Tuesday, May 31, 2011

Urap Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat urap pucuk ubi. Biasanya tunggu ada majlis kenduri barulah dpt makan urap ni. Kalau saja2 nak buat utk makan, mmng payahlah sikit. Kali ni saya merajinkan diri utk buat urap. Inipun gara2 dah teringin sangat nak makan. Saya lebih suka ratah2 gitew je sambil menonton TV. Siap anak saya pun pelik, napelah mamaNya dok makan sayur je...padahal inilah menu paling sedap yg diaorang tak tahu tu....Anak2 ni lebih suka sayur moden jek. Kalau pucuk ubi masak mcm ni mmng anak2 tak berapa nak makan, tapi kalau masak lemak pucuk ubi....mmng kegemaran diaorang.

Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu lagi. Sejak cuti ni malas bebenor nak menaip....so kopipes jelah, yg penting hasil masakan tu adalah hasil airtangan kita sendiri ya. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kopipes kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cekak pucuk ubi pulut
  • 2 cawan taugeh
  • 2 helai daun cekur- dihiris halus,saya tambah
  • 1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
  • Sedikit garam dan gula
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci cekur*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 1/2 camva besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji cili merah*
  • 4 biji cili padi merah-*saya tambah
  • 1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut (saya tambah 1sudu besar minyak semasa merebus), toskan dan biar sejuk, perah airnya dan hiris sederhana halus. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  2. Gaul kelapa parut bersama bahan2 tumbuk lumat, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan no 1 dan dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit, gunakan api sederhana besar. Alih ke dalam bekas dan boleh dihidangkan.

Donut Kentang Fatmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf donut kentang. Resepi ni mmng best sangat sbb donut mmng gebu dan lembut. Saya buat donut ni malam tadi, sampai pagi ni pun masih lembut. Resepi kali ni saya ambil dari Izah, ada juga di rumah Mas. Mereka berdua ni mmng rajin mencuba resepi2 yg baru dan malatop. Kalau nak tau Mas dan Izah ni mmng peminat setia donut, kalau tak caya singgahlah blog mereka berdua, mmng mcm2 donut yg di buatnya. Terima kasih juga pada penyumbang resepi asal Pn Fatmah Bahlawan kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan
  • 500 gm tepung terigu protein tinggi *(saya guna 250gm tpng gandum+250gm tpng roti)
  • 50 gm susu tepung
  • 11 gm ragi instant (yeast mauripan)
  • 200 gm kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gm gula pasir
  • 75 gm mentega *
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirehatkan 15 menit.
  3. Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  4. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  5. Angkat, toskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Monday, May 30, 2011

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita cuci mata dengan spaghetti bolognese pula. Lama dah tak makan dan buat sendiri. Sejak balik Msia ni mmng jarang2 masak western food. Selera tekak ni lebih pada selera melayu suka sangat masakan yg ada belacan...baunya yg harum tu yg menambat selera...betul tak? Lebih2 lagi kalau pucuk ubi masak lemak, ikan goreng, ikan masin di gandingkan dngn sambal belacan....fuhhhhh mmng sedap betul, maunya bertambah nasi dan lauk.

Oklah, sebenarnya saya buat spaghetti Bolognese ni malam tadi. Kami sekeluarga makan sambil tengok Mentor. Waduh berdebar di buatnya masa pengumuman. Alhamdulillah, kemenangan berpihak pada yg sememangnya layak....mmng adil. Saya dok syok tengok mentor sampai tak sempat nak n3 pasal spaghetti bolognese ni. Tak sangka anak2 suka betul makan spaghetti bolognese ni...asyik ulang2 je, maklumlah dah lama tak makan, mmnglah berselera. Kalau setiap hari makan mcm ni....jemulah juga.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Resepi asal adalah dari Chef NorZailina Nordin dan saya C&P dari Mamahawa. Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah mencubanya sendiri....yg penting puashati, sedap dan jimat belanja. Suami dan anak2 pasti menggemarinya dan pasti akan ada ulang tayang.....kalau tak caya, cubalah....


Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos...itu cara saya)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus al dente
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Sunday, May 29, 2011

Ayam kicap Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah makan ke belum? Tentu sudahkan, maklumlah dah hampir pkl 2 ptng, mestilah dah makankan. Hari ni saya masak lauk ayam kicap berempah. Masakkan ni mudah je, yg penting sedap. Resepi kali ni saya C&P dari Dayang Jack. Terima kasih DJ kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Kali ni saya masak seekor ayam dan bahan2 rempah perlulah di tambah ya.


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 1 sudu makan cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit kerisik - jika suka
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Perapkan ayam bersama 1/3 daripada bahan kisar, lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar selebihnya hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam dan kacau. Biarkan ia kering sebentar. Selepas itu, barulah ditambahkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan kerisik, daun sup, garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar.
  5. Hidangkan bersama nasi panas. Sedaappp!

Saturday, May 28, 2011

Gado-Gado Peranakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih semua...kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Hari ni bermulalah sesi percutian persekolahan pertengahan tahun selama 2 minggu. Mesti ada yg dah merancang nak makan angin, ada juga yg berehat saja di rumah. Bagi saya minggu ni hanya berehat je di rumah sambil buat aktiviti biasa2 je. Insyallah minggu depan barulah kami sekeluarga akan makan angin ke utara. Itupun dlm perancangan lagi. Harapan saya moga percutian persekolahan ini dapat di manfaatkan dengan sebaik2nya. Pada adik2 dan anak2 saya...Selamat Bercuti semua, dlm pada keseronokkan bercuti tu jngn di lupa tanggungjawab sebagai pelajar ya. Pandai2lah bahagikan masa utk bemain dan belajar.

Oklah, petang ni saya nak kongsikan bersama resepi gado2 peranakan yg saya masak tadi. Dah lama teringin nak buat dan makan, tapi ada je bahan2 yg takde kat umah ni. Kali ni saya tak letak tempeh...ini bukanlah di sengajakaan. Sebenarnya dah beli tempeh...bila buka je bungkusan tempeh tu....alamak belum menjadi sangatlah tempeh tuuu. Jadi saya pun makan gado2 tanpa tempelah. Tak kisahlah yg penting sedap kuah gado2 ni. Terpulang pada kita hendak kuah pekat atau cair sedikit. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita lihat bahan2nya.



BAHAN GADO-GADO :-)
  • 100 g kacang panjang
  • 3 biji kentang
  • 1 biji timun
  • 2 keping tempeh
  • 2 keping tauhu
  • 5 biji telur
  • 250 g kobis
  • Sedikit cili padi, jika suka
BAHAN KUAH KACANG :-)
  • 250 g kacang tanah
  • 200 ml pati santan
  • 350 ml air
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • 5 camca besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
  • 10 biji bawang merah*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
UNTUK KUAH KACANG :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
UNTUK GADO2 PERANAKAN :-
  1. Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!

Friday, May 27, 2011

Apam Polkadot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga anda semua sihat dan ceria di hari jumaat yg penuh keberkatan ini. Dah sarapan ke belum? Pagi ni saya bf apam polkadot/apam dot-dot. Dah lama teringin nak buat apam ni, tapi tak terbuat2 sbb bnyk sangat resepi yg sedap2 nak di cuba. Jadi apam polkadot ni terpaksa mengalah dok kat belakang. Malam tadi saya buat apam ni 3 adunan sbb anak2 nak bawa sekolah. Lagipun hari ni adalah hari terakhir sebelum bermulanya cuti persekolahan selama 2 minggu. Anak2 teruja nak beri pada kawan2nya. Saya pun jadi teruja sebab anak2 rajin membantu mengdot2kan apam ni...tengoklah tu ceria je kaler maler apam ni.

Terima kasih pada penyumbang resepi, saya pun tak pasti resepi asal sbb ramai sangat kawan2 yg sudah mencubanya. Saya C&P resepi apam ni dari SINI. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Wednesday, May 25, 2011

Puding Cendol

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan puding cendol pula. Sebenarnya dah lama teringin nak buat puding cendol ni, tapi ada je yg menghalang. Kadang2 tu dah beli cendol. santannya pula takde begitulah sebaliknya. Kali ni bila semua bahan2 dah ada, saya pun terus buat. Ramai kawan2 dah mencubanya ternyata mmng sedap sangat, lebih sedap lagi bila di sejukkan. Kali ni saya buat guna acuan, dan sebahagiannya saya guna loyang. Anak2 lebih suka yg guna acuan sbb comel dan senang nak makan. Terima ksih pada tuntung15 kerana berkongsi resepi ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
Cara-cara

Bagi Lapisan Bawah
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Tuesday, May 24, 2011

Rendang Pedas Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni kita layan pulut kuning bersama rendang ayam. Saya amat tertarik dngn resepi rendang pedas perak. Rendang ayam ni tak perlu di tumis rempahnya, cuma campurkan bahan rempah dan ayam sekali Masaklah sehingga kering..mudahkan. Saya masak pulut kuning ni bersama rendang sempena tanda kesyukuran bagi kami sekeluarga kerana sesuatu hajat di makbulkan Allah. Sebagai tanda gembira dan syukur kami buat doa selamat dan pulut kuning inilah adalah antara juadah utk majlis itu.

Resepi pulut kuning boleh lihat di SINI. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi rendang pedas perak yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Resepi ni guna 2 ekor ayam, pada kawan2 yg nak masak utk keluarga tu, bolehlah masak seekor je dan bhn2 rempah perlulah di kurangkan ya.



Bahan:-
  • 2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
  • 1400 ml santan (dari 3 biji kelapa)
  • 6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang lagi dikisar
  • 1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
  • 30 biji cili api (cili padi)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
Cara-Cara:-
  1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam tu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
  2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebihkurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

Sunday, May 22, 2011

Kuih Talam Sagu Berlapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping keluarga serta insan2 tersayang. Esok bermulalah minggu peperiksaan bagi anak2 di sekolah rendah maupun di sekolah menengah.Rasanya para2 ibu turut busy menguruskan anak2. Apapun di doakan moga anak2 kita semua di tenangkan fikiran, di terangkan hati, di kuatkan daya ingatan dan di permudahkan semasa menjawab soalan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dngn kehendak soalan. Aminn.

Sebenarnya saya buat kuih ni petang tadi, nak kena tunggu betul2 sejuk barulah boleh di potong kuih. Alhamdulillah.. kuih ni menjadi dan sangat sedap. Saya suka betul kuih mcm ni...terasa lemak manis, nyaman di tekak dan kenyal2 manje gitewww....syok betul makan kuih macam ni. Kuih ni pun sedap bila di sejukkan, terasa seperti makan puding pula. Pada pengemar kuih sagu, bolehlah mencuba resepi ni...mmng sedap dan berbaloi..

Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya resepinya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Apam Marmar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat apam marmar ni utk minum petang. Apam ni lembut sangat dan mmng sesuai buat minum petang ataupun sarapan pagi. Selain sedap apam ni mudah juga utk membuatnya. Rasanya ramai kawan2 yg telah mencubanya. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi di MyR. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Apam ni rasa seakan2 apam pelangi.



Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
  • 250 gm tepung berserbuk penaik (saya guna 250gm tpng gandum+1 sudu kecil b.powder, diayak)
  • 200 ml santan
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
Saya buat selang seli je macam marble cake.

Friday, May 20, 2011

Kuih Kaswi 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat kuih kaswi buat minum petang. Kuih ni tak banyak bahan2 dan mudah je membuatnya. Saya memang dari dulu, kini dan selamanya suka kuih kaswi ni. Sebenarnya saya mmng peminat setia segala jenis kuih atau kek yg di kukus. Saya suka sebab kuih/kek menjadi lembab dan sedap pada tekak saya. Kuih kaswi adalah merupakan kuih pertama saya buat masa zaman anak dara dulu. Sejak tu...asyik buat dan cari resepi yg guna kukus je. Ditambah lagi bila dah berumahtangga, mak saya belikan pengukus kuih...bertambah2lah minat saya nak cuba pelbagai jenis kuih yg menggunakan pengukus. Di situlah bermulanya sejarah saya, mengapa saya suka kuih apam, kuih talam dan kek yg di kukus. Sehinggalah saya di gelar Ratu Talam oleh teman2 blogger masakan, padahal saya ni bukannya pakar sangat...sekadar minat, suka makan dan suka buat kuih yg di kukus.

Oklah kali ni saya buat kuih kaswi menggunakan resepi dari Mat Gebu. Menurut Mat, resepi ni adalah dari Bro Rozan. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Saya juga pernah buat kuih kaswi guna resepi di SINI. Kali ni kuih kaswi saya gelap betul warnanya. Tak sangka guna gula merah cap bintang mmng elok gelapnya. Padahal sebelum di masak, cerah je warnanya seakan2 brown sugar. Kalau berkenan tu, bolehlah mencubanya....Saya nak sambung makan kuih kaswi ni, di tambah lagi makan dngn kelapa parut muda...walaweiiii sedapnya.




Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )


BAHAN A :-)
  • 350 g gula melaka (mat guna 300 g)
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul

  • BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat

  • BAHAN C :-)
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

Prosperity Burger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan prosperity burger buatan sendiri. Rasanya sedap ala2 Prosperity McD. Kalau beli tu bukan main mahal lagi, kalau anak 4 orang dah berapa kan? Belum makanan yg lain lagi....waduh.. Apa kata kali ni kita buat sendiri prosperity burger ni...mmng berbaloi. Resepi asal adalah dari Jeni dan ada juga di rumah K.Ina. Saya pula C&P dari Hana. Terima kasih pada penyumbang resepi, jom kita lihat bahan2 yg di perlukan...pasni bolehlah buat Prosperity Burger sendiri..



Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - saya ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  6. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

Wednesday, May 18, 2011

Ayam Cencalok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kami sekeluarga utk arini. Sebenarnya saya tak biasa makan cencalok, salah satu sebabnya adalah ianya terlalu masin. Tak sangka pula bila dimasak bersama ayam, rasa cencalok tu tak teras sangat...seolah2 kita tak letak cencalok pula dlm masakan ni...sedap sangat. Resepi asal adalah dari Mat Gebu dan ramai kawan2 yg telah mencubanya. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi masakan nyonya yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan di sini pula ya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil (saya guna 1/2 ekor ayam)
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limua purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 10 biji cili padi- saya tambah, di ketuk2 je
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...

Brown Sugar Pancake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kami sekeluarga sarapan pancake je. Lama dah tak buat pancake ni. Kali ni saya guna gula perang sebagai ganti gula putih, alhamdulillah sedap sangat. Pancake ni sedap di makan masa panas2, maunya berkeping2 saya makan....takyah letak topping pun takpe. Resepi ni mudah je...jom kita semak bahan2nya.



Bahan-bahan
  • 2 biji telur=>di pukul sedikit
  • 2 sudu butter - cairkan
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1/2 cwn brown sugar/gula perang
  • 1 1/2 cawan susu cair=>suam
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula perang dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2. Biarkan sebentar dalam 15 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.
  5. Bila sudah mula bersarang, barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Saya makan dengan cream cheese dan maple syrup. Boleh juga di makan bersama dengan honey.

Monday, May 16, 2011

Kuih Bakar Sagu Biji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf kuih bakar sagu biji. Kuih ni saya buat malam tadi, jadi pagi ni bolehlah buat sarapan selain makan mee goreng. Saya tak sangka sagu biji ni boleh di buat kuih bakar, sedap pulak tu. Terasa kenyal2 manja gitewww. Pada peminat kuih berasaskan sagu biji tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah dan sedap ni. Terima kasih pada K.Fida@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepi di sini pula ya.


Lihatlah sagu biji yg kelihatan..

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 300 gm sagu biji
  • 200 gm mentega/majerin
  • 170 gm gula pasir/merah (saya guna 100gm gula merah dan 70gm gula pasir)
  • 3 biji telur
  • 150 gm tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara
  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2. Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6. Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

Sunday, May 15, 2011

Roti Sardin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum tidur saya nak n3 roti sardin yg sangat sedap ni. Roti sardin ni sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Pada ibu2 yg ada stok sardin dan roti burger kat rumah tu, bolehlah cuba resepi roti sardin ni esok pagi. Buatnya mudah je dan yg paling penting sedap sangat. Terima kasih pada K.Nor@ Secubit Garam kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya di sini ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Roti Sardin
  • 10 ketul bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 biji cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji telur
  • minyak
Untuk Inti:
  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara- Cara, boleh lihat DISINI.
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tapi jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun tadi dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti tadi sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
  10. Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..

Saturday, May 14, 2011

Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur alhamdulilah dah boleh update blog semula. Rasanya ramai kawan2 yg senasib ya smlm. Bila blogspot buat hal...hai haru biru di buatnya. Siap n3 terakhir hilang..dahtu muncul semula, bila dah kembali, komen2 plk takde. Ini pun masih tak pulih sepenuhnya. Bahagian label pun tak berapa elok dan saya biarkan gitu je sbb ianya akan pulih sendiri.

Ok, berbalik pada menu hari ni..saya masak mee kungfu. Uwaaaa...gempak gitew bunyinya...siap kungfu lagi. Memang betullah bila masak mee kungfu ni, mmng kena kungfu kat dapur...barulah menjadi masakkan tu....kalau tak caya, anda cubalah resepi mee kungfu ni. Ingat tak aritu saya cerita pasal kuey teow kungfu yg pertama kali saya makan masa saya masak kuey teow goreng kicap kerang. Dalam hati dok berangan nak buat sendiri. Kali ni saya dah pun cuba sendiri, ternyata mmng menjadi dan sangat sedap. Mee mcm ni kena makan waktu panas2 baru sedap, kalau dah sejuk, mee jadi kembang dan kurang rasa.
Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya C&P resepinya kat sini ya. Kalau kawan2 berminat tu, bolehlah mencubanya.



Bahan A
  • 500 gm kuey teow
  • 5 biji telur [ dipukul]
  • sedikit tepung jagung
  • minyak utk goreng kuey teow
Bahan B
  • 100 gm udang basah [buangkan kulit]
  • 150 gm ayam [dihiris]
  • 1 biji panjang fish cake [potong nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dicincang]
  • 100 gm brokoli [dipotong]
  • 100 gm bunga kobis [dipotong]
  • 100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
  • 5 tangkai baby corn

  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • 2 s/b tepung jagung ]
  • 1 cawan air ] bancuhkan
  • 1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b lada sulah
  • garam dan sedikit gula
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
  2. ** Saya pkl telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.
  3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
  4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
  6. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
  7. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
  8. ** Kalau makan bersama lada jeruk lagi sedap.

Thursday, May 12, 2011

Puding Belang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat puding belang ni utk sejukkan tekak. Sedap betullah makan puding ni, di tambah lagi cuaca yg panas...makan puding yg di sejukkan....waduh sedap sangat. Sebenarnya saya nak n3 petang tadi, tapi ada problem pula, so baru nilah berkesempatan utk update. Resepi asal puding ni adalah dari K.Jun di MyR. Terima kasih kak berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( 1 acuan sederhana )
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

Donut Inti Kastard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni sarapan apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, yg penting makanan tu berkhasiat. Biasanya sarapan pagi ni buat alas perut je, jadi janganlah kita abaikan sarapan pagi walaupun hanya sekeping roti. Ianya membekalkan kita tenaga utk sepanjang hari. Pagi ni saya sarapan donut inti kastard. Sebenarnya malam tadi saya dah siapkan donut ni, jadi pagi senanglah sikit takyah susah2 nak buat sarapan lagi. Lagipun donut ni lembut sampai ke pagi. Sebelum ni Mas dan K.CT Delima pernah buat donut ni. Tak sabar rasanya nak buat. Ternyata mmng sedap bila donut di gabungkan dngn inti kastard ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Kawan2 apa lagi...cepatlah buat..mmng berbaloi..



Bahan -Bahan
  • 280 ml air
  • 300 gm tepung roti ( high protein flour )
  • 200 gm tepung gandum ( plain flour )
  • 10 gm garam halus - secubit
  • 60 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 1/2 camca besar baking powder
  • 3 1/2 camca teh instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g lemak sayur @ shortening
Bahan Kastard :
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g butter
  • 2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whisk dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
Cara membuat donut :
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
  2. Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
  4. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
  5. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
  6. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
  7. Selamat mencuba.....

Wednesday, May 11, 2011

Donut Inti Kastard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni sarapan apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, yg penting makanan tu berkhasiat. Biasanya sarapan pagi ni buat alas perut je, jadi janganlah kita abaikan sarapan pagi walaupun hanya sekeping roti. Ianya membekalkan kita tenaga utk sepanjang hari. Pagi ni saya sarapan donut inti kastard. Sebenarnya malam tadi saya dah siapkan donut ni, jadi pagi senanglah sikit takyah susah2 nak buat sarapan lagi. Lagipun donut ni lembut sampai ke pagi. Sebelum ni Mas dan K.CT Delima pernah buat donut ni. Tak sabar rasanya nak buat. Ternyata mmng sedap bila donut di gabungkan dngn inti kastard ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Kawan2 apa lagi...cepatlah buat..mmng berbaloi..



Bahan -Bahan
  • 280 ml air
  • 300 gm tepung roti ( high protein flour )
  • 200 gm tepung gandum ( plain flour )
  • 10 gm garam halus - secubit
  • 60 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 1/2 camca besar baking powder
  • 3 1/2 camca teh instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g lemak sayur @ shortening
Bahan Kastard :
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g butter
  • 2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whisk dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
Cara membuat donut :
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
  2. Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
  4. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
  5. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
  6. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
  7. Selamat mencuba.....

Ayam Masak Hijau Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kami hari ni, ayam masak hijau berempah. Resepi asal adalah dari K.Nor dan ada juga di rumah Mas. Lauk mcm ni mmng sedap, terasa kelainannya. K.Nor guna kacang buncis saya pula guna kcng panjang je sbb takde stok. Apa pun mmng sedap ayam masak hijau berempah ni. Makan bersama nasi putih hangat...fuhhh maunya bertambah2 nasi dan lauk.....hehehe..takkan tambah nasi je kan...mestilah tambah lauk sekali, baru best. Ok kalau ada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya..jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan Bahan
  • 3/4 ekor ayam ~ dipotong
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 5 biji bawang merah *- saya guna 1 biji bwng besar+ 3 biji bwng merah
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 in halia *
  • 3 biji cili hijau *- saya letak 4 biji
  • 5 - 7 bj cili padi hijau *- saya letak 15 biji sbb nak pedas lagi
  • 1 pokok daun sup * ~ (* diblend)
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan air
  • garam
  • gula
  • 1 biji limau nipis
  • secekak kacang buncis ~ dipotong- saya guna 10 btng kcng panjang
  • 1 biji cili ~ dihiris serong
  • sedikit hirisan daun sup ~ utk ditabur
  • minyak
Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak.Toskan.
  2. Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  4. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
  5. Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
  6. Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
  7. Goreng seketika dan padamkan api.
  8. Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.

Tuesday, May 10, 2011

Red Velvet Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Terima kasih pada kawan2 yg mengucapkan slmt ulangtahun pada anak saya semalam. Saya amat2 menghargainya. Sempena hari ulangtahun Seri yg ke 15 thn, saya ada buatkan sebiji kek utknya. Kek ni sedap sangat...tapi biasalah saya ni tak pandai sangat nak mendeco kek yg cantik2 mcm kawan2 tu. Tu yg segan nak tayang kek kat sini..hehehehe... Apa pun saya amat berpuashati sbb dpt menyediakan sendiri kek utk anak saya. Bukan main gembira lagi Seri dan anak2 saya yg lain...syukur alhamdulillah. Resepi Red Velvet Cake ni saya ambil dari KZai yg mmng pakar membuat kek tu. Kalau singgah blog KZai, jadi rambang mata nak cuba resepi2 kek yg sedap dan menawan hati tu. Resepi asal kek ni adalah dari Nina Suria@Mon. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.




Bahan-Bahan
  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
  • 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam- x letak
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  7. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je

FILLING:
  • 500gram blueberry filling - akak x letak
KRIM:
  • 500 gram krim keju Phillidephia
  • 1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
  • akak tambah sedikit gula icing
Caranya
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Monday, May 9, 2011

Selamat Ulangtahun ke-15 Seri Izati bt Mohamad Khata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ni adalah (9.5.2011) hari ulangtahun kelahiran anak kedua saya Seri Izati bt Mohd Khata yg ke 15 thn. Syukur alhamdulillah kerana anak saya sudah dewasa dan remaja. Masa berlalu begitu pantas, masih teringat lagi masa saya melahirkannya. Masa tu kami tinggal di perantauan(UK). Saya melahirkan dan membesarkannya bersama suami. Sakit pening dan berpantang semuanya di jaga sendiri. Ayah dan ibu jauh di Malaysia. Alhamdulillah masa tu Seri tak banyak karenah dan senang menjaganya. Mungkin dia tahu susah senang yg di alami ayah dan ibunya. Terima kasih nak....

Kini Seri sudah remaja. Selamat Hari Ulangtahun ke 15 thn anakku. Moga anakku di panjangkan usianya, di murahkan rezekinya, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg solehah, menjadi anak yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn. Hanya satu pesan mama padamu...jagalah diri dan maruahmu walau di mana kamu berada. Taatlah perintah Allah SWT, hormat kedua ibubapa dan orng2 yg lebih dewasa darimu dan hormatilah sesama insan..kelak dirimu selamat di dunia dan di akhirat.


Kuih Lopes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan kuih lopes, kena pula bila air gulanya di sejukkan...waduh sedap betullah. Biasanya masa bulan puasa je saya kerap makan kuih lopes ni, mak selalunya belikan kuih kegemaran saya ni dari kawan mak yg mmng pakar membuat kuih lopes ni. Terasa lembut je lopes yg di bungkus daun pisang tu. Kali ni saya buat kuih lopes sendiri. Tak payah tunggu bulan puasa baru nak makan kuih lopes ni...bila teringin je, boleh buat sendiri...mmng sedap, tapi buat cara yg mudah dan cepat jelah. Resepi kuih lopes ni saya ambil dari tulip77@myresepi. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan, di simpul
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan

Kad Ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Di kesempatan ini saya ingin mengantungkan kad ucapan Selamat Hari Ibu dari teman2 yg bergelar ibu. Seronok rasanya dpt kiriman bunga yg sangat cantik. Terima kasih semua, dngn berbesar hatinya saya terima. Moga persahabatan ini berkekalan hendaknya.



Dari Syimama