Thursday, June 14, 2012

Siakap Goreng Tomyam Ala Aufa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak menu special sikit... ikan siakap goreng tomyam ala Aufa..amboiiii bukan main lagi tajuknya..ni kira resepi dari Thailand tawww. Kalau menu yg berkaitan daun limau purut mesti sedap punyerrr. Kalau tak caya, kawan2 cubalah sendiri. Sedap hingga menjilat jari. Hai bila cerita ni, jadi lapar lagilah...mmng sedap sangat. Biasanya masak stim,masam manis, siakap 3 rasa..kali ni tomyam ala aufa pulak. Terima kasih pada Faranie kerana berkongsi resepi yg best ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak bahan2 yg diperlukan...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bwg besar-hiris bulat
  • 4 bji bwg merah-dicincang
  • 3 ulas bwg putih-dicincang
  • 1/2 inci halia-dicincang
  • 15 biji cili padi- dititk,
  • 2 btng serai-dititik,
  • 1 biji tomato-di belah 6
  • daun ketumbar daun limau purut
  • 1/2 batang lobak merah-hiris pnjang
  • 1 mangkuk kecil brokoli
  • 1 kiub pati tomyam
  • 3 biji limau kasturi-ambil jusnya je- boleh guna jus limau nipis dlm 2 sudu besar
  • 3 sudu besar sos nampla/sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • 1 cwn air atau secukupnya
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan bersama garam. Salutkan sedikit tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan dlm 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan2 yg dicincang hingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi yg di ketuk.
  3. Masukkan air dan pati tomyam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar yg dipotong bulat,lobak merah,daun limau purut,jus limau nipis dan bancuhan tepung jagung..biar kuah pekat dan tuang ke atas ikan yg yg digoreng tadi.
  5. Taburkan daun ketumbar..siap utk dihidang...makan dgn kailan dan telur dadar pun sedap.

11 comments:

  1. Assalamualikum Kak Yatieeee.. Ani singgah ni.. Pa khabar? harap Kak Yatie sekeluarga sihat.. Termia kasih ya resepinya insyaallah akan dicuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Hai Yatie... apa maknanya Aufa tu ye, apa pun kalau dah namanya siakap goreng tom yam mesti wangi punya! Suka isap2 sirip dengan ekor siakap tau!

    ReplyDelete
  3. W'salam Kak Yatie cayanggg wangi hehhee.. waduhh ini memang terbaik ni!! nanti nak cuba! best!!! tq kak Yatie muahzzzz

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Yatie ....

    Amboi ...!! Meriah sungguh ..... SUKA SUKA !!
    mesti sedap nie.. masuk list Nina dulu yea, nanti nak try~

    ReplyDelete
  5. insya Allah,resepi ni saya nk try hari ni,kebetulannya,ada siakap sekor kt esbok,bhn2 lain yg x cukup leh ejas2 kot k.yati ya.thanks 4 da resepi.

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie :)
    lama nyer mama tak BW kesini ...

    nie kalau cik hubby mama tgk.. confirm mesti suruh msk.
    Complete tak payah lauk lain2...

    ReplyDelete
  7. Salam kak...

    Memang menggoda ikan tu...

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie, mmg nmpk best sgt ikan grg tomyam tu...siakap pun ada dlm stok tu, nnt Liza nk try jugak la....mst terangkat kan....hihihihi

    ReplyDelete