Monday, June 25, 2012

Apam Labu Manis

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sunyi rasanya tak berblog 3 hari ni. Maaf pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku kerana tiada menu terbaru. Sejak2 ni mmng busy sangat, banyak urusan yg perlu di selesaikan. Kebetulan hari minggu jln2 kat Singapore bersama family, jadi bertambahlah penatnya. Ok, hari ni nak kongsikan bersama resepi apam labu manis yg saya buat tempohari. Apam ni sedap sangat, terasa lembut yg amat sangat dan lemak manis.Sebelum ni pernah buat guna resepi diSINI, kali ni cuba resepi yg paling mudah dan hasilnya amat memuaskan hati. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga buat Amie yg mewar2kan resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.
Pada peminat kuih apam tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi.



Bahan-bahan:
  • 1 cawan labu rebus - lenyek halus
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200ml air
  • 250ml santan kelapa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh yis
Cara-Caranya
  1. Satukan kesemua bahan dan (Amie masukkan dalam mixer) gaul hingga sebati.
  2. Perap adunan selama 1-1 1/2 jam.
  3. Sapukan acuan dengan minyak.
  4. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.
  5. Kalau suka makan dngn kelapa parut putih pun sedap.

12 comments:

  1. Wah! Apam Labu.. Hamka makan tak?? hihi... teringat Hamka suka kuih kaler hijau jer..

    ReplyDelete
  2. Sukanya labu...mesti sedap kuih ni...Aduyaiii nampak itu sedap nampak ini sedap....bahaye ni

    ReplyDelete
  3. wahh..apam labu lagi.. :) resepi kali ni guna tepung beras n nampaknya lbh mudah... harus di coba!!! anak2 lia dah minta apam lagu lg...nnti blh cuba resepi yg ni pulak.. :)

    ReplyDelete
  4. as-salam kak Yatie
    cantiknye apam labu...terliur dah ni tgk apam tu..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap la :)

    Nanti balik kampung, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  6. Wah, dapat berapa biji utk adunan ini, ya? Nampak macam banyak jer

    ReplyDelete
  7. Selamat petang yatie, baru dapat jaan2 setelah internet 2 hari mogok... selain sedap, apam labu memang penuh khasiatkan Yatie. Anak-anak Amie pun aju aje makan... baru keluar pengukus sudah berebut nak ambil!

    ReplyDelete
  8. sedapnye...lama jugak tak buat apam labu nih...mmg sedap dan gebu.

    ReplyDelete
  9. menarik dan nampak gebus mesti try jugak ni ...

    ReplyDelete
  10. ala nyum2 kak..sedapnye, terasa2 kat mulut ni..

    ReplyDelete
  11. laa tak sangka pulak labu boleh jadi apam..mesti cuba nih

    ReplyDelete
  12. nak cuba! adik cari tepung beras dulu.wahh menarik kak yatie.mesti sedap kan?

    ReplyDelete