Saturday, June 2, 2012

Kari Ayam Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kari ayam gaya GOA yg saya masak semalam yg di makan bersama roti naan goreng. Resepi asal menggunakan ikan, kali ni saya tukar pada ayam pula...mmng sedap sangat. Walau tak menggunkan rempah kari, tapi masakkan ni sungguh sedap hingga menjilat jari. Terima kasih juga pada Mat Gebu yg mewar2kan resepi yg best ni. Jom kita semak bahan2nya, manalah tau berkenan dan terus nak cuba...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam-potong 12, cuci bersih dan toskan
  • 4 biji kentang-potong 4
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
  • 500 ml santan (200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan santan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

4 comments:

  1. Haih! Terliur plak tengok.. Dah la tengah lapar ni.. Nanti boleh cuba.. ^_~

    ReplyDelete
  2. sedapnyer kakkk.. kiter suka kari..anak2 pon dah pandai makan kari.. klu tak, manjang muncung sbb kari dikatakan pedas! diorg br blaja2 makan pedas.. hihihi

    nih kek askar utk hamka.. eh akak juga! hihihi

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Kak Yatie, terima kasih atas ucapan dan doamu sempena Hari Lahir Nur. Nur terharu sangat!!

    Semoga Allah merahmati akak sekeluarga.. Sedap lagu dalam youtube yang akak pasang dalam blog ni.. Semoga ukhuwah kita berpanjangan.. Take care sis.. :)

    ReplyDelete
  4. As'KUm kak Yatie cayangg wahh kuah pekat best sangat ni.. makan dengan roti waduhhhh

    ReplyDelete