Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 20 thn. Syukur alhamdulillah anakku kini sudah dewasa. Baru tahun lepas dapat meraikannya bersama keluarga sebab masa tu kami sekeluarga dah berkumpul semula setelah 3 thn berpisah. Tahun ni sekali lagi kami dipisahkan dngn jarak yg jauh sbb anak saya sedang menuntut di UK. Bila teringat tarikh hari ini, hati ini jadi sebak...tapi tu semua naluri seorang ibu. Bila di fikir semula, hidup ini mmng perlukan pengorbanan jika inginkan kejayaan. Termasuklah situasi yg kami hadapi saat ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 20 buat anakanda Mohamad Talhah, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiinn..
Pesan mama dan abah, pandai2lah menjaga diri sepanjang berada di perantauan, taat perintah Allah dan hormat sesama insan. Sentiasa ingat jati diri walau dimana jua anakanda berada. Akhir kata, Mama,abah dan keluarga sangat2 merindui dan menyayangimu. InsyaAllah raya nanti kita bertemu jua, alangkah indahnya saat itu. Moga Allah memperkenankan doa hambamu ini. Aamiin ya rabbal alaamiin...
**Pagi tadi buka fb ternampak anakanda Talhah post gambar apam polkadot yg dibuatnya sendiri sempena hari jadinya. Gembira dan terharu dibuatnya. Walau tak secantik mana, tapi kesungguhannya yg ingin menunjukkan sesuatu hasil air tangannya pada mama, membuatkan hati ini tersentuh. Sabar ya nak, bila balik M'sia nanti mama buatkan apa saja yg Talhah nak.
Aduh... bergenang airmataku Yatie... tapi kutahan agar tidak gugur! Sebak!
ReplyDeleteHappy birthday buat Mohamad talhah. Semoga tabah hidup diperantauan. Muda lg dah hidup jauh dirantau org. Hope dia akan jd ank yg membanggakan akk.
ReplyDeleteHappy Birthday buat Mohamad Talhah...
ReplyDeleteSalam kak yatie,
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat talhah...Semoga menjadi anak yang sentiasa menjadi contoh yang baik untuk adik2 dan keluarga...suami saya pun sambut hari lahir hari ni...tahun depan saya balik johor, sambut sama2 supaya kak yatie ceria..doakan kejyaan talhah dan anak2 dunia akhirat kak..
Happy Birthday buat Talhah.. Tentu Kak Yatie meronta2 nak memeluk anak tersayang... Moga Talhah jadi anak soleh dan berjaya dunia & akhirat..
ReplyDeleteRajin Talhah.. Dia ada bakat terpendam..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 20 buat Mohamad Talhah, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiinn.. *SHA COPY, SEBAB ITU JUGA YANG BAKAL SHA TAIP DI SINI*
ReplyDelete*As'kum Kak Yatie cayanggg sebak sha baca N3 kak Yatie.. betul tu Kak naluri hati seorang ibu.. TAHNIAH! Kak Yatie kerana dianugerahkan seorang anak yang bijak bistari.. sha tumpang bangga tau.. betul kak Yatie.. jauh anakanda tu mesti rindukan.. hmm.. sabar ya... nanti dapat berkumpul semula.. tentu terubat rindu tu.. cayang kak Yatie muahzzzzzzzzzz
Happy birthday buat anakda akak Talhah yang jauh diperantauan...semoga berjaya dunia dan akhirat..insyaAllah. pandai betul dia buat apam tu..memang mewarisi bakat ibunya yg pandai masakla:)
ReplyDeleteSelamat ulang tahun buat Talhah.....rajin ank bujang kak yatie nie....seperti mamanya juga kan...yg rajin sgt2 buat kuih, kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi kann
ReplyDeleteMenjadilah tu...
ReplyDeleteselamat hari lahir..
Salam kenal dari saya
Terharu baca ni, apapun demi sebuah kehidupan dan hari2 mendatang..semoga kejayaan yang dibawa pulang utk kak Yatie sekeluarga.
ReplyDeleteuntung siapa buat menantu Talhah ni... hehehehe.. Happy Birthday, Talhah.
ReplyDeleteSemoga makbul doa seorang ibu.
Apam Polka Dot tu boleh tahan juga..
Assallamualaikum kak Yatie..
ReplyDeleteErmm..bakat ibu dan turun pada anak nampaknya.. Ini baru permulaan ni kak.. Nanti2 mana tau dia lebih berbakat sebenarnya di dapur..heheee..
salam kenal yah..
ReplyDeletemakanan yang enak..
Slmt hari Lahir buat Talhah.moga berjaya dlm hidup dan bawa pulang nanti segulung ijazah buat keluarga tersayang...
ReplyDeleteHappy birthday M.Talhah.
ReplyDeleteWahhh dah besar anak bujang Yatie ye,pandai pulak tu dia buat apam polka dot.
Assalamualaykumwbh Kak Yatie.....
ReplyDelete:) waaaaaaaa...mana x tumpah kuah kalau tak ke nasi. Rajin anak lelaki akak ni. Warisi ibunya la ni....
Anyway.....semoga Allah swt mudahkan urusan Talhah dunia akhirat...amin. Jadi anak yg soleh ye. Doakan ibu ayah sentiasa.:)
hebat la talhah, lepas nie boleh wat business sambilan kat UK jual apam polkadot..boleh tambah duit poket
ReplyDelete