Thursday, May 12, 2011

Donut Inti Kastard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni sarapan apa ya? Tak kisahlah kita sarapan apa, yg penting makanan tu berkhasiat. Biasanya sarapan pagi ni buat alas perut je, jadi janganlah kita abaikan sarapan pagi walaupun hanya sekeping roti. Ianya membekalkan kita tenaga utk sepanjang hari. Pagi ni saya sarapan donut inti kastard. Sebenarnya malam tadi saya dah siapkan donut ni, jadi pagi senanglah sikit takyah susah2 nak buat sarapan lagi. Lagipun donut ni lembut sampai ke pagi. Sebelum ni Mas dan K.CT Delima pernah buat donut ni. Tak sabar rasanya nak buat. Ternyata mmng sedap bila donut di gabungkan dngn inti kastard ni. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Kawan2 apa lagi...cepatlah buat..mmng berbaloi..



Bahan -Bahan
  • 280 ml air
  • 300 gm tepung roti ( high protein flour )
  • 200 gm tepung gandum ( plain flour )
  • 10 gm garam halus - secubit
  • 60 gm gula
  • 20 gm susu tepung
  • 1/2 camca besar baking powder
  • 3 1/2 camca teh instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g lemak sayur @ shortening
Bahan Kastard :
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g butter
  • 2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whisk dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
Cara membuat donut :
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
  2. Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
  3. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
  4. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
  5. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
  6. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
  7. Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment