

  1. walaupun ringkas tapi cukup menyelerakan

    ReplyDelete
  2. emmm...menyelerakan, apa lagi d musim tengkujuh gini...best part pasti sambal kicappp.

    ReplyDelete
  3. salam......kak,

    bestnya makan mee hoon sup tu...saya baru makan...mee hoon mlm ni..

    ReplyDelete
  4. Mata Hati,
    Betulllah...anak2 berselera betul arini mkn mee hoon sup....

    Ma Chiks,
    Kalau tahan, mmng letak lebih sambal kicap....sedap, maunya berpeluh2 mkn mee sup..

    Princess Nur,
    Awak suka gak ya...mmng sedapkan...

    Sekamar Rindu,
    wkmsalam,mmng sedap mkn mee hoon sup panas2 ni...

    ReplyDelete
  5. askm...minta IZIN ambik resipi ni n mane2 resepi yg bkenan d hati..mekacihhh...kiki

    ReplyDelete
  6. askm nk mintak jgak ambik resepi disini dan terima kasih bg resepi

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...nk trylah..tq
    znzabadistore.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails