Tuesday, May 24, 2011

Rendang Pedas Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni kita layan pulut kuning bersama rendang ayam. Saya amat tertarik dngn resepi rendang pedas perak. Rendang ayam ni tak perlu di tumis rempahnya, cuma campurkan bahan rempah dan ayam sekali Masaklah sehingga kering..mudahkan. Saya masak pulut kuning ni bersama rendang sempena tanda kesyukuran bagi kami sekeluarga kerana sesuatu hajat di makbulkan Allah. Sebagai tanda gembira dan syukur kami buat doa selamat dan pulut kuning inilah adalah antara juadah utk majlis itu.

Resepi pulut kuning boleh lihat di SINI. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi rendang pedas perak yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Resepi ni guna 2 ekor ayam, pada kawan2 yg nak masak utk keluarga tu, bolehlah masak seekor je dan bhn2 rempah perlulah di kurangkan ya.



Bahan:-
  • 2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
  • 1400 ml santan (dari 3 biji kelapa)
  • 6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang lagi dikisar
  • 1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
  • 30 biji cili api (cili padi)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
Cara-Cara:-
  1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam tu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
  2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebihkurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

14 comments:

  1. Salam kak yatie!!!! alaaaaaaaaaa sedapnyer pulut kuning lwn kan ngan rendang! nak jugak!!!! kita malas betul nak buat kerisek huh! rasa kat umah akak dulu ya :D macehhh!!!

    ReplyDelete
  2. kak yatie...
    bestnya makan rendang ngan pulut kuning tu....
    sedapppp....

    ReplyDelete
  3. salam kak,
    terliur tgk rendang akk...saya suke makan dgn roti canai..ekekeke..sedap

    ReplyDelete
  4. Assalam Yatie...
    Pepagi pekena Pulut Kuning ngan rendang pedas Perak...Fuhhh..mmg sedap ler.. Rendang Pedas Perak yang yatie buat nampak sedap... akak copy resepi yer.. klu ada masa terluang nanti akak nak cuba buat.. boleh kan yatie... thanksss

    ReplyDelete
  5. senangnya kak tapi teramat pedas ke? kalau ira nak buat boleh tak kalau ira kurangkan cili padi tu.....

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    wah ada pulut kuning & rendang kat sini ya..sedap ni..
    shukurlah apa yang dihajat sudah tercapai ya yatie..

    ReplyDelete
  7. akak cantiknya pulut kuning bintang tu... bais suka sangat la kalau nampak bintang.. haii budak tu. nasib baik dia tak nampak ni. kalau tak nak star nak star.. puas lak umi dia nak menstar kan apa nanti. hehehe.. eh bestnya skali skala layan pulut ngan rendang tu. sedap nyeeeeee

    ReplyDelete
  8. As salam Yatie..

    Sedapnya .. ngan pulut kuning..
    ingat my birthday pun nak wat pulut kuning jer...

    ReplyDelete
  9. Yatie cayanggg oiiii...waaaah ada makan2 kesyukuran eh, alhamdulillah...kalau dpt makan sekali rendang n pulut kuning tu lg alhamdulillah...hehehhehe...Thanks la Yatie sudi try resepi tuh...sedap ke idoookk...(*keluar slang perak dah ni..) hehhee

    ReplyDelete
  10. Alhamdullillah....tuhan memperkenankan apa yg dihajati....

    Sedapnya pulut kuning cecah ngan rendang...:)

    ReplyDelete
  11. Teringat arwah mak dulu masak rendang camni...

    ReplyDelete
  12. salam yatie...
    rendang mmg sesuai sgtlah digandingkan dgn pulut kuning... aduh2.. kecur air liur dibuatnya.. td masuk umah kak ummi ada pulut dgn sambal tumis.. dahla akak ni suka jenis pulut2 nih.. sabor jelah..

    ReplyDelete
  13. assalam kak yatie, wahhh memang gandingan yang mantop....nieza pun suka pulut kuning + rendang tu..nanti boleh cuba rendang perak ni pula..:)

    ReplyDelete
  14. waduh...menu feveret akak nih pulut kuning ngan rendang..terliur abiss daa!!

    ReplyDelete