Wednesday, June 20, 2012

Talam Pandan Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan kuih talam pisang pulak. Sebelum ni pernah buat seperti diSINI. Kali ni gabungkan dngn perisa pandan pula utk lapisan atasnya. Macam biasalah kalau ada perisa pandan mmng harum je kuih. Pada penggemar kuih talam mcm saya, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan Utk Lapisan Bawah
-loyang bulat 9 inci
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

15 comments:

  1. Yatieee...bestnya kalau dapat minum petang dgn talam ni....meh kat akak separuh loyang eh...tangan rihat lg ni...hehe..tp rehat ke dapur jek...makan guna tangan jgk...haha

    ReplyDelete
  2. Canteknya kuih talam pisang ni..sedap sangat dimakan sambil rileks minum petang..adeiii..

    ReplyDelete
  3. sedapnya talam pisang kak Yatie ni...memang saya suka ni.nanti nak cari pisang dulula..hehe

    ReplyDelete
  4. Kak!..Talam pisang sedapnya...Ni peberet ni. Dah atasnya letak perasa pandan lg la tambah sedap. Hadoii!!!..Terasa2 dah ni ha kat tekak ni..Huuu

    ReplyDelete
  5. As'kum Kak Yatie cayang.. Kak Yatie memang minat sangat dengan kuih talam, kosui, agar2 sejak kenal dengan akak kan.. sha suka tengok dapur akak memacam jenis kuih ada hehe... tq kak.. muahzzz

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie...bestnya kalau dapat duduk sebelah rumah...hari hari ada kuih yang sedap...huh uh

    ReplyDelete
  7. kakYatie...sayakan...mcm boleh agak je ada entry talam time ni...walopun dok nyinggah selalu walopun x dan/de komen tapi mesti saya tertunggu2 n tertanya2 lepas ni talam apa ye..heeheheh...mmmg bestest kak!

    ReplyDelete
  8. Salam Yatie.....terasa2 lak nak makan talam pisang ni....setiap kali terpandang kuih2 buatan awak terus ku teringin......

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie
    selalunya kalau buat talam pisang, pasaki pisang apa yer ?

    ReplyDelete
  10. salam yatie. sedapnya .. kagumlah dgn yatie yg pandai buat kueh talam.

    ReplyDelete
  11. Sk is the best place to search for talams..mokwo suka makan talam!!

    ReplyDelete
  12. Hi kak Yatie...hru dearie? Wah ada kuih talam...boleh join for teabreak :)

    Rasa nak ngap je dari skrin ni! hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam Yatie.t.kasih atas doa dan wish bday utk Syakirah.
    ada kuih talam pisang...sedapp..apa2 kuih letak pisang mmg favorit

    ReplyDelete
  14. OOO dah diuji di dapo Nekcik...memang klass..tak tinggal sehiris pun!! Thanks ye Yatie for sharing!!

    ReplyDelete