Wednesday, June 6, 2012

Bingka Cheese Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama teringin nak buat bingka cheese Sarawak ni. Tak dapat bayangkan rasanya macamana. Adakah rasanya seperti cheesecake, puding ataupun kuih bingka. Tengok pada bahan2 mmng semua rasa ada, tu cuma bayangkanlah. Bila dah buat dan merasa ni..fuhhhhh..mmng sedap betullah. Semua rasa ada, terasa lemak, lembut dan sedap yg amat sangat. Rasa puding pun ada, rasa cheesecake pun ada, rasa bingka pun ada...mmng berbaloilah membuatnya. Kalau dimakan sejuk pun sedap. Rasanya bolehlah buat lagi dan lagi ni. Saya rekomen pada kawan2 yg nak merasa tu, cubalah buat..mmng sedap sangat, lagipun mudah je membuatnya.

Terima kasih pada HaSue kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Hati ini teruja sangat nak mencuba lagi dan lagi resepi dari Sarawak, kebanyakkannya kena dngn selera akak dan yg paling penting menjadi dan sedap.
Jomlah kita semak bahan2 yg diperlukan.



Bahan A:
  • 1 peket agar2 serbuk cap ros (13g)-(Yatie guna agar2 serbuk yg 10gm)
  • 3 cawan air- (Yatie letak 2 1/2 cwn je sbb guna agar2 10gm)
  • 1 cawan gula pasir
Bahan B
  • 250g mentega
  • 250 cream cheese Philadelphia
  • ½ tin susu pekat manis(Yatie guna 1/2 cwn je)
  • 1 ½ cawan tepung hong kong (Yatie guna tepung gandum je)
  • 3 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
Cara2:
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
  7. Selamat mencuba.. ^_^.Yatie guna loyang bulat 9 inci.
NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

16 comments:

  1. salam yatie,bingka cheese ni dah sampai kat brunei tau orang2 brunei suka buat ni jugak tapi akak belum pernah buat cuma pernah makan je tapi confirm sedap dan lembut sangat

    ReplyDelete
  2. Namapk sedap ni yatie...rajin sungguh cik Yatie ni..Bila lah nk buat ni.kalau berjiran alangkah indahnya kehidupan.pasti dpt merasa apa yg Yatie hasilkan. Salam dr akak d penang..

    ReplyDelete
  3. assalam yatie..
    menariklah bingka ni yatie.. teringin plak nak mencubanya...
    tp kena tunggu mood rajin dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. salam kak yati..hasue punya resepi mmg mantop n sedap..x rugi mcuba.:)
    nnti nk try jugak lah.

    ReplyDelete
  5. kalau tak der tepung hong kong boleh ganti ngan tepung apa ye ??....

    ReplyDelete
  6. Kita peminat setia bingka kak.. Tk kira la bingka apa pon.. Masuk list juga bingka nih.. Tp ntah bila nk membuatnyer.. Mintak kakyatie skettt hihihi tk malu?

    ReplyDelete
  7. As'Kum Kak Yatie cayangg wahhh simple dan mudah juga yaa.. mesti sedap, lemak dan berkrim waduhhh sambil pejam mata membayangkan hehehe

    ReplyDelete
  8. waaa.. istimewa dari sarawak erk.
    ok...
    di sabah sanggar cheese best.
    heeee
    ingat sama dgn sarawak nama beza. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau kuih bingka tu selalu jumpa dan makan.. Bingka cheese sarawak macam tak pernah try je lagi... Nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  10. menggoda la bingka ni.. masalah betul la bile mood memasak dan mencuba saya dah terbang.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  11. salam kak yatie... dapat saya bayangkan betapa sedapnya bingka keju itu... hmmm...yg ni siap ada agar2...menarik betul...cantik pulak tuuu...tq 4 sharing kak.

    ReplyDelete
  12. Mmg sedap dulu pernah buat.tgk kak yatie buat ,teringin nak buat lg.bilalah agaknya.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.dulu pernah buat mmg sedap.teringin nak bt lg tp bila???

    ReplyDelete
  14. lemak2 manis ni,mesti sedap kan..len kali boleh try ni..

    ReplyDelete
  15. Maaf kak,baru sampai sini..hehe..terima kasih sebab sudi cuba yer..syukur sebab kena selera akak..yg buat pun akak,tu yg sedap tu..hihi..tegok gmbr tu mmg terserlah kesedapannya..hmm

    ReplyDelete
  16. kak.sukatan cawan tu boleh guna cawan biasa tak?

    ReplyDelete