Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 20 thn. Syukur alhamdulillah anakku kini sudah dewasa. Baru tahun lepas dapat meraikannya bersama keluarga sebab masa tu kami sekeluarga dah berkumpul semula setelah 3 thn berpisah. Tahun ni sekali lagi kami dipisahkan dngn jarak yg jauh sbb anak saya sedang menuntut di UK. Bila teringat tarikh hari ini, hati ini jadi sebak...tapi tu semua naluri seorang ibu. Bila di fikir semula, hidup ini mmng perlukan pengorbanan jika inginkan kejayaan. Termasuklah situasi yg kami hadapi saat ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 20 buat anakanda Mohamad Talhah, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiinn..
Pesan mama dan abah, pandai2lah menjaga diri sepanjang berada di perantauan, taat perintah Allah dan hormat sesama insan. Sentiasa ingat jati diri walau dimana jua anakanda berada. Akhir kata, Mama,abah dan keluarga sangat2 merindui dan menyayangimu. InsyaAllah raya nanti kita bertemu jua, alangkah indahnya saat itu. Moga Allah memperkenankan doa hambamu ini. Aamiin ya rabbal alaamiin...
**Pagi tadi buka fb ternampak anakanda Talhah post gambar apam polkadot yg dibuatnya sendiri sempena hari jadinya. Gembira dan terharu dibuatnya. Walau tak secantik mana, tapi kesungguhannya yg ingin menunjukkan sesuatu hasil air tangannya pada mama, membuatkan hati ini tersentuh. Sabar ya nak, bila balik M'sia nanti mama buatkan apa saja yg Talhah nak.
Friday, June 29, 2012
Kek Velvet Pelangi/Marble Kukus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Waduhhhh terang betul warna kek velvet pelangi ni. Sebenarnya letak sikit je pewarna tu, bila dah masak tak sangka plk terang berderang jadinya. Kek ni mudah je buatnya, rasanya seakan2 apam pelangi, apam indon dan sewaktu dengannya. Saya buat petang tadi, malam ni dah tinggal beberapa potong je, anak2 suka kaler yg ceria tu..lagipun rasanya yg moist tu yg sedap sangat. Terima kasih pada Kak Fida berkongsi resepi yg mudah ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya.Ntah apa silapnya permukaan kek tu berlubang2 plk tapi tak menjejaskan rasa...bila lubang2 sekata tu jadi lawoooo kata Hamka...hah3..budak2 mana tawww..yg penting sedappp. Takpelah sesekali buat, mesti ada silapnya kan...tu yg buat kita nak cuba lagi dan lagi..kan..
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 8 inc )
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 8 inc )
- 4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
- 3/4 cawan gula halus/perang (180g)
- 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
- 3/4 sk baking powder
- 1/2 sb penuh ovallete
- 1/4 sk garam
- 7 1/2 sb susu sejat (120g)
- 1 sk esen vanilla
- 1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
- 3 atau 4 pewarna pilihan
- Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
- Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
- Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
- Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.
- Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.
- Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
- Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
- Setelah sejuk,potong dan hidangkan.
Wednesday, June 27, 2012
Siakap Goreng Kicap Bijan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 tayang ikan siakap gelaplah pulak. Biasanya ikan siakap ni masak masam manis, 3 rasa dan kukus. Kali ni kita masak kicaplah pulak. Walaupun rupanya gelap, tapi teramatlah sedap rasanya. Tak caya ke??? Kalau tak caya...kenalah percayakan juga...mmng sedap taw...meh semak resepi mudah ni, kalau berkenan tu, bolehlah cuba.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 ekor Ikan siakap sederhana
- 1 biji buah tomato-dibelah 6
- 1 btng serai- dititik
- 5 biji cili padi
- 1 tangkai cili merah
- 3 ulas bawang putih- dicincang
- 3 biji bawang merah- dihiris nipis
- 1/2 biji bawang besar-di hiris nipis
- 4 sudu besar kicap jalen manis
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar minyak masak untuk menumis
- 1/2 cawan air (bancuh dngn 1 sudu kecil tpng jagung)
- Daun sup + daun bawang -hiris sebagai hiasan
- Bersihkan ikan, kelar sikit, cuci dan toskan. Sapukan rata sedikit garam dan lumur dngn tepung jagung.
- Kemudian goreng garing,angkat,toskan dan letak dlm pinggan bersesuaian Tinggalkan dlm 5 sudu besar, tumiskan bwng putih yg dicincang. Masukkan bawang merah dan cili padi.
- Tumis sehingga naik bau. Masukkan serai. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan 1/2 cwn air. Masukkan buah tomato, bawang besar dan minyak bijan. Kacau lagi sehingga mendidih. Tutupkan api dan siramkan keatas ikan yg di goreng tadi.
- Taburkan dngn sedikit daun bawang dan daun sup. Bolehlah di hidangkan.
Tuesday, June 26, 2012
Kuih Tako Jagung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih tako jagung yg disejukkan, waduhhhhhh enak bangetttt. Biasanya tako pandan dan guna kelongsong pandan, kali ni tukar pada perisa jagung...mmng sedap sangat. Lebih sedap lagi bila tergigit jagung manis biji tuuu.....sedap betullah. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kuih ni amat sesuai juga utk juadah berbuka puasa. Kalau kawan2 teringin tu, bolehlah mencubanya...ianya mudah, cepat dan semestinya sedap. Jom semak resepinya...
Bahan-bahan ( 12 bekas mangkuk kecil )
Lapisan Bawah :-
Bahan-bahan ( 12 bekas mangkuk kecil )
Lapisan Bawah :-
- 1/4 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung hoen kwee putih
- 1/2 cawan gula halus
- 2 1/4 cawan air
- sedikit pewarna kuning
- 1/2 cawan jagung cream/biji- Yatie guna jagung biji dlm tin, toskan airnya
- 3 cawan santan pekat
- 1/4 cawan tepung beras
- 2 1/2 sb tepung hoen kwee
- 3/4 sk garam
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Satukan bahan2 lapisan bawah,tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat.
- Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan jagung hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
- Satukan bahan2 lapisan atas/dadih dan masak hingga pekat.Matikan api.
- Tuangkan dadih ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
- Simpan tako jagung di dalam peti ais untuk didinginkan.
Monday, June 25, 2012
Apam Labu Manis
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sunyi rasanya tak berblog 3 hari ni. Maaf pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku kerana tiada menu terbaru. Sejak2 ni mmng busy sangat, banyak urusan yg perlu di selesaikan. Kebetulan hari minggu jln2 kat Singapore bersama family, jadi bertambahlah penatnya. Ok, hari ni nak kongsikan bersama resepi apam labu manis yg saya buat tempohari. Apam ni sedap sangat, terasa lembut yg amat sangat dan lemak manis.Sebelum ni pernah buat guna resepi diSINI, kali ni cuba resepi yg paling mudah dan hasilnya amat memuaskan hati. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga buat Amie yg mewar2kan resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.
Pada peminat kuih apam tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi.
Bahan-bahan:
Pada peminat kuih apam tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi.
Bahan-bahan:
- 1 cawan labu rebus - lenyek halus
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 200ml air
- 250ml santan kelapa
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh yis
- Satukan kesemua bahan dan (Amie masukkan dalam mixer) gaul hingga sebati.
- Perap adunan selama 1-1 1/2 jam.
- Sapukan acuan dengan minyak.
- Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.
- Kalau suka makan dngn kelapa parut putih pun sedap.
Thursday, June 21, 2012
Kek Pandan Kelapa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kek pandan kelapa kegemaran saya dari zaman anak dara lagi. Kalau kek perisa pandan, mmng saya makan lebihlah. Anak2 pun dah tau daaaa..kalau nampak kek kaler hijau je dah cakap..ni kek kegemaran mama..rupanya selama ni Hamka nurun mamaNya lah suka kek/kuih warna hijau.....he3...
Ok resepi ni simple je mcm resepi kek butter yg lain tu. Biasanya saya buat letak ovallete sikit supaya kek ni lembut dan cantik je takde menggunung tengahnya. Kek ni juga boleh ditukar pada perisa lain, jadi namanya kenalah tukar juga. Ada yg berkenan ke....kalau nak merasa tu, kenalah cuba sendiri...jom semak resepinya.
Bahan-Bahan (loyang 8x8 inci)
Ok resepi ni simple je mcm resepi kek butter yg lain tu. Biasanya saya buat letak ovallete sikit supaya kek ni lembut dan cantik je takde menggunung tengahnya. Kek ni juga boleh ditukar pada perisa lain, jadi namanya kenalah tukar juga. Ada yg berkenan ke....kalau nak merasa tu, kenalah cuba sendiri...jom semak resepinya.
Bahan-Bahan (loyang 8x8 inci)
- 250 gm butter
- 1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
- 1 sudu kecil ovallete
- 5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
- 2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
- 1 s/k baking powder*(* di ayak bersama)
- 100 ml santan pekat
- 2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
- sedikit pewarna hijau
- sedikit kelapa kering-utk tabur atas kek
- Pukul putih telur bersama 1/4 cwn gula kaster hingga ringan. Ketepikan.
- Sementara itu dlm bekas lain,pukul butter,ovallete dan 3/4 cwn gula kaster sehingga kembang dan putih.
- Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
- Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.
- Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Kacau rata sehingga adunan betul2 sebati.
- Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik.
- Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. Sapu sedikit butter di sekeliling loyang.
- Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak2kan 2 kali. Taburkan kelapa kering di atas kek.
- Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.
- Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.
Wednesday, June 20, 2012
Talam Pandan Pisang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih talam pisang pulak. Sebelum ni pernah buat seperti diSINI. Kali ni gabungkan dngn perisa pandan pula utk lapisan atasnya. Macam biasalah kalau ada perisa pandan mmng harum je kuih. Pada penggemar kuih talam mcm saya, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.
Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
- 3 1/2 cawan santan cair
- 1 1/4 cawan tepung beras.
- 1/2 cawan tepung gandum.
- 1/2 cawan gula pasir.
- Secubit garam.
- 1 cawan pisang lenyek.
- sedikit pewarna kuning
- Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
- Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
- Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1/4 cawan tepung jagung.
- 1/4 cawan gula pasir.
- secubit garam.
- Sedikit pewarna hijau
- Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
- Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
- Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.
Tuesday, June 19, 2012
Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni makin busy sangat. Banyak urusan yg perlu di selesaikan. Dalam pada kesibukan yg melanda tu, tugas memasak tetap berjalan spt biasa. Maklumlah anak2 dan suami lebih suka mamaNya masak sendiri berbanding beli. Tak kisahlah, asalkan semuanya gembira. Lama tak buat kek. Kebetulan ada cream cheese kat petiais, jadi saya buatlah kek lapis kukus cream cheese kegemaran keluarga. Lagipun kek ni di kukus...mmng kegemaran kamilah. Saya suka kek ni lembut dan moist je. Ramai kawan2 yg telah mencubanya, pada kawan2 yg belum cuba tu..bolehlah mencubanya....mmng berbaloi sangat2...sedap tauuuu..Jom semak resepinya.
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
BAHAN A
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tpng gandum
- Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tpng gandum*
- 3 sudu besar sebuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
- Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Sunday, June 17, 2012
Kaswi Keladi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hai tak puas tngk foto2 masa di Sedenak semalam. Masih lagi terasa suasana kegembiraan yg dialami saat tu. Biasalah dapat jumpa sifu, mmng banyak jugalah ilmu yg dikongsikan bersama. Terima kasih atas segalanya. Hari ni nak kongsikan bersama resepi kaswi keladi resepi Kak Besah. Kebetulan masa balik kampung aritu beli keladi, pisang nangka dan keledek. Buat pengat sudah, goreng pun sudah. Kali ni asingkan dlm 1 cwn keladi rebus semata2 nak buat dan merasa kaswi keladi ni. Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat. Ianya seakan2 rasa kuih talam pun iye juga. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih Kak Besah berkongsi resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung ubi
- 1 cwn keladi lecek (stelah direbus)
- 2 1/3 cwn santan (Yatie guna 2 1/2 cwn santan)
- 3/4 cwn gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh AIR kapur
- sedikit pewarna ungu jika suka
- secawan kelapa parut + secubit garam utk salut
- Mula2 mesti panaskan pengukus dulu.
- Campur sebati semua bahan dan blend semuanya.
- Sapu minyak pd loyang, pastu masukkan adunan ke dlmnye.
- Kukus 25 - 30 minit atau hingga msk mengikut kebiasaan masing2..
- Bila dh msk, sejukkan dulu..diulangi, biar betul2 sejuk barulah dipotong & digolekkn dgn kelapa parut...
- Sape yg suka mkn gitu jer pun bleh.. lg jimat.
**Yatie guna acuan, so kukus dlm 20 minit je.
Bertemu Putera Idaman-Qhaliff Di Sedenak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah....hari ni merupakan hari yg sangat gembira bagi saya dan keluarga sbb dapat berkunjung ke rumah Mat Gebu. Terima kasih akak ucapkan pada tuan rumah yg baik hati dan layanan yg diberikan..mmng best sangat2, jamuan pun mmng sedap2 belaka. Memang teringin sangat nak rasa asam pedas ikan pari air tangan Mat Gebu, kini impian menjadi kenyataan..mmng best sangat2. Banyak lagi menu yg sedap2..nanti leh singgah blog Mat, biarlah tuan rumah yg citer sendiri ya.
Paling best sekali dapat jumpa putera idaman....jeng...jenggg...jengggg..sape lagi kalau bukan Mohamad Qhaliff Iman (anak Ben Ashaari dan Azila) mmng hensem betul bujang kecik ni...geram je tngk. Bila dah jumpa tu, apalagi takmolah lepaskan peluang mendukungnya. Memang peramah Qhaliff ni, pantang di agah..senyum sokmo, kadang tu dia ajak kita bersembang pulak..mmng best, tapi bahasa baby lah.
Terima kasih pada kawan2 yg lain, esok ada masa akak link blog memasing ya. Hari ni penat sangatlah..terima kasih juga pada Mat Gebu, Sis Lin, Sue Joshua, Qaseh, Cikali, Que Achmand, Fiza coz tag gambar di FB. Akak minta izin kongsikan kat sini pula ya..,,kamu semua mmng best sangat2. Jom tngk gambar2 di rumah Mat Gebu...
Paling best sekali dapat jumpa putera idaman....jeng...jenggg...jengggg..sape lagi kalau bukan Mohamad Qhaliff Iman (anak Ben Ashaari dan Azila) mmng hensem betul bujang kecik ni...geram je tngk. Bila dah jumpa tu, apalagi takmolah lepaskan peluang mendukungnya. Memang peramah Qhaliff ni, pantang di agah..senyum sokmo, kadang tu dia ajak kita bersembang pulak..mmng best, tapi bahasa baby lah.
Terima kasih pada kawan2 yg lain, esok ada masa akak link blog memasing ya. Hari ni penat sangatlah..terima kasih juga pada Mat Gebu, Sis Lin, Sue Joshua, Qaseh, Cikali, Que Achmand, Fiza coz tag gambar di FB. Akak minta izin kongsikan kat sini pula ya..,,kamu semua mmng best sangat2. Jom tngk gambar2 di rumah Mat Gebu...
Thursday, June 14, 2012
Pengat Keledek Oren dan Candil
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan pengat keledek oren dan candil. Macam klakor je sebut candil tu kan. Tak kisahlah, dah mmng namanya macam tu, yg penting sedap. Bubur ni sesuai dibuat minum petang dan ianya sesuai juga buat juadah berbuka puasa. Kalau saya mmng wajib ada bubur/pengat utk juadah berbuka puasa. Sebenarnya nak buat pengat labu, tapi malas pulak nak kupas kulitnya tu, nak cepat punya pasal...guna jelah keledek oren ni. Lagipun dah kena tegur dngn suami, kalau tak diapa2kan keledek tu...bertunaslah ia...he3..macam dah biasa je tngk keledek saya bertunas. Biasalah kalau beli barang tu, semua2 nak dibeli. Kadang tu sampai tak sempat nak diapa2kan dan tak elok jadinya. Oklah jom semak resepi sempoi2 ni.
Bahan Utk Candil
1. Rebus keledek sehingga empuk. Bila dah empuk, angkat dan toskan.
Bahan Utk Candil
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- sedikit garam
- 1 cawan air- tuang sikit2 utk uli tpng jadi doh yg dikehendaki
- Air secukupnya= utk merebus bubur candil
2 ketul keledek oren, kupas dan potong dadu besar-rebus hingga empuk dan toskan
Bahan Kuah
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
- 2 helai daun pandan
1. Rebus keledek sehingga empuk. Bila dah empuk, angkat dan toskan.
- Sementara itu campurkan tepung pulut, tpng gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
- Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
- Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
- Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
- Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
- Masukkan bebola candil tadi, keledek dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
- Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Siakap Goreng Tomyam Ala Aufa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak menu special sikit... ikan siakap goreng tomyam ala Aufa..amboiiii bukan main lagi tajuknya..ni kira resepi dari Thailand tawww. Kalau menu yg berkaitan daun limau purut mesti sedap punyerrr. Kalau tak caya, kawan2 cubalah sendiri. Sedap hingga menjilat jari. Hai bila cerita ni, jadi lapar lagilah...mmng sedap sangat. Biasanya masak stim,masam manis, siakap 3 rasa..kali ni tomyam ala aufa pulak. Terima kasih pada Faranie kerana berkongsi resepi yg best ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak bahan2 yg diperlukan...
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap
- 1 labu bwg besar-hiris bulat
- 4 bji bwg merah-dicincang
- 3 ulas bwg putih-dicincang
- 1/2 inci halia-dicincang
- 15 biji cili padi- dititk,
- 2 btng serai-dititik,
- 1 biji tomato-di belah 6
- daun ketumbar daun limau purut
- 1/2 batang lobak merah-hiris pnjang
- 1 mangkuk kecil brokoli
- 1 kiub pati tomyam
- 3 biji limau kasturi-ambil jusnya je- boleh guna jus limau nipis dlm 2 sudu besar
- 3 sudu besar sos nampla/sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dngn 1/2 cwn air)
- 1 cwn air atau secukupnya
- 1/2 cwn minyak utk menumis
- Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan bersama garam. Salutkan sedikit tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
- Tinggalkan dlm 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan2 yg dicincang hingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi yg di ketuk.
- Masukkan air dan pati tomyam. Biarkan mendidih.
- Masukkan bawang besar yg dipotong bulat,lobak merah,daun limau purut,jus limau nipis dan bancuhan tepung jagung..biar kuah pekat dan tuang ke atas ikan yg yg digoreng tadi.
- Taburkan daun ketumbar..siap utk dihidang...makan dgn kailan dan telur dadar pun sedap.
Wednesday, June 13, 2012
Cucur Susu Lemak Manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Petang tadi saya buat cucur susu lemak manis resepi Kak Fida. Bahan2 simple je, tapi dlm simple2 tulah yg buatkan cucur ni sedap dan lemak manis rasanya. Rasanya ramai kawan2 yg dah buat cucur ni, macam biasalah saya ni asyik ketinggalan je. Maklumlah kalau tngk blog kawan2 tu semuanya nampak menyelarakan, kalau boleh semuanya nak di buat dan di rasa. Kebetulan serawa durian tu ada lagi, so saya makan bersama cucur susu inilah. Lagipun cucur ni tak berapa manis, jadi mmng sesuailah di gandingkan bersama.
Terima kasih pada Kak Fida, juga buat Mas dan Izah..mmng best cucur ni. Adunan ni pekat sikit, jadi saya tambahkan sedikit susu cair sehingga menjadi adunan yg di kehendaki, jngn terlalu pekat dan jngn terlalu cair ya..yg sedang2 saja..yg sedang2 sajaaaaaa....(eehh terdangdut pulak..he3..) Saya perapkan adunan dlm 20 minit pastu baru goreng. Selamat Mencuba, jom semak resepinya..
Bahan-bahan :
Terima kasih pada Kak Fida, juga buat Mas dan Izah..mmng best cucur ni. Adunan ni pekat sikit, jadi saya tambahkan sedikit susu cair sehingga menjadi adunan yg di kehendaki, jngn terlalu pekat dan jngn terlalu cair ya..yg sedang2 saja..yg sedang2 sajaaaaaa....(eehh terdangdut pulak..he3..) Saya perapkan adunan dlm 20 minit pastu baru goreng. Selamat Mencuba, jom semak resepinya..
Bahan-bahan :
- 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
- 1/2 sk baking powder - diayak
- 1/2 sk bicarbonate soda - diayak
- 6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
- 1/2 cawan susu segar @ cair
- garam secukup rasa
- Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
- Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
- Angkat cucur dan hidangkan.
Tuesday, June 12, 2012
Serawa Pulut Durian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kawan2 semua sihat dan ceria selalu di samping tugas seharian serta keluarga tercinta. Sekarang ni musim durian, sana sini menu durian je. Jadi tak salahlah kiranya saya kongsikan bersama resepi Serawa Durian kat sini. Biasa masak ikut banyak durian je, kalau banyak..banyaklah jadi serawa tu. Lagipun senang buat sekali banyak, pastu tinggal panaskan je bila nak makan. Kali ni ikutlah resepi dari Mat Gebu yg sememangnya pakar memasak tu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.
Serawa Durian ni sedap di makan bersama roti putih, serabai, apam beras, roti jala dan juga pulut. Kalau nak cepat saya makan dengan roti je. Kali ni makan bersama pulut yg di kukus....walaweiiiii enak banget. Kalau dah mmng peminat setia durian ni, buatlah apa2 menu berkaitan dngn durian..sedap je...makin nak makan lagi dan lagi dan lagi....
BAHAN KUAH SERAWA :-)
UNTUK PULUT :-
Serawa Durian ni sedap di makan bersama roti putih, serabai, apam beras, roti jala dan juga pulut. Kalau nak cepat saya makan dengan roti je. Kali ni makan bersama pulut yg di kukus....walaweiiiii enak banget. Kalau dah mmng peminat setia durian ni, buatlah apa2 menu berkaitan dngn durian..sedap je...makin nak makan lagi dan lagi dan lagi....
BAHAN KUAH SERAWA :-)
- 1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
- 700 ml santan kelapa segar
- 500 ml air (atau secukupnya)
- 1 ketul gula melaka, potong kecil*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1 helai daun pandan, disimpul*
- 2 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 camca besar tepung gandum
- 3 camca besar air
- Secubit garam
- Gula, jika perlu
- 1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
- 700 ml santan cair
- 1 camca teh garam (atau secukup rasa)
- 1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
- 1 helai daun pandan, disimpul
UNTUK PULUT :-
- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!..
Monday, June 11, 2012
Daging Kicap Sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu yg gelap/hitam lagi. Perasan tak n3 kali ni berderet je menu gelap2..he3..walau gelap2 tapi sedap di tekak dan menyelerakan sekali. Tengoklah tu kaswi durian gula merah, kek coklat mayonis..dan arini daging kicap sedap..he3.. Nak buat macamana, dah masak, kenalah kongsikan kat sini. Kalau tak jemu pulak tngk menu yg sama je kan. Oklah, daging kicap sedap ni mudah je masaknya. Macam masak kicap yg lain juga. Biasanya kalau menu sahur mesti saya masak kicap. Kalau lauk kicap mcm ni, makin di panaskan makin mesra gitewww..so bila makan tu makin sedaplah. Resepi mudah ni boleh buat rujukan anak bujang saya di perantauan. Bila sebut sesekali tu, jadi rindulah pulak. Tapi takpe, tak lama lagi pulang bercutilah anak bujang kesayangan. Jomlah tngk bahan2 mudah ni..
Bahan-Bahan.
Bahan-Bahan.
- 1 kg daging batang pinang
- 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
- 1/2 cwn kicap pekat manis
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
- 1 labu bwng besar- di mayang
- 1/2 cwn minyak untuk menumis
- garam dan gula( jika perlu)
- Air secukupnya-jika perlu.
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 15 biji cili padi- ptng kecik2
- 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
- 2 btng serai- di ketuk
- 2 tangkai daun sup
- 2 tangkai daun bawang
- Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
- Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
- Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
- Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Kek Coklat Mayonis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan satu lagi resepi kek coklat mayonis yg sangat sedap. Sebelum ni guna resepi diSINI, simple tapi sedap juga. Cuma cuti sekolah ni mmng buat kek, tapi takdelah nak deco2. Kalau kawan2 rajin tu bolehlah deco ikut kemahiran masing2 ya. Terima kasih pada Kak Ummi dan Rahel kerana mewar2kan resepi yg best ni, juga buat penyumbang resepi asal. Kalau nak rasa tu, bolehlah cuba resepi ni.
Bahan:-
Bahan:-
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan mayonis
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu pekat
- 1 biji telor gred B (*ni akak tambah)
- 1 cawan air panas
- 3/4 cawan minyak masak
- 1/2 sudu teh butter oil
- 1/2 cawan kepingan badam hiris
- Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
- Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
- Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
- Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit)
Saturday, June 9, 2012
Kaswi Durian Gula Merah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan kuih kaswi pulak. Biasanya buat yg gula merah je, kali ni tambah durian pulak. Kebetulan ada durian kat rumah ni, tambahkan jelah. Bubur durian sudah, serawa durian sudah, bingka durian sudah...kali ni kaswi durian pulak. Pada penggemar durian tu, mestilah suka apa2 yg berkaitan durian, pada yg tak suka tu...diam2 jelah ya..tengok je. Kalau nak komen lebih2 pun tak elok sebab ianya rezeki. Jadi dari berkata yg bukan2 tu, lebih baik diam jelah...itu sebaiknya.
Ok kali ni saya guna resepi ni, cuma tambahkan isi durian je. Kalau nak merasaa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak bahan2 yg diperlukan.
Kaswi Durian Gula Merah-Yatie guna loyang bulat 9 inci
Bahan A
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang...buangkan air yg terdapat di permukaan kuih guna tisu atau buang guna sudu je. Lepastu kukus lagi dngn penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. Selamat Mencuba.
Ok kali ni saya guna resepi ni, cuma tambahkan isi durian je. Kalau nak merasaa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak bahan2 yg diperlukan.
Kaswi Durian Gula Merah-Yatie guna loyang bulat 9 inci
Bahan A
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1 cawan gula merah*
- 1 1/2 cwn air*
- 3 helai daun pandan*(*di masak, sejukkan dan tapiskan)
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 cwn tepung beras
- 1/2 cwn isi durian
- sedikit garam
- 3 sudu besar air kapur
- 3 cwn air
- Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
- Kelapa parut + garam
- Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu. Tapiskan..
- Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur dan kacau sebati.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..) Masukkan sekali isi durian.
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.
- Hidangkan bersama kelapa parut+ sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang...buangkan air yg terdapat di permukaan kuih guna tisu atau buang guna sudu je. Lepastu kukus lagi dngn penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. Selamat Mencuba.
Friday, June 8, 2012
Apam Beras, Apam Salju, Apam Nasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan apam beras, apam nasi ataupun apam salju. Masa masak tadi ada lebihan nasi semalam, jadi saya blend terus dan jadilah apam wat minum petang ni. Kali ni nak cepat, letak pewarna hijau sikit dan perisa pandan je. Lagipun kalau warna warni, Hamka tetap makan yg warna hijau...kali ni dia makan banyak sbb kuih warna kegemarannya. Lagipun mmng sejuk je kalau kuih warna hijau kan....kali ni letak sikit je pewarna, yg penting ada rasa pandan...umphhhh, jangankan Hamka, mamaNya pun makan banyak. Resepi macam biasalah boleh lihat diSini dan di Sini...dah selalu sangat buat, mmng sedap dan menjadi kegemaran kaum kerabat saya...he3..
Wednesday, June 6, 2012
Bingka Cheese Sarawak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama teringin nak buat bingka cheese Sarawak ni. Tak dapat bayangkan rasanya macamana. Adakah rasanya seperti cheesecake, puding ataupun kuih bingka. Tengok pada bahan2 mmng semua rasa ada, tu cuma bayangkanlah. Bila dah buat dan merasa ni..fuhhhhh..mmng sedap betullah. Semua rasa ada, terasa lemak, lembut dan sedap yg amat sangat. Rasa puding pun ada, rasa cheesecake pun ada, rasa bingka pun ada...mmng berbaloilah membuatnya. Kalau dimakan sejuk pun sedap. Rasanya bolehlah buat lagi dan lagi ni. Saya rekomen pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah buat..mmng sedap sangat, lagipun mudah je membuatnya.
Terima kasih pada HaSue kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hati ini teruja sangat nak mencuba lagi dan lagi resepi dari Sarawak, kebanyakkannya kena dngn selera akak dan yg paling penting menjadi dan sedap.
Jomlah kita semak bahan2 yg diperlukan.
Bahan A:
Terima kasih pada HaSue kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hati ini teruja sangat nak mencuba lagi dan lagi resepi dari Sarawak, kebanyakkannya kena dngn selera akak dan yg paling penting menjadi dan sedap.
Jomlah kita semak bahan2 yg diperlukan.
Bahan A:
- 1 peket agar2 serbuk cap ros (13g)-(Yatie guna agar2 serbuk yg 10gm)
- 3 cawan air- (Yatie letak 2 1/2 cwn je sbb guna agar2 10gm)
- 1 cawan gula pasir
- 250g mentega
- 250 cream cheese Philadelphia
- ½ tin susu pekat manis(Yatie guna 1/2 cwn je)
- 1 ½ cawan tepung hong kong (Yatie guna tepung gandum je)
- 3 biji telur ayam
- 1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
- Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
- Pukul telur ayam sehingga kembang.
- Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
- Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
- Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
- Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
- Selamat mencuba.. ^_^.Yatie guna loyang bulat 9 inci.
Tuesday, June 5, 2012
Bendi Celur Dan Air Asam Budu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni baru sempat nak kongsikan resepi ringkas tapi membuatkan selera makan bertambah. Kalau bendi celur dngn air asam budu ni mmng dah cukup sedap, sedap ratah2 gitewwww jek. Kalau bendi celur ni mmng Hamka minat sangat. Dia makan mcm tu jek. Kalau bendi letak kat kuah asam pedas, sedihlah dia sbb pedas dan Hamka mmng tak tahan pedas. Sebelum ni buat kuah asam tak letak budu, kali ni letak budu pulak....fuhhh mmng bertambah2lah sedapnya. Terima kasih Mat Gebu berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 250 gm bendi( saya masak lebih..)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak masak
- Air secukupnya utk celur bendi
- Buangkan hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan.
- Didihkan air dan masukkan sedikit garam dan sedikit minyak.
- Celur bendi dlm 5 minit atau agak2 masak tetapi masih segar.
- Setelah siap, angkat dan toskan...seeloknya tuang di dlm air sejuk, kemudian toskan.Siap dan bolehlah di hidangkan bersama kuah asam
- 20 biji cili padi merah siam
- 2 biji bawang merah
- 1 inci belacan
- Gula secukup rasa
- 1/3 cawan jus asam jawa
- 4 - 5 biji limau kasturi, ambik jusnya
- 1/2 cawan "BUDU"...
- Hirisan bawang besar, untuk hiasan
- Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
- Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
- Tambah gula sebagai pengimbang rasa.
Monday, June 4, 2012
Ayam Goreng Seri Wangi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ayam lagi. Kalau menu ayam ni mmng tetap laku kat rumah ni, lebih2 lagi Hamka...suka betul kalau lauk ayam. Maunya bertambah2 dia makan. Kadang2 tu baru sejam makan dah rasa lapar lagi. Nasib baiklah dia suka makan sayur, tu yg tak kisah sangat....kira makan seimbanglah ya. Ok, kali ni saya nak kongsikan resepi ayam yg mudah dan sangat sedap. Haruman daun limau purut, serai dan bunga kantan membuatkan masakkan ini sungguh sedap dan menyelerakan betul. Terima kasih pada Kak Ummi kerana mewar2kan resepi yg best ni. Menurut Kak Ummi, resepi asal adalah dari Chef Wan dan Mat Gebu lah yg memperkenalkan resepi ni pada Kak Ummi. Pada kawan2 yg pening nak masak apa dngn ayam tu, bolehlah cuba resepi ni, tak rugi mencubanya..mmng sedap sangat. Jom semak resepinya..
Bahan-Bahan
Cara Memasak:-
Bahan-Bahan
- 4 dada ayam - dihiris kecil (Yatie guna 1 ekor ayam sederhana dan potong kecil)
- 2 batang serai - dihiris halus
- 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
- 10 biji cili padi - dihiris halus, nak pedas boleh tambah lagi
- 1 labu bawang besar-dihiris halus (Yatie tambah)
- 2 ulas bwng putih- dihiris halus (Yatie tambah)
- 1 inci halia- dihiris halus (Yatie tambah)
- 2 sudu besar pes tom yam
- 60 ml air
- 1 camca teh madu (akak letak lebih sikit, Yatie pun sama)
- 1 1/2 camca besar mayonis
- 3 helai daun limau purut
- minyak masak secukupnya
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 biji telor saiz kecil - dipukul sikit
- garam
- 3 camca besar tepung jagung
Cara Memasak:-
- Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam isi ayam tadi. Goreng hingga garing dan angkat, toskan.
- Panaskan pula sedikit minyak dalam kuali, tumis serai, bungan kantan, cili padi dan pes t0myam hingga harum.
- Masukkan air, madu dan ayam, kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api.
- Masukan mayonis dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan.
Sunday, June 3, 2012
Black Magic Chocolate Cake
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cuti2 ni asyik buat kek je, maklumlah tak ke mana2 tunggu je saudara mara datang rumah. Bila hari minggu ni mestilah ada menu kek, tapi buat kek yg ringkas dan semestinya sedaplah. Kali ni saya buat kek coklat yg mudah dan boleh tunjuk cara membuatnya pada adik masa datang rumah tempohari. Sambil makan dapatlah belajar buat sekali...mudahkan. Jom kita tngk resepi yg mudah ni, pasni bolehlah adik2 diluar sana mencubanya, tak perlu guna mixer segala..cuma godek2 pastu bakar..mudahkan. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga buat Yat Maria, MamaSya dan Ayu. Kalau kawan2 rajin tu, bolehlah letak topping kat kek tu.
Ingredients:
Ingredients:
- 2 cups sugar
- 1-3/4 cups all-purpose flour
- 3/4 cup HERSHEY’S Cocoa
- 2 teaspoons baking soda
- 1 teaspoon baking powder
- 1 teaspoon salt
- 2 eggs
- 1 cup buttermilk or sour milk*
- 1 cup strong black coffee OR 2 teaspoons powdered instant coffee plus 1 cup boiling water
- 1/2 cup vegetable oil
- 1 teaspoon vanilla extract
- Heat oven to 350°F (180C). Grease and flour two 9-inch round baking pans or one 13×9x2-inch baking pan.
- Stir together sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt in large bowl. Add eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes (batter will be thin). Pour batter evenly into prepared pans.
- Bake 30 to 35 minutes for round pans, 35 to 40 minutes for rectangular pan or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost as desired. Yields 10 to 12 servings.
Saturday, June 2, 2012
Kari Ayam Gaya GOA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kari ayam gaya GOA yg saya masak semalam yg di makan bersama roti naan goreng. Resepi asal menggunakan ikan, kali ni saya tukar pada ayam pula...mmng sedap sangat. Walau tak menggunkan rempah kari, tapi masakkan ni sungguh sedap hingga menjilat jari. Terima kasih juga pada Mat Gebu yg mewar2kan resepi yg best ni. Jom kita semak bahan2nya, manalah tau berkenan dan terus nak cuba...
BAHAN-BAHANNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 ekor ayam-potong 12, cuci bersih dan toskan
- 4 biji kentang-potong 4
- 3 biji tomato*
- 3 biji cili hijau*
- 3 camca besar serbuk ketumbar*
- 3 camca besar serbuk jintan putih*
- 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
- 2 biji bawang besar, dicincang
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 inci halia, dicincang
- 1/2 camca besar biji sawi
- 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
- 500 ml santan (200 ml santan + 300 ml air)
- 1/2 cawan jus asam jawa
- 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
- 1 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
- Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Tuang sedikit air, kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan santan.
- Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
Friday, June 1, 2012
Roti Naan Goreng
Assalamualaikum dan Selamat petang semua. Hari ni masak kari ayam gaya GOA. Pelik ke nama tu? Sebenarnya resepi asal menggunakan ikan dan saya dah pernah mencubanya. Kari Ikan Gaya GOA resepi Chef Wan mmng sedap sangat. Walau tak menggunakan rempah kari, rasa kuahnya sedap sangat. Kali ni saya tukar pada ayam pulak, fuhhhh mmng sedap betullah. Lepas makan je dah terfikir nak buat minum petang. Saya pun buatlah Roti Naan Goreng yg mudah ni dan cepat di makan. Alhamdulillah mmng sedap sangat. Roti ni lebih sedap di makan panas2.Kali ni saya buat 1/2 adunan je sebab nak merasa dulu. Rasanya boleh buat lagi lenkali. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 500 g tepung gandum/tepung roti
- 2 sk baking powder-diayak
- 2 biji telur
- 1/2 sk garam
- 150 ml air
- 3 sb susu manis
- minyak masak untuk goreng terendam
- Air dan susu manis dibancuh dan ketepikan dulu.
- Masukkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk.Gaul dengan senduk hingga rata.
- Tuangkan air susu sedikit2 dan gaul hingga rata lagi dan dgn menggunakan tangan uli hingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Tutup doh dgn kain atau plastik dan dibiarkan 1/2 jam.
- Bahagi doh kepada 8 atau 10 bahagian dan canai membujur.Tabur tepung atas papan canai supaya doh tidak melekat.
- Panaskan secukup minyak masak di dalam kuali dan goreng doh yg telah dicanai sekeping2.
- Apabila doh mula timbul cepat2 balekkan supaya roti akan gelembung pada kedua2 belah.Goreng roti hingga keperangan.
- Angkat roti dan toskan diatas kertas serap minyak.
- Roti naan siap untuk disajikan dengan lauk pilihan dan sedap dimakan ketika panas.